01 December 2011

Siapa kita tanpa Hijrah



Assalamualaikum,salam maal hijrah..




Entah terlewat atau tidak untuk aku mengucapkan Salam Maal Hijrah 1433H..
Lewat bukan tandanya tidak menyambut,nmun dengan kekangan masa dan realiti kehidupan,
maka blog terpaksa dilupakan sebentar cuma..
Namun Alhamdulillah malam ini diberi kesempatan untuk menaip apa yang tersirat dalam kepala aku
semenjak 1 Muharram lagi..

Bila tahun baru Masihi tiba, semua rakan penulis di fb muslim atau non muslim akan ''post'' sesuatu mengenainya..tak kira la yang berbunga-bunga ataupun straight to the point sahaja..Namun bila masanya Awal Muharam..hanya segelintir sahaja yang mengingati peristiwa penting dalam sejarah Islam ini..
Alangkah sayangnya jika seorang Muslim tidak mengetahu/menyedari sesuatu yang paling penting dalam agamanya..

Apakah maksud hijrah..kalau aku nak ulaskan mungkin entri ini akan menjadi entri paling panjang di  blog setakat ini..lebih baik jika pembaca tekan SINI untuk mengetahui apa itu hijrah yang sebenar dalam konteks Islam..



Perubahan kepimpinan dan corak kehidupan dunia kini telah menuntut diri agar menukar gaya hidup yang diamalkan dahulu..jika dahulu tiada kemudahan internet,semuanya dilakukan secara manual..Manual dalam erti kata lain,kita sendiri yang kena bergerak kesana sini untuk menyelesaikan kehendak kita..Namun berbeza pada hari ini,dengan adanya internet,bukan sahaja laman sosial menjadi kegilaan,namun membeli-belah juga kini boleh dilakukan tanpa perlu berganjak dari hadapan komputer riba..






Masa dan kemajuan yang dikecapi telah berjaya merubah cara kehidupan seseorang..ada yang pasif ke aktif..ada pula sebaliknya..jahat ke baik ,baik ke jahat..emm tak faham...biar saya terangkan..

Konsep hijrah dahulu perlu diadaptasikan selaras dengan tuntutan dunia..bagi saya,Hijrah itu menuntut transformasi besar-besaran pada 3 aspek utama iaitu HATI,MINDA dan SIKAP..Jika salah satu tiada,maka Hijrah itu bukanlah seperti yang diharapkan..



Transformasi Hati..
Hati adalah nadi penting dalam apa yang bakal terjadi pada Minda da Sikap..Hati mestilah bersih dari perasaan negatif,seperti hasad dengki,cemburu,benci,cepat meluat dengan perlakuan orang lain..dan pelbagai lagi unsur negatif..Hati perlu dijaga,digilap dan dibaja dengan sebaiknya agar tidak tercemar dengan unsur yang boleh menggelapkan jiwa..Zikir,doa,dan ayat-ayat suci Al`Quran selalunya berkesan sebagai ''agen'' untuk mencuci hati..



Adaptasi Minda

Minda yang baik ialah minda yang sentiasa memandang sesuatu perkara dengan hati terbuka dan juga positif..
Bak kata pujangga,setiap yang berlaku itu ada kebaikannya dan juga keburukannya..Jangan sesekali meletakkan minda dalam emosi..kerana emosi selalunya akan mempengaruhi minda.dalam sedar ataupun luar sedar..Menjadi satu amalan jika merasa benci/kurang senang dengan seseorang,maka minda akan berfikir secara negatif,walhal kita tidak sedar,bahawa kita tidak tahu dengan situasi dan keadaan seseorang itu..






Ubah Sikap

Mencaci,menghina,mengumpat,talam dua muka,tikam belakang dan pelbagai lagi ragam negatif manusia mudah kita lihat dewasa ini..Bagaimana itu terjadi..sila tanya Minda dan Hati..Perubahan sikap ke arah yang lebih baik adalah mustahil jika dilakukan secara tergesa-gesa..sebagai contoh memaki..jika sudah menjadi kebiasaan bagi si mulut untuk memaki..,adalah payah untuk memberhentikannya..cuba perlahan-lahan insyaALLAH akan berhasil...Sebelum kita melakukan/menuturkan sesuatu,seharusnya kita menyedari bahawa 

setiap tindakan/kata kita mungkin menyebabkan seseorang itu terluka..oleh itu beringatlah bahawa jaga sikap kita sebelum ada yang rakan mahupun masyarakat yang bakal tersinggung dengan perlakuan anda..




Hijrah memerlukan komitmen yang berterusan.,,jangan cepat berputus asa..bukan semua usaha yang kita lakukan akan mendatang hasil dengan cepat dan sempurna..jika ada kekurangan baiki dengan setenang dan seikhlas hati..Apa kata peribahasa,sikit-sikit lama-lama jadi bukit..Hati Minda dan Sikap perlu selari dengan kehendak transformasi..

Bila anda rasa anda sekarang tidak memerlukan tranformasi,maka anda sebenarnya silap..tak bermakna kita memiliki ramai kawan,kita sudah cukup baik di mata dan hati mereka..ataupun sebagai blogger kita memiliki ramai followers,tarfik menjulang tinggi dan cukup terkenal di mata blogger yang lain..namun tidak bermakna mereka menyukai apa yang kita lakukan..memang benar kita tidak boleh memuaskan semua pihak,cuma kalau boleh elakkan menyinggung  mana-mana pihak..

Anda pemilik ego yang tinggi ??..Adalah menjadi lumrah jika lelaki lebih tinggi egonya berbanding wanita..
tak perlu menafikannya kerana saya juga seorang lelaki..Lelaki amat sukar untuk meinta maaf..kenapa ya..saya sendiri hairan..kan kita digalakkan untuk meminta dan menerima maaf sesama Muslim..agar tali persaudaraan itu kekal utuh..Namun ada segelintir manusia yang telah merasakan diri dia hebat..dan juga sentiasa benar,maka dia enggan untuk meminta maaf..Dia akan merasa sungguh terhina jika menghulur tangan tanda minta maaf,walhal dia sendiri yang bersalah..


Apa yang penting adalah muhasabah diri..Matangkan fikiran dan anda akan tahu di mana betul dan salahnya tindakan anda..







Tema tahun ini amat menarik iaitu “Persefahaman Asas Perpaduan Ummah”, dilihat pada senario negara masa kini,masyarakat terutama Muslim perlu menyedari pentingnya toleransi hati dan minda dikalangan kita untuk mewujudkan satu komuniti yang teguh,tidak mampu diganggu gugat oleh mereka yang lain fahamannya..Namun pada hari ini ramai yang berpuak-puak,ego dan tidak mahu mengalah antara satu samai lain..Justeru tema tahun ini amat bertepatan sebagai nasihat kepada umat Islam khasnya pentingnya persefahaman antara kita..



Hijrah itu dulu dan kini sama pentingnya..siapa kita tanpa hijrah..adakah Islam akan segemilang ini jika Hijrah tidak berlaku,,adakah diri kita sendiri akan berada di posisinya jika hijrah yang dahulunya kita tidak lakukan..Dalam usaha mencari kesempurnaan sebagai seorang manusia,jangan berhenti untuk melakukan tranformasi dalam diri..jangan pula senang berpuas hati dengan apa yang ada..tepuk dada tanya hati..

Kesimpulannya..jangan mudah berpuas hati dengan apa yang ada pada diri sendiri..cuba tambahkan lagi nilai murni agar menjadi insan yang lebih baik di masa hadapan//



renungkan:

kadang-kadang sesuatu yang kamu benci kepadanya,adalah lebih baik bagimu,dan yang kamu suka adalah tidak baik bagimu.,.


  '' Kamu diwajibkan berperang(untuk menentang pencerobohan),sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci:dan boleh jadi kamu benci sesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan (Ingatlah) Allah jualah yang Mengetahui (semuanya itu),sedang kamu tidak mengetahuinya ".
                                                                         

    Surah Al-Baqarah Ayat 216


Moga tahun ini lebih cemerlang dari  yang lepas..Salam Maal Hijrah...




sumber:Tawau Web Team

1 comment:

JR said...

Hijrah tahun ini sungguh bermakna bagi JR kerana pd tarikh itu seseorang yg sangat JR sayangi dan hormati berhijrah ke alam lain...alfatihah...

Entri terbaru di bog JR:

"Tips Awet Muda Paling Murah...Jom Cuba!!"