10 November 2012

Tahniah Datuk Lee Chong Wei dan Datin Wong Mew Choo!




Digelar “Weeding of the year 2012″, hari ini merupakan tarikh keramat bagi dua pemain Badminton Negara ini, siapa lagi kalau bukan Datuk Lee Chong Wei yang tidak perlu saya perkenalkan lagi dan pasangannya Wong Mew Choo. Datuk Lee C.W yang telah banyak mengharumkan nama Malaysia di mata dunia melalui sukan Badminton sejak sekian lamanya. Yang menariknya, Wong Mew Choo juga merupakan bekas pemain perseorangan Badminton Negara yang telah banyak memberikan sumbangan kepada industri sukan negara.
Mungkin selepas ini, adakah Datuk L.C.W akan bersara dari sukan Badminton selepas berkhawin? mampukah beliau menyahut cabaran terakhir beliau iaitu Game yang akan datang di sukan Olimpik? mampukah beliau meraih 1 pingat berharga iaitu pingat emas sebelum beliau bersara? itu terpulang kepada beliau, kita doakan supaya beliau terus cegas nanti menjelang sukan terbesar itu. Mencari pelapis seperti beliau memang sukar di cari namun ia tidak mustahil sekiranya semua pihak berganding bahu mencapai sasaran 1 pingat emas pada sukan Olimpik 2016 nanti. Kerajaan juga telah memperuntukkan 16 juta untuk itu.
Malam ini dan besok [9 dan 10 November 2012] korang boleh menonton perkhawinan Datuk Lee Chong Wei & Wong Mew Choo secara ‘streaming’ menerusi portal Tonton dari jam7.00 malam hingga 10.30 malam di www.tonton.com.my. Manakala, ntv7 akan menyiarkan liputan eksklusif bermula 9 November, (Jumaat) melalui lintas langsung Edisi 7 pada pukul 7.00 malam  dan 7 Edition pada pukul 8.00 malam. Ini diikuti siaran langsung majlis perkahwinan selama satu jam pada 10 November, (Sabtu) keesokan harinya.Rancangan dokumentari istimewa selama setengah jam, A Galaxy of Love pula akan menemui penonton ntv7 pada 11 November, jam 9.00 malam untuk berkongsi cerita lebih mendalam kisah pasangan dua sejoli itu melalui temubual bersama kenalan rapat, jurulatih mereka dan klip video pasangan itu. TV9 juga tidak ketinggalan dalam menawarkan kupasan menarik melalui rancangan Nasi Lemak Kopi O (NLKO) selain perkembangan ringkas liputan acara perkahwinan menerusi Galaksi dan Hip TV.
Ringkasan siaran eksklusif perkahwinan Dato’ Lee Chong Wei:

Untuk maklumat lanjut, layari www.ntv7.com.my dan www.tonton.com.my atau ikuti perkembangan ntv7 dan Tonton menerusi laman sosial Facebook serta Twitter.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Datuk Lee Chong Wei dan Wong Mew Choo. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

No comments: