05 November 2012

Isu Cekik Sharnaaz Ahmad,Produksi Gelabah???


KUALA LUMPUR, 5 NOV 2012: Pihak syarikat produksi filem Darah Panas iaitu White Merpati Entertainment Sdn. Bhd. (WME ) tidak mahu mengulas lanjut mengenai tindakan mereka yang dikatakan akan mengeluarkan surat saman terhadap pelakon utama filem tersebut, Sharnaaz Ahmad.

Malah, pihak syarikat produksi itu tidak mahu memberikan sebarang kenyataan mengenai masalah yang dihadapi dengan Sharnaz Ahmad kerana isu tersebut masih dalam proses undang-undang.
Wakil WME memberitahu segala isu berkaitan Sharnaaz Ahmad dengan syarikat produksi WME serta penerbit filem Darah Panas, S. Baldev akan terjawab dalam satu sidang media yang akan diadakan dalam tempoh seminggu lagi.

"Kami dan termasuk S. Baldev tidak dapat mengulas lanjut mengenai isu tersebut kerana ianya masih dalam proses undang-undang. Kami akan menjawab segala persoalan mengenai isu ini dalam sebuah siding media yang akan diadakan dalam seminggu dari sekarang," katanya jurucakap yang dihubungi murai.com.my selepas enggan mengulas lanjut.

S. Baldev dikhabarkan telah menghantar surat saman kepada kekasih penyanyi, Shila Amzah itu untuk meminta maaf secara terbuka selepas dia dikatakan meninggalkan lokasi ketika penggambaran Darah Panas sedang dijalankan.

Bukan itu sahaja, pelakon telemovie Patah Seribu itu juga didakwa menolak dan mencekik leher penolong pengarah Darah Panas iaitu Mohd. Hafiz Mat Ishak kerana marah apabila terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan pakaian bagi kegunaan penggambaran sehingga terpaksa menyudahkan penggambaran agak lewat.

Sharnaaz dikatakan bertindak sedemikian kerana mahu bergegas berjumpa kekasih jantung hatinya Shila Amzah.

Bagaimanapun, Sharnaaz dalam kenyataanya di akhbar Kosmo! hari ini menyatakan dia sendiri belum menerima apa-apa surat saman daripada pihak berkenaan. Malah tidak gusar berhadapan dengan apa jua tindakan yang diambil terhadapnya selepas ini.

Selain Sharnaaz, filem bergenre aksi romantik itu turut dibintangi oleh Fathia, Soffi Jikan, Adam Corrie, Ruminah Sidek, Aznah Hamid dan ramai lagi.SUMBER

No comments: