05 November 2012

Perangai Pelik Randy Panggalila di Set Penggambaran



Sepanjang tahun ini, nama pelakon Indonesia, Randy Pangalila sering saja menjadi bualan media hiburan

Mungkin gara-gara aktor kacak itu telah berjaya memikat hati peminat drama di Malaysia setelah kejayaan drama Mimpi Biar Sampai ke Bintang dan yang terbaru Dalam Hati Ada Taman sehinggakan ada peminat telah memintanya untuk membuka baju sewaktu sesi video chat yang dianjurkan sebuah portal hiburan.

Randy terus memegang perutnya sebaik saja membaca permintaan berkenaan.Mungkin, peminat mahu Randy buktikan kebenaran sama ada Randy memiliki six pack seperti mana dalam gambar profil Twitter peribadi Randy.
Yelah, takut propa je kan. Sekarang ini pun gambar boleh di sunting daripada tidak cantik langsung kepada sesuatu yang boleh membuka ramai pihak.

Dikhabarkan, Randy cukup selamba bila membuka baju di set penggambaran.Malah,Randy memang suka tidak berbaju di set penggambaran kerana mahu menayangkan six pack yang dimilikinya itu.

Wow! Betulkah Randy berperangai seperti ini? Apapun, itu hak Randy.
Benarlah kata sesetengah orang, tidak guna ada six pack kalau tidak ditunjukan. Nak dapat bentuk badan cantik bukannya senang.

Beauty Is Pain..itulah hakikat individu untuk nampak tampan dan cantik sentiasa.

Apa yang penting, jangan sampai suka berbogel sudahlah. Macam segelintir individu yang sanggup bergambar bogel untuk mendapatkan bayaran lumayan.

Nak cerita lagi hot tentang Randy?..klik sini : WOW HOT SEKSI RANDY PANGGALILA !

No comments: