SEOUL, (AFP) - Penyanyi rap Korea Selatan Psy bersumpah akan membuat persembahan tarian menunggang kudanya "separuh bogel" di bandar raya Seoul jika lagu popularnya, ‘Gangnam Style’ mengatasi carta Billboard, Amerika Syarikat.
Lagu tersebut kini berada di tangga ke-11 di carta ‘Billboard Hot 100’.
"Jika saya menjadi nombor satu di Billboard, saya akan berani menari separuh bogel di depan orang ramai," Psy memberitahu sidang akhbar yang menyambut kepulangannya dari Amerika Syarikat.
"Saya akan memilih suatu tempat, lebih baik jika ia berada di depan Dewan Bandar Seoul," kata penyanyi itu, yang nama sebenarnya ialah Park Jae-Sang.
Penyanyi montel berumur 34 tahun menerima kemasyhuran antarabangsa apabila video "Gangnam Style" tersebar ke seluruh dunia selepas dimuat naik di ‘YouTube’ pada pertengahan Julai tahun ini.
Video ‘Gangnam Style’ telah memperoleh lebih daripada 270 juta penonton di tapak perkongsian video itu.
Kemunculan Psy di anugerah MTV di Los Angeles dan di rancangan-rancangan temu bual waktu perdana AS merangsangkan profilnya lagi dan mengalakkan ‘Gangnam Style’ ke tangga pertama di ‘iTunes Chart’ AS.
Psy memberitahu pemberita yang dia masih terpegun oleh kejayaan lagu tunggalnya, yang dinyanyi oleh hampir semua orang di Korea.
"Ini ialah waktu kegemilangan saya, dalam 12 tahun sejak saya muncul sebagai seorang penyanyi. Ini sungguh luar biasa ,dan saya bersyukur untuk semuanya," katanya.
Apabila ditanya mengenai perjalanannya ke Amerika Syarikat, yang melihat dia mengajar tarian kuda bagi Britney Spears yang terpegun di televisyen, Psy mengaku ada kalanya dia rasa rindu dengan kampung halamannya serta berasa sangat letih secara mental.
"Nostalgia ialah benda yang penting, dan benda yang lain ialah keperluan untuk berbahasa Inggeris sepanjang masa. Menterjemahkan temu duga dari bahasa Korea ke Inggeris dan sebaliknya menyebabkan saya alami sakit kepala yang teruk," katanya.
Walau bagaimanapun, dia mempunyai rancangan untuk satu lagu baru yang mana dia kata mungkin adalah satu campuran lagu hangat Koreanya yang akan dinyanyi dalam bahasa Inggeris.
"Saya mahu menjadi lebih daripada seorang lelaki Korea yang gila melakukan tarian menunggang kuda , dan dikenali sebagai seorang penyanyi Korea yang dapat memberi hiburan yang terus-menerus untuk berjam-jam," katanya.

No comments:
Post a Comment