20 July 2011

Kadar Zakat Fitrah Negeri Sabah Tahun 1432H/ 2011M

 
                                       ...sekadar gambar hiasan....

Assalamualaikum....

Semasa dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi, terdengar dari speaker kereta melalui berita pukul 8  pagi bahawa kadar zakat fitrah bagi negeri Sabah tahun ini adalah RM 7.00 seorang..

Alhamdulillah tahun ini insyaALLAH aku diberi kesempatan lagi untuk melalui bulan Ramadhan,membayar zakat fitrah dan tentunya merasai nikmat hari raya bersama keluarga tersayang..

So,dalam kesibukan waktu di bulan Ramadhan nanti jangan pula lupa untuk menunaikan zakat fitrah..
difahamkan Pusat Zakat Sabah telah melantik lebih ramai amil dan wakil amil bagi memudahkan urusan pembayaran zakat fitrah(sorry~dalam berita tadi ada dinyatakan tapi oleh kerana saya memiliki SM<short memory> so terlupa sudah)

saya kongsi sikit tentang info zakat >>>




ZAKAT DARI SEGI BAHASA 
Zakat dari segi bahasa membawa maksud bersih,suci,subur,berkat,dan berkembang. Pengertian "bersih" dan "suci" dalam istilah zakat membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti kata yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dendam dan dengki terhadap orang kaya.

ZAKAT DARI SEGI SYARAK
Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarak.

HIKMAH PENSYARIATAN ZAKAT
Tujuan dan pensyariatan ibadah zakat adalah bertujuan untuk :

1) Mengagihkan sebahagian kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berkemampuan.

2) Membersihkan diri pembayar zakat

3) Menyuburkan dan memberkati harta pembayar zakat.

4) Mewujudkan rasa bersyukur terhadap nikmat kekayaan yang dianugerahkan oleh ALLAH SWT kepada hamba-hamba NYA.

5) Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan sebahagian harta mereka

6) Menyatukan umat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.

7) Memberi masyarakat satu cara mengurus ekonomi dan kewangan yang diredhai oleh ALLAH SWT.

8) Melahirkan jiwa yang tenang dan tenteram kepada pembayar zakat.


Dalil pengwajiban zakat fitrah

"Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat "
(Surah An-Nur : Ayat 56 )


"Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah ,supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari ahklak yang buruk), dan doakanlah untuk mereka ,kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka,dan ( ingatlah ) ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"
( Surah At-Taubah : Ayat 103 )


"Dan (ingatlah wahai Muhammad),ketika Kami mengikat perjanjian taat setia dengan Bani Israil (dengan berfirman) : Janganlah kamu menyembah melainkan ALLAH,dan berbuat baiklah kepada kedua ibu-bapa ,dan kaum kerabat,dan anak-anak yatim serta orang miskin,dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil daripada kamu dan sememangnya kamu orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya"
( Surah Al Baqarah: Ayat 83) 






2 comments:

Unknown said...

jgn lupa bayar zakat arrr...
mmndangkan bapa aku amil zakat.
jd sng mo bayar.
hihih

amsran said...

sekrang ni dah kerja kena bayar zakat sendiri!! hee