28 July 2011

harimau malaya jangan terlalu mengaum!

AKU DEMAM BOLA SEPAK!!!


 Rakyat yang meminati sukan bola sepak
di setiap pelosok Malaysia pasti telah merasai
bahang kehangatan perlawanan timbal balik
pra-kelayakan pusingan ke-2 Piala Dunia 2014
antara Malaysia dengan Singapura
yang dibawakan secara langsung dari
Stadium Bukit Jalil kira-kira jam 8.45 malam nanti

Apa yang diharapkan seluruh peminat adalah
melihat pasukan Malaysia mampu menang dengan
berkelebihan 2 gol serta mengekang Singapura 
daripada membolosi gawang Harimau Malaya..



Dengan ketiadaan Syafik Rahim yang digantung 
1 perlawanan,Harimau Malaya tampak pincang namun
kehadiran semula Mohd Aidil Zafuan setelah pulih dari
kecederaan mampu mengisi kekosongan itu..

Dari nada yang dilontarkan Aidil,dia yakin mampu
merantai penyerang Singapura,Aleksander Duric
kerana tahu corak permainannya...
Apatah lagi bermain di laman sendiri,keseluruhan jentera
Harimau Malaya tampak bersemangat dan yakin
mengejar defisit 2 gol dan seterusnya
melakar 1 lagi sejarah dalam era bola sepak negara.,.

Cuma perlu diingatkan ..
> kerana sememangnya Melayu mudah lupa <
sikap terlalu yakin itu boleh mengundang padah
jika ia tidak dikawal dengan sebaiknya..
apa yang pasti,bola itu bulat..
jika ditendang kita sendiri tidak yakin ke mana arah tujunya..
Apapun,aku optimis Harimau Malaya bakal mengegar.
apatahlagi dengan kebanjiran penyokong tempatan
(yang dahulunya jarang sekali bersemangat apabila bercerita soal bola sepak)
Jangan hampakan kami semua buat yang kedua kalinya..
Berjuang demi negara,bukan demi nama..

#tidak sabar menunggu detik 8.45pm..tak suka debaran ini..
anda pulak bagaimana???

3 comments:

ASK said...

Terbaik!!

saveqmm said...

terbaik..walaupun kalah..eheeh

hazz death said...

bro.. jom hack tue guest indon.. haha.. cek ip dy.. guhh