22 July 2011

pandu cermat jiwa selamat

Assalamualaikum,dan salam sejahtera..
Sebelum memulakan entri ni,segunung tahniah kepada
pasukan Malaysia XI kerana mempamerkan aksi yang terbaik
dalam perlawanan persahabatan menentang Chelsea
yang berlangsung di
 Stadium Bukit Jalil pada jam 8.45pm tadi.

Walaupun kalah namun semangat pasukan Malaysia
tetap membara untuk memecah benteng pasukan Chelsea
hinggala minit~minit terakhir perlawanan..
Syabas Malaysia..kredit to Ong Kim Swee..

Pandu cermat jiwa selamat..macam familiar 
saja tajuk entri ni kan..ya iyala..sama macam dalam iklan tu..
Saya mau kongsi luahan hati setelah menyaksikan
kejadian lori tangki berisi minyak kelapa sawit 
milik Kasah Transports terbabas lalu terbalik di bulatan
Bandar Sri Indah yang berlaku kira~kira pukul
12 tengah hari tadi..

Menurut saksi kejadian,

pemandu lori dari arah bandar ini cuba mengelak
melanggar lori lain dari jalan keluar bandar sri indah
namun terbabas lalu terbalik..
Pemandu pula terhumban ke tepi jalan(nasib tepi jalan)
dan tumpahan minyak membasahinya..
mangsa cedera di bahagian belakang dan tangan..
alhamdulillah mangsa tidak mengalami kecederaan yang serius...
Mangsa dibawa ke hospital apabila kereta ambulans tiba
setelah hampir 20 minit dihubungi..


 Berikut saya lampirkan foto~foto yang diambil ekslusif
dari tempat kejadian...










Terasa simpati melihat mangsa yang terbaring kaku
dengan badan berlumuran minyak kelapa sawit..
saya hanya mampu melihat dan berasa simpati...
saya berdoa agar mangsa segera sembuh..






 pasukan bomba dan penyelamat


jalan yang dipenuhi minyak mentah kelapa sawit

dan banyak lagi foto yang berbeza tapi biarla menjadi
simpanan sahaja..hehehe..

Pada pagi tadi sewaktu 
melalui bulatan jalan menuju ke Icebox
saya juga hampir kemalangan disebabkan 
pemandu kereta DMAX  di lorong kanan(di sebelah saya)
cuba memasuki jalan kuhara yang terletak disebelah kiri saya..
mujur saya sempat menekan brek awal..
Tahula kamu memandu kereta saiz besar..
jangan pulak membuli pemandu kereta sedan macam saya ni..Sepatutnya pemandu itu merancang terlebih dahulu kemana
destinasi yang hendak dituju dan memasuki lorong yang betul..
Jangan jadikan jalan raya seperti diri sendiri yang guna..
Setelah berlaku perlanggaran baru tidak mahu mengaku
kesalahan yang dilakukan..

Banyak pengalaman saya 
melihat kemalangan yang berlaku
di sekitar bandar Tawau ni..Pelbagai karenah yang
ditonjolkan baik dari mangsa mahupun pesalah..
Ada yang terang bersuluh sudah melakukan kesalahan,
tetapi cuba mengelak dengan mencari kesalahan orang lain..
Jika kaum Cina terkenal dengan tidak mudah mengalah..
Golongan wanita pulak selalunya berdiam diri..lebih rela
membawa kes ke pihak polis..
Yang lelaki pula terkenal dengan kaki buli..
Sudah salah tidak mahu mengaku..ha,ha,ha..
Jadi,senang cerita.
,lu jaga makan nasi sendiri..lu fikirla sendiri..

Nasihat kepada pemandu-pemandu seperti saya,

jaga keselamatan diri sendiri ketika memandu di jalan raya
elakkan memandu laju pada selekoh dan juga berhampiran bulatan.
fikirkan nyawa,kerana ia tiada gantinya,

fikirkan keluarga,kerana maut datang tidak diundangfikirkan harta,(untuk orang kaya je..)
dah tulis wasiat ke belum..nanti anak bini bercerai berai
kerana harta yang secubit rasa je tuh...wahaha
walaupun harta tidak dibawa ke kubur..
fikirkan nyawa orang lain,walaupun tidak kenal satu sama lain
dan
fikirkan dosa~dosa yang belum diinsafi,yang bakal dihitung
sebagai  bekalan ke neraka kelak!!subhanaallah..

Oleh yang demikian,jaga diri hiasi peribadi..
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT!!!


No comments: