16 July 2011

Fasha Sandha kembali ke layar perak???



Siapa tidak mengenali Fasha Sandha,aktress jelita yang menjadi pujaan ramai..khabarnya telah menerima tawaran berlakon di layar perak di bawah arahan pengarah filem terkenal terkenal,Othman Hafsham..


Beberapa luahan perasaan Fasha Sandha ketika ditemu bual..


"Saya baru sahaja menerima tawaran daripada pengarah otai Othman Hafsham untuk membintangi filem Missy Mila. Saya akan membawakan watak utama iaitu sebagai Mila dalam filem itu nanti

"Sebelum ini beberapa tawaran filem terpaksa saya tolak kerana ianya bertindih dengan jadual pengambaran drama bersiri yang telah saya terima sebelum ini. Alhamdulilla, tawaran abang Othman Hafsham memang kena dengan masanya,".

"Mila merupakan seorang missy (jururawat) yang ditugaskan bekerja di sebuah kampung. Setibanya di kampung, kawasan itu menjadi huru hara kerana kesemua pemuda di kampung itu tergila-gilakannya," jelasnya sambil mmberitahu bahawa filem tersebut akan menjalani penggambarannya pada bulan Oktober ini.

Baru saja menamatkan penggambaran drama bersiri Dewa Cinta, Fasha Sandha berkata, dia bakal menjayakan 2 penggambaran drama selepas ini




"Selepas Dewa Cinta saya akan turun semula ke lokasi pengambaran drama Ku Petik Dosa yang akan disiarkan untuk raya nanti arahan Jinggo. Selepas itu, saya akan terlibat dengan penggambaran drama bersiri Cinta Elysa untuk slot Lestary TV3. Alhamdulillah rezeki semakin murah dan saya bersyukur ke hadratNya," katanya yang sudah pun 3 kali memenangi kategori Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian.


Jom berkongsi serba sedikit tentang Fasha Sandha ni...



Fail:2fas.jpg

Kehidupan awal

Dilahirkan di Johor Bahru, Fasha dibesarkan di utara Semenanjung Malaysia sewaktu keluarganya berpindah ke Pulau Pinang, dan kemudian ke Perlis. Beliau merupakan anak kedua daripada empat beradik. Beliau mula dikenali pada tahun 2002 ketika beliau melibatkan diri dalam bidang pengiklanan dan dunia peragawati. Di samping terlibat dalam bidang sambilan ini, beliau juga menuntut di Institut Kebudayaan Belia Negara dan berjaya mendapat diploma. Antara syarikat korporat yang mendapatkan perkhidmatan Fasha termasuklah Maxis,Nokia, Fair & Lovely dan Sunsilk (versi Indonesia).

Terjun ke dunia lakonan

Langkah Fasha untuk melibatkan diri dalam bidang seni lakon bermula apabila beliau diperkenalkan untuk filem "Black Maria" sebagai watak pembantu. Filem itu diterbitkan dalam tahun 2003. Selepas itu, Fasha mendapat tawaran berlakon yang mencurah-curah bukan sahaja dari produksi filem, malah Fasha juga mendapat tawaran untuk berlakon dalam drama sama ada untuk watak utama atau watak pembantu. Drama yang benar-benar meninggalkan kesan di hati penonton melalui wataknya sebagai perempuan malang dalam drama Natasya.Dalam satu temuramah dengan pihak media, Fasha memberitahu bahawa watak Natasya yang dibawanya adalah watak yang paling sukar untuk dihayati olehnya.

ANUGERAH

1.Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2005 (ABPBH05)
2.
Pelakon TV Wanita Popular & Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 (ABPBH06)
3.
Pelakon TV Wanita Popular & Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007 (ABPBH07)

2 comments:

mazeermohamad said...

filem apa? porno ka? aku ndak tau, benci aku dengan minah seorang neyh,, makin gedikkkk,, sorry, pendapat masing2~ tapi kalo kamu kenal dia neyh,,,,,,,, perghhhhhhhh!! Lindsay Lohan Malaysia bai tuh! Kawan baik sama Paris Hilton! bahahahaha!

Check Out My New Entry ! BERSYUKURLAH!

saveqmm said...

baru mau dibikin bha..missy mila titlenya..ahaha..
aq xjugak minat dia ni..just update sikit pasal dia..

dia mau berkawan nga aq tuh hari,aq tolak..terus dia masuk longkang..wahahha...