baby pun pandai keliru kha??hehe
Kenapa tanganku pantas menaip surat itu?..berselamkan ego yang menggunung,lancar saja otakku mencipta ayat untuk surat yang telah ku hantar dengan bersulamkan kemarahan di hati..
Dalam fikiran ku,biarla apa yang terjadi,aku sudah tidak peduli dengan semua itu..Mereka umpama penjajah..menjajah tenaga,keringat dan masa malah sesekali maruah turut tergadai...ibarat tiada hati dan perasaan,hati kering....
Tetapi surat itu,menjadikan aq keliru...sungguh sehingga merasakan tiada jalan lain lagi...Buntu.Namun aq puas..Puas dengan kronologi realiti yang berlaku beberapa hari dengan penyerahan surat tersebut..hanya menunggu fantasi (yang x pasti akan berlaku)..
(gambar sekadar hiasan,dimaklumkan..ni gambar google..)
Teringat akan seorang kawan,salesman syarikat pemborong bahan keperluan dapur rumah,berbangsa OM..hehe...menasihati aq dengan penuh semangat waja..
katanya
'' apa yang penting dlam sesebuah pekerjaan,ialah hati...jikalau kita berkerja,berkerjala dengan hati yang senang..walau setinggi mana pun jawatan,bergunung gaji yg diberikan,tetapi hati tidak senang dengan kerja yang dilakukan,maka tidak bergunala kerja.."
tambahnya lagi,
''sentiasa bersyukur dengan apa yg ada,walaupun kadangkala kita sentiasa memerlukan lebih dari apa yang ada.dunia sememangnya begitu..sentiasa haus dengan duit...''..
Aku terpaku seketika...ada benarnya kata OM ni..waalupun aq sentiasa tergelak mendengar loghatnya ketika sedang berbicara..sikitpun dia tidak mengambil hati..
Realitinya,aq sudah nekad untuk melakukan semua itu..biarla apa yang terjadi...Fantasinya,aq berharap dapat terus berada bersama-sama rakan yang sangat aq sayangi,yang bnyak memberiku inspirasi untuk terus mengharungi kehidupan yang penuh dengan rintangan duniawi ini....
No comments:
Post a Comment