Filem Bunohan arahan Dain Iskandar Said atau Din Said tersenarai dalam kategori pencalonan awal kategori Filem Asing Terbaik dalam Anugerah Academy ke-85 yang bakal diadakan pada tahun hadapan.
Memetik laporan malaysiandigest.com, Bunohan yang diterajui Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Nam Ron ini turut bersaing dengan 70 buah filem dari serata negara lain dalam kategori yang dipertandingkan di anugerah yang cukup berprestij.
Antara saingannya adalah filem Sang Penari (The Dancer) arahan Ifa Isfansyah dari Indonesia serta Barfi arahan Anurag Basu (India).
Biarpun hanya pencalonan awal, namun pemilihan filem bergenre drama aksi ini ke Oscar 2013 adalah satu kejayaan yang cukup membanggakan buat seluruh masyarakat Malaysia. Sebelum ini, Bunohan pernah meraih Anugerah NETPAC pada Festival Filem Taipei Golden Horse.
Telah pun ditayangkan di pawagam pada Mac 2012 yang lalu, Bunohan yang turut dibintangi Bront Palarae, Pekin Ibrahim, Soffi Jikan, Wan Hanafi Su serta Tengku Azura ini mengambil latar belakang cerita di sebuah kampung di Kelantan.
Ia mengisahkan tentang 3 adik beradik yang terasing - Adil, Bakar dan Ilham serta bapa mereka yang sakit. Selepas lari daripada pertarungan maut, Adil 'Bunga Lalang' peninju tomoi lari daripada pembunuh upahan bernama Ilham.
Kejar mengejar ini telah membawa mereka ke Bunohan, apabila mereka bertembung memori hitam mula menghimpit dan mereka berjumpa seorang guru yang ingin menjadi usahawan yang berjaya.
Kehadiran mereka bertiga di kampung telah mengbangkitkan kembali kisah silam Pok Eng sebgai ayah kepada mereka bertiga. Setiap mereka bergelut dengan ketenangan yang tidak tercapai , pengampunan ditelenggami dengan kebencian yang membawa kehilangan jiwa , pengkhianatan tidak kesudahan dan pemBUNOHAN.SUMBER
LAGI CERITA MENARIK: CARA MUDAH DAPAT STREAMYX PERCUMA SELAMA SEBULAN!
No comments:
Post a Comment