02 October 2012

Gambar Ular Sawa Terbesar di Dunia


Ular terbesar di dunia



Seekor ular sawa peliharaan dengan berat lebih 136 kg,panjang 7.62 meter dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 orang untuk mengangkatnya kini diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guiness sebagai ular peliharaan terbesar di dunia!

Ular yang diberi nama Medusa itu dipelihara di Edge of Hall di Kansas City,memakan 18 kg haiwan kira-kira seminggu.Malah,ia dengan mudah mampu memakan lebih 454 kg kg makanan sekaligus!

Pemiliknya,Larry Edgar mengakui tentang  bahaya yang bakal menimpanya,namun dia berkata itu bukan alasan untuk takut memelihara binatang eksotik ini.Pada mulanya sewaktu mula-mula Larry Edgar membeli Medusa,ular sawa ini hanya berukuran 0.6 meter panjang dan segemuk jarinya sahaja..

Wakil Buku Rekod Dunia Guiness mengesahkan ular sawa itu akan dimasukkan ke dalam buku berkenaan pada tahun depan,2013.




No comments: