25 October 2012

Rahsia Kebaikan Merokok Yang Tersembunyi



kebaikan merokok yang tidak di ketahui :

1. Awet Muda;


semakin banyak menghisap rokok semakin awet muda(ingat,hubungan positif tadi)
Oleh kerana merokok mengganggu kesihatan,
ada yang yang mengatakan 
sebatang rokok dapat mengurangkan usia selama
beberapa minit, maka dapat disimpulkan bahawa dengan menghisap rokok anda tidak akan menjadi tua. Mati muda bererti awet muda.

2. Anti Rabies;

Rabies adalah penyakit yang boleh membawa maut akibat gigitan binatang seperti gigitan
anjing. Dengan menghisap rokok kita dengan mudah dapat menghindari gigitan anjing.

Caranya;
Lari saja, dalam masa 2 atau 3 minit, kita dah semput dan tidak sengaja akan membongkok. Anjing tadi menyangka anda akan mengambil batu. Seperti yang diketahui, anjing takut kena baling batu, kemudian dia pun lari tak cukup tanah… So…selamatlah kita dari rabies.

3. Anti Rompakan

Pencuri biasanya akan datang pada tengah malam atau awal pagi semasa kita dibuai mimpi.
Ok, semasa pencuri datang di tengah malam.Tetiba

Kita ter UHUK… UHUK
batuk dan batuk. Pencuri tadi mesti menyangka kita belum tidur. So, batuk kita menyelamatkan kita dari rompakan. 

Hahahaha..gUrauan semata!.jom tekan SINI untuk hiburan yang menghairahkan!

#.Mr.Sasube: Kenaikan harga rokok baru-baru ini tidak mungkin dapat mengurangkan jumlah perokok,tapi yang pasti dapat mengurangkan jumlah pembelian rokok sekaligus meningkatkan jumlah pem ''PAUW'' rokok kawan..Jadi AWAS anda bakal terkena!..hahaha!!!

No comments: