Rasulullah SAW hanya mengerjakan haji sekali
sahaja dalam seumur hidupnya.Haji yang dilaksanakan oleh Rasulullah saw
dikenali sebagai “Hajjatul Wada” yang bermaksud haji perpisahan.Ini kerana
tidak lama selepas Rasulullah SAW melaksanakan haji ini,beliau wafat.
Rasulullah SAW bererta para isteri baginda dan
para sahabat yang seramai 90,000 orang(menurut sesetengah riwayat lebih
daripada itu) telah berangkat dari kota Madinah pada hari sabtu(25hb Zulkaedah
10 Hijrah) menuju ke Makkah.Sebelum berangkat ke Makkah,baginda telah
menyerahkan tugas pengelolaan kota Madinah kepada Abu Dujanah Al-Ansari.Baginda
juga membawa 60 ekor haiwan korban.
Apabila sampai di Zulhulaifah yang sekarang
dikenali sebagai Bir Ali (10 km dari Madinah),rombongan baginda telah bermalam
disana.Pada keesokan harinya baginda dan kaum muslimin memakai ihram serta
berniat haji.Mereka beramai-ramai mengucap talbiah,
Maksudnya: “Ya Allah,aku sambut
panggilan-Mu.Sesungguhnya tahmid dan nikmat dipanjatkan kepada Engkau.Begitu
pula kerajaan.Tiada sekutu bagi-Mu,Ya Allah.”
Bergemuruhlah bunyi talbiah sepanjang
perjalanan mereka.Betapa bersemangat,gembira dan bersyukurnya mereka
semuadengan kehebatan rombongan haji yang begitu padu dan cemerlang.Lebih-lebih
lagi diketui oleh Rasulullah saw,manusia paling agung di muka bumi ini.
Baginda dan rombongan telah sampai di Makkah
pada Ahad 4 Zulhijjah setelah mengambil masa 9 hari perjalanan dengan mengikuti
Thaniah Kada iaitu sebatang jalan dekat dengan perkuburan Ma’la.
Apabila terpandang Kaabah,baginda berdoa:
doa ketika terpandang Kaabah |
Setelah itu baginda dan rombongan bertawaf 7
kali,bersolat 2 rakaat di belakang Makam Ibrahim,meminum air zam-zam dan
bersa’ie di antara Safa dan Marwah sebanyak 7 kali.
Baginda juga berdoa semasa menaiki Bukit Safa
iaitu:
doa semasa menaiki Bukit Safa |
Pada 8hb Zulhijjah,Rasulullah saw dan
rombongan baginda berangkat ke Mina dan bermalam disitu.Pada keesokan
harinya,iaitu 9hb Zulhijjah(Hari Jumaat),baginda menaiki untanya dan meneruskan
perjalanan ke Arafah.
Pada hari itu juga,bumi Arafah menjadi saksi
kepada sebuah perhimpunan manusia yang begitu banyaknya yang belum pernah
berlaku di bumi Hijaz sebelum itu.Pada hari itu juga merupakan khutbah terakhir
Rasulullah saw.Selepas solat Zuhur dan Asar di Arafah,baginda menyampaikan
khutbah yang bersejarah.
Ucapan baginda yang bermaksud:
‘’Hai
manusia!.Dengarkan kata-kata saya,kerana mungkin saya tidak akan bertemu lagi
dengan sekalian disini di masa akan datang.”
“Hai manusia! Darah dan harta kamu adalah suci di antara satu sama lain
sebagaimana sucinya hari dan bulan ini,hingga hari dimana kamu menemui
Allah,dan setiap perlanggaran terhadap hak-hak ini adalah haram.”
“Wahai
manusia! Ketahuilah bahawa darah yang tumpah di zaman Jahiliyah harus
dilupakan,dan tidak boleh ada pembalasan dendam atasnya.”
“Kamu sekalian akan kembali kepada Allah.Dan di alam akhirat itu,semua
perbuatan baik dna buruk kamu akan ditimbang.Saya katakan kepada kamu,orang
yang kepadanya telah diberi amanat,harus mengembalikan amanat itu kepada
pemiliknya.”
“Wahai
manusia!.Haruslah kamu ketahui bahawa riba itu dilarang keras dalam Islam.Orang
yang telah menanamkan modalnya untuk mendapatkan bunga hanya dapat mengambil
kemabali modalnya sahaja.Mereka tidak boleh menindas mahupun ditindas.Adapun
mengenai bunga yang dihutang oleh orang-orang yang berhutang kepada Abbas
sebelum Islam,hutang bunga itu tidak berlaku lagi,dan dia tidak berhak untuk
menuntutnya.”
“Hai manusia! Syaitan telah kehilangan harapan untuk disembah di negeri
kamu,Tetapi apabila kamu mengikutinya dalam perkara-perkara kecil maka ia akan
bergembira dan senang.Maka janganlah kamu mengikuti syaitan.”
"Perlu
kamu mematuhi bulan-bulan yang halal dan suci sesuai dengan hari-hari dimana
Allah menciptakan langit,bumi ,bulan dan matahari.Di sisi Allah,jumlah bulan
adalah 12...Dari jumlah itu,Ia telah menyatakan 4 diantaranya sebagai bulan
suci,Bulan-bulan suci itu ialah Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan yang
kesemuanya berurutan dan Rejab.”
‘’Wahai manusia! Isteri kamu mempunyai hak keatas kamu,dan kamu pula
mempunyai hak ke atas mereka.Hak kamu ke atas mereka adalah bahawa mereka tidak
boleh menerima sesiapapun dalam rumah mereka tanpa izin kamu,dan tidakboleh
melakukan sesuatu yang merupakan perbuatan khianat.Apabila mereka
melanggarnya,maka Allah mengizinkan kamu meninggalkan tempat tidur mereka dan
menghukum mereka.Namun apabila mereka kembali ke jalan yang benar,kamu harus
bersikap terhadap mereka dengan ramah dan kasih sayang,dan harus memberikan
nafkah kepada mereka dengan fasiliti kehidupan yang menyenangkan,”.
‘’Saya
nasihatkan kepada kamu sekalian di tanah ini untuk berlaku ramah kepada isteri
kamu,kerana kamu menerima mereka sebagai amanah dari Allah,dan mereka menjadi
halal bagi kamu dan hukum-NYA.
‘’Wahai manusia!Dengarlah kata-kata saya dengan cermat dan
fikirkanlah.Saya akan meninggalkan kepada kamu sekalian 2 hal penting,yang satu
ialah Kitab Allah dan yang lainnya adalah Sunnah saya.Apabila kamu taat kepada
kedua-duanya,maka kamu tidak akan pernah sesat selama-lamanya,’’.
‘’Wahai
manusia! Dengarkanlah kata-kata saya dan fikirkanlah.Setiap Muslim adalah
saudara kepada Muslim lainnya,dan seluruh umaty Ilsam adalah bersaudara,Dan
setiap harta Muslim tidak halal bagi Muslim lainnya kecuali ia memperolehinya dengan
cara baik,”
‘’Wahai manusia! Kamu yang hadir hendaklah menyampaikan nasihat ini
kepada yang tidak hadir.Selepas saya,tidak akan ada lagi Nabi,dan selepas kamu
wahai umat Islam,tidak akan ada lagi umat lain,”
‘’Wahai
manusia! Hendaklah kamu ketahui bahawa saya telah melarang semua upacara dan
kepercayaan zaman Jahiliyah,sekaligus memberitahu kamu sekalian akan
kebatilannya,”.
Kemudian Rasulullah saw telah meberi isyarat
ke langit dengan jari telunjuk seraya berkata,
"Ya Allah! Saya telah menyampaikan risALAH-Mu.’’
"Ya Allah! Saya telah menyampaikan risALAH-Mu.’’
Kemudian setelah menyampaikan 3 kali,
‘’Ya Allah! Saksikanlah itu.’’
(petikan khutbah di ambil dari buku-Kisah Kehidupan Nabi Muhammad Rasulullah saw,Penyusun:Abu Hikmah al-Husni,Penerbit:DarulNuman)
Kemudian Rasulullah SAW menyempurnakan semua
ibadat hajinya.Baginda tinggal di Arafah pada 9 Zulhijjah sehingga matahari
terbenam.Sebelum gelap,baginda menunggang untanya dan menghabiskan malamnya di
Muzdalifah,dan berada di Masy’ar antara fajar dan terbitnya matahari.Pada hari
kesepuluh baginda bertolak ke Mina dan melakukan upacara melontar jamrah-jamrah
dan menyembelih korban.Rasulullah saw. Telah menyempurnakan semua rukun dan
wajib haji hingga 13 Zulhijjah.Dan pada 14 Zulhijjah,Rasulullah SAW telah
berangkat meninggalkna Makkah Al-Mukarramah menuju balik ke Madinah
Al-Munawwarah.
Di masa wukuf telah berlaku beberapa
peristi8wa penting yang boleh dijadikan pegangan dan panduan umat Islam,di
antaranya ialah seperti berikut:
1.
Rasulullah saw minum susu di atas
unta supaya dilihat oleh orang ramai bahawa hari itu tiada puasa atau yiada
sunat berpuasa pada hari wukuf.
2.
Seorang sahabat jatuh dari binatang
tunggangannya lalu mati,Rasulullah saw menyuruh supaya mayat itu dikafankan
dengan 2 kain ihram da tidak membenarkan kepalanya ditutup atau diwangikan jasad
dan kafannya.Sabda Baginda pada ketika itu bahawa:
“Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram danbertalbiah”.
“Sahabat itu akan dibangkitkan pada hari kiamat di dalam keadaan berihram danbertalbiah”.
3.
Dikatakan juga Rasulullah saw
telah bersabda semasa ketika baginda wukuf di Arafah yang bermaksud,;
‘’Ini adalah Arafah dan ia
tempat wukuf dan Arafah itu semuanya tempat wukuf.’’
4.
Baginda juga apabila baginda
berhenti di quzah Sabihah di Mudzalifah dan ketika menyembelih korban di Mina:
‘’Ini adalah tempat mabit dan mana-mana sahaja bumi Mudzalifah adalah tempat mabit”
“Ini adalah tempat sembelihan korban,dan dimana-mana tempat di Mina adalah tempat korban”
‘’Ini adalah tempat mabit dan mana-mana sahaja bumi Mudzalifah adalah tempat mabit”
“Ini adalah tempat sembelihan korban,dan dimana-mana tempat di Mina adalah tempat korban”
Hajjatul Wada juga disebut sebagai Hajjatul Balagh,Hajjatul Islam,Hajjatuttamam wal kamal (iaitu haji yang sempurna dan lengkap) kerana pada hari itu turunya firman Allah:
Maksudnya: “Hari ini
Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu,dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku
kepada kamu dan Aku telah redha Islam itu menjadi agama untuk
kamu.”(Al-Maidah:3)
Daripada sirah ringkas ini kita harus
menghayati betapa susahnya Rasulullah SAW ketika menyempurnakan ibadah haji
dengan penuh pengorbanan.Baginda serta rombongan telah mengambil masa 9 hari
untuk tiba di Makkah Al-Mukarramah tanpa keluhan atau rungutan berbanding pada
hari ini yang mengambil masa lebih kurang 9 jam sahaja dengan menaiki pesawat
yang selesa untuk tiba ke Tanah Suci.Sirah Rasulullah saw menuanikan haji ini
harus dijadikan pedoman kepada kita agar dapat menempuh sebarang kesusahan dan
cabaran di Tanah Suci kelak dengan penuh kesabaran dan kesyukuran..
Sumber:
Judul Buku: Keistimewaan Maakah
Penulis: Ummu Ammar
At-Taqwa Series.
Penulis: Ummu Ammar
At-Taqwa Series.
No comments:
Post a Comment