Showing posts with label mY tawau. Show all posts
Showing posts with label mY tawau. Show all posts

13 October 2011

Wordless Wednesday #2:Bila musim durian dan terap.



nota rahsia: Tawau banjir dengan buah durian,rambutan dan terap..
Perghhh..memang terbaik la..hahaha..
Apalagi kalau makan free..
siap kawan kupas aku tunggu suap dalam mulut je..
ha.ha.ha

28 September 2011

kronologi hari raya 2011 part III

Hari ini dah masuk Syawal yang ke 29..
Kini terasa sangat masa semakin pantas mendahului kita kan.
Bagai baru semalam saja kita menyambut kedatangan Syawal
yang penuh kegembiraan ni..
Manakan tidak,sebulan berpuasa dalam bulan Ramadhan Almubarak,memberi 1001 atau lebih dugaan yang perlu dihadapi
agar Ramadhan kali ini lebih barkah dari sebelumnya..
Alhamdulillah dapat juga kita harungi 
dengan penuh kesabaran..
Moga amalanku dan juga amalan kamu
diterima oleh Allah s.w.t..

Sebelum kita melangkah ke bulan Zulkaedah,
yang hanya berbaki 1 hari lagi,
saveq nak sambung dengan cerita saveq ni yang
kini sampai episod yang ke3..ahaks...
gilakkk juga sampai part 3..
tapi tak usah risaula...ni paling last..
nak share banyak pun bukan ada juga yang nak baca kan..
kronologi kali ni nak buat yang bergambar je la..
malas nak taip panjang-panjang..hehe..
so korang tenguk la betapa meriahnya raya saveq kali ni ya..


RAYA KE-4

Jalan sama member sekolah menengah atas..
terbaikkkk....










dalam kesibukan beraya di rumah member,
sempat juga ambil kehadiran di rumah terbuka
Datuk Mohd Jeffrey Rosman,seorang aktivis belia di Tawau ni..
Beliau aktif dalam menarik minat belia untuk bergiat cergas
dalam apa jua aktivit yang memberi faedah kepada belia
di daerah Tawau ini..Dan semestinya beliau
seorang yang baik hati dan pemurah..
Beliau merupakan CEO Syarikat Mustwin Ventures Sdn bhd.


santaiiii dulu tepi laut sebelum sambung beraya..ahaks...



rumah paling last sekali kami makan sup ayam..
fuhh enakkk..asikkk..hihi..

Selepas tu aku bersama rakan mytawau pulak
menerjah rumah terbuka Datuk Taufik Abu Bakar Titingan,
ADUN Apas Tawau..




.
terjumpa dengan member mytawau webteam..jempolll..





RAYA KE-6









gambar di atas ni rumah yang paling last kami terjah..
sekali kami menghadiri majlis perkahwinan abang kepada
member mytawau..kiranya macam 2 in 1 la kan..hahaha




dan sebelum bersurai kitorang lepak kejap di
empire food court..mau kena-kena minum air panas dulu..ahaks..

kesimpulannya raya tahun ini paling meriah ku rasa..
sebab adanya laman sosial seperti FB dan Blogger
yang dapat menyatukan  sesuatu persahabatan
di alam maya mahupun di alam realiti..


nota rahsia:..selepas hari raya ke 6 ni saya terus jatuh sakit...
sakit tekak dan batuk..sehinggala siapnya entri ini..
masih ada lagi sedikit kesan batuk tu..haha.
kalau korang perasan raya ke 5 aku tiada mention kan..
hihihihi...


21 September 2011

KONSERT LAGENDA ROCK 2011,TAWAU SABAH.

                       



Peminat muzik rock tempatan di negeri Sabah khususnya di daerah Tawau bakal digegarkan lagi dengan

sebuah konsert lagenda rock selepas
Konsert Double Trouble Jelajah Borneo Search dan Wings
yang telah berlangsung tahun lalu..

Konsert Lagenda Rock 2011
ini yang dijangka bakal dihadiri 
20,000 peminat musik Rock adalah dibawakan khas oleh Syarikat Nova Music

dengan kerjasama Syarikat Mustwin Ventures Sdn Bhd
dan bakal dilangsungkan pada 1 OKTOBER 2011
bertempat di Kompleks Sukan Tawau.
bermula pada jam 8pm sehingga jam 11pm.


Tiket berharga RM 20.00 boleh didapati dengan menghubungi 
Saudara Faizal di laman FB iaitu FAIZAL TAWAU 

ataupun di talian 013 353 0884..
ataupun dimana-mana tempat yang dinyatakan di dalam gambar diatas...

Untuk perkembangan lanjut mengenai Konsert ini boleh diikuti daripada page rasmi di Facebook iaitu
KONSERT LAGENDA ROCK 2011 FB FAN PAGE


Mari beramai-ramai meriahkan lagi konsert yang pastinya MENGGEGARKAN....








  

19 September 2011

Majlis Riang Raya Aidilfitri MyTawau 2011

MyTawau telah melakar sejarah tersendiri
apabila berjaya mewujudkan satu halaman
di laman sosial Facebook dengan jumlah peminat
seramai 59 797 orang,antara halaman yang popular
berkisar tentang daerah Tawau khususnya..

Demi menghargai rakan dan juga penyokong mytawau,
pada 18.09.2011 bersamaan 20 Syawal 
buat julung-julung kalinya
MyTawau telah mengadakan satu majlis 
Riang Raya Aidilfitri MyTawau 2011
bertempat di Shervinton Executive Boutique Hotel,
Tawau,Sabah..







Antara tetamu kehormat  dan jemputan 
yang turut serta menjayakan
majlis ini ialah wakil dari pihak 
Syarikat MustWin Ventures SdnBhd,Tawau Bloggers,Pewarta Tawau,Rakan Muda,Saga Design,
Tawau Big Bike,Tawau Club,Yehaa Solution
dan juga Jemari Art Creative(JAC)..

Teramat terima kasih juga diucapkan
kepada tetamu VVIP iaitu 
Datuk Tawfiq Haji Abu Bakar Titingan,
selaku 
Pembantu Menteri Kewangan Sabah,
kerana turut datang tanda sokongan terhadap majlis ini.

-----------------------------------------------------

Macam skema kan ayat~ayat aku diatas ni..ahakss..
bah korang layan jak k gambar~gambar
yang aku sempat ambik dalam majlis tu semalam..
entri ni bolehla kiranya dikategorikan sebagai entri bergambar..
                                                              

 antara hadiah dan cenderamata beserta sijil



       krew pendaftaran yang santai...                                                   


 rakan mytawau yang paling awal lepak di hotel..





                                         sedondon tak...ahaks...apa bendanya sedondon...

                                             Datuk Tawfiq Bin Haji Abu Bakar Titingan


       Datuk Mohd Jeffrey Rosman beserta isteri...


okey sekarang acara gambar bebas ya..ahaks..


terbaikkk broo...



alahai cik adik ni persis model la pulak...



cik veve ana...santai sak ya....



barisan awek mytawau yang terduduk awal..ahaks...


suasana dewan yang happening....



haziQ dan wAwa...

keluarga paling mencuri tumpuan lensa..
dan juga mereka yang mahu pengalaman menjadi ayah dan ibu...wakakw..


 anak jeling bapa pun jeling jugak ya....






nah disinila ko yayang...pungut memang ilmu banyak~banyak
ya..ahaks...









sahabat mytawau webteam pun turut serta..
qimay...


secara peribadi aku target kak ang dan abang yang
bawa pulang hamper pakaian terglamor...tapi hampeh...
cuba tahun depan ya kak ang..hihi



ok ka juak ni..ada ciri-ciri kebapaan ka sudah..ahaks...




nah Seah macam pengalaman sudah ko gendong bayi tu..




lauk pauk sememangnya menyelerakan
sampai terambil 2 kali..ahaks...




antara peserta mytawau idol...

|
jijah oh jijah..kelasss ko jah!!!!!





jejaka mantopp malam majlis..ehh iya ka??

menang la ko jah...menam la ko....






ni pic paling ku suka..owh Faizal macam pro sudah ko bah...


# ada juga video magician yang buat persembahan tu
tapi disebabkan line tak seberapa mengizinkan,
jadi ditangguhkan ke hari lain ye...

so amacam...meriah kan semalam...
hinggakan aku pening dalam dewan...lalu keluar dewan..
setibanya di lobi aku semakin pening
melihat Liverpool kena belasah 4-o sama Spurs..
adoiiii....ahahhahha...

bah kalau korang nak gambar lebih banyak lagi..
korang klik jak di bawah ni ya...
MyTawau Album Riang Raya Aidilfitri 2011..
ini adalah kenangan manis buat kami semua..
 setinggi penghargaan diucapkan
 kepada ajk penganjur yang telah
bertungkus lumus bagi memastikan kronologi
majlis berjalan dengan lancar..

tahniah!!!!

Faizal Tawau
Ain Yasmine
Mus Mase
Insan Lemah MMS
Azlan Ismail
Rayyanz Eusuff

dan Halim Halims Alims..