Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

24 August 2011

Payung Allah s.w.t



Diriwayatkan Payung Allah s.w.t itu
hanya untuk golongan tertentu sahaja..

1.Pemimpin yang adil



2.Pemuda yang sentiasa beribadah kepada ALLAH
semasa hidupnya


3.Seseorang yang hatinya sentiasa terpaut pada masjid




4.Dua orang yang saling mencintai kerana Allah,
keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah....






5.Seorang lelaki yang diajak oleh seorang
perempuan cantik dan berkedudukan untuk berzina
tetapi dia berkata,
''aku takut kepada Allah"


6.Seseorang yang memberi sedekah tetapi 
merahsiakannya seolah-olah tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya.


7.Seseorang yang mengingati Allah di waktu
sunyi sehingga bercucuran air matanya


                                                    
#semoga kita tergolong dari mereka~mereka yang diredhai Allah..Amin....

sumber asal:


Sebilangan manusia yang dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di antaranya ialah: Pemerintah yang adil, pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya, orang yang hatinya sentiasa terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah, orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata: Aku takut kepada Allah!, orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah. 
(HR. Abu Daud dan Ibnu Majah




topsecret:Payung Allah s.w.t  merupakan
keistimewaan pada hari di padang masyar kelak..

20 August 2011

Setitik madu,harimau dan buaya


cewek ni sekadar menempel sini..tiada kaitan ya...

Ada seorang hamba Allah ini,dia pergi ke hutan.Sedang dia menghirup udara rimba yang segar itu,tiba-tiba dia terdengar bunyi...auuuummmmmm!!!!,iaitu bunyi harimau kelaparan yang menunggu mangsanya.

Jadi,si hamba Allah itu pun lari menyelamatkan diri.Harimau itu mengejar hamba Allah itu sebab ia terlalu lapar sangat.Harimau itu terus kejar,kejar,kejar dan kejar.Hamba Allah itu punyala takut,berlari lintang pukang.

Sempat juga berdoa supaya dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau itu.Dengan kuasa Allah
diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya.

Jadi untuk menyelamatkan diri,dia pun terjunla ke dalam perigi itu.Pada perigi itu ada tali dan timba.
Dia pun bergayut pada tali itu.Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi manakala harimau yang lapar itu sedang menunggunya.Dia pun berfikirla macam mana hendak menyelamatkan diri sambil berdoa kepada            Allah agar menyelamatkannya.


Sedang dia berfikir-fikir bagaimana hendak selamat,tiba-tiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.Ya Allah lagilah seram dibuatnya.Hendak tahu apa yang ada dekat bawah tu??
Ada dua ekor buaya yang sedang kelaparan.

Apalah nasib sudah jatuh ditimpa tangga lagilah takut si hamba Allah tu.Atas ada harimau bawah pula ada buaya.Dalam keadaan risau dan takut itu dia berfikir untuk mencari jalan keluar.



Tiba-tiba keluar seekor  tikus putih dari celah-celah lubang perigi itu naik ke atas iku tali itu.Sampai diatas,tikus itu gigit pula tali itu.Kemudian keluar seekor tikus berwarna hitam.

Dia berfikir lagi,kalau naik ke atas dimakan dek harimau.Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah pasti dimakan buaya.Sedang hamba Allah itu berfikir bagaimana hendak selamatkan dirinya,tiba-tiba dia terdengar bunyi....uuuuuuuuuuuu...bunyi lebah bawa madu..



Hamba Allah itu pun mendongak ke atas langit untuk melihat lebah yang sedang membawa madu.Tiba-tiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulutnya.

Punyala nikmat sehingga tidak terkata.Hamba Allah itu berkata..
''fuh,manisnya kurma itu"...(ehh salah lagi)..

‘’fuh,manisnya madu ini,tidak pernah aku rasa semanis ini.Sungguh sedap!!’’

SubhanALLAH..
Kerana setitik madu hamba Allah itu lupa pada harimau yang sedang menanti di atas perigi dan buaya dibawahnya.
....................................................................................................................................................................

Habis cerita..nak lagi???len kali je la...

Okay,korang nak tahu ke..semua watak tu mengambarkan apa???

Hamba Allah = Kita semua di muka bumi ni..
Harimau yang mengejar = maut yang sedang menanti
Dua ekor buaya = malaikat Munkar dan Nakir yang menanti kita di alam kubur
Tikus putih dan Tikus hitam = hari siang dan hari malam yang sentiasa menghakis umur kita.
Madu= nikmat dunia..

Bayangkan setitik saja madu jatuh ke mulutnya dia lupa pada harimau dan buaya.Seperti kita semua,
apabila mendapat nikmat lupa kepada Allah dan begitu juga apabila dapat sedikit kesenangan sudah lupa diri,lupa dunia tempat beramal dan mencari rezeki.

Sebaik peluang adalah bulan Ramadhan dengan seribu janji dan jaminan dari Allah.

Aku harap cerita ini akan menjadi renungan kita dalam mengisi 10 Ramadhan terakhir yang penuh keistimewaan,terutama bersungguh-sungguh memburu malam lailatulqadar..

#tidak perlu menjadi USTAZ untuk mengingati sesama kita.sudah menjadi tugas setiap Muslim untuk saling membantu antara satu sama lain..

ehh comelnya budak ini...
sesat ke..alahai....
baru je aku dapat sorang lagi anak buah
baby lelaki..tapi belum dapat jenguk..alhamdulillah..

11 August 2011

sekisah aku dan ramadhan

''Saveq bangun....bangun makan sahur..''


''emmmm.....kejap..(sambil bangun hidupkan lampu bilik)..''


selepas 20 minit....


''Saveq bangunla..mau imsak sudah ni..ko tak mau puasa ka,atau ko diet taknak sahur??''


Baharula aku bergegas bangun turun ke tingkat bawah menatap masakan mak yang masih segar panas tu,mengurangkan sedikit rasa dingin di subuh hari...



sekadar peringatan..syukur dengan apa yang ada..
..kih..kih..kih..




Alhamdulillah dapat akak yang prihatin begitu..tak jemu nak menjaga adik-adiknya..kalau takda akak,mama pula yang bersusah payah kejutkan anak-anaknya...


kalau dapat akak yang buat tak endah jak..tapi mustahil la kan..akak mana yg tak sayangkan adiknya..


''saveq bangun..bangun makan sahur..''


''emmmm...kejap....''


selepas 30 minit..


''ala kak,napa tak kejutkan bangun sahur..kan dah lewat imsak ni..''


''peduli apa aku...ko tu yang susah betul nak bangun..nak salahkan orang pulak..padan muka''


terpaksa si adik menahan lapar dan dahaga tanpa tenaga dari sahur.....


Itu cerita yang tinggal dengan keluarga..jika yang merantau..mahu harapkan siapa?? kawan??
harap sangatla dengan kawan tu..last~last kawan pulak yang terlebih tidur..tak ingat nak bangun..mimpi menari dengan awek di taman bunga la tu..nanti dah sedar baru nak salahkan kita la pulak..


Macamla ko pernah merantau sendiri  Saveq..paling jauh  ko merantau sendiri pun area~area Tawau jugak.
Harap la nak merantau jauh~jauh sendirian..tapi sudah namanya jauh dari keluarga..jarak bukanla satu kepentingan..







Kejadian ni berlaku pada ramadhan tahun lalu..time tu aku merantau kunun..malas mahu balik rumah yang jauh tuh..so aku putuskan untuk menyewa rumah area bandar Tawau ni..

diringkaskan cerita,awal ramadhan ni memang semangat berabis la akak ni nak kejutkan bangun sahur..jam 3 subuh dia sound pakai speaker semulajadinya yang teramat power tu..almaklumla..orang Jawa..



'' iya mbak..kejap lagi bangun..''


pukul 3 subuh dia dah bergendang kat dapur tuh..entah apa yang dimasak oleh mbak tu..dia nak buat bbq kali..hahaha..
mau juga aku tegur,


''mbak,lebih afdal jika sahur dilewatkan''


tapi teringat badan mbak tu yang besar,suara lagila besar...maka aku diamkan diri je la lebih baik..takut dia terasa..(badan besar hati kecil..)


mbak tu masak sayur lodeh yang paling pedas di dunia..conform disahkan oleh Saveq..1st nampak sayur lodeh tu lemak berkrim disukai ramai..memang sahur paling semangat la time tuh..hingga 2-3 kali kuah sayur tu diangkut..sekali makan,terus migrain tahap tambling (istilah orang tawau<berguling-guling>)..


itu kisah awal ramadhan..petengahan ramadhan pulak..


''mana mbak ni,dah bangun ke belum?? jam 4 sudah ni ''
''belum bangun la tuh(sambil menunggu)''

sambil makan rempenyek dan minum air soya..




rempenyek




4.30 pagi,


''sah mbak ni dah sahur..tapi bawah penutup takkan teda makanan sikit pun..kebiasaannya ada dia tinggalkan lauk untuk aku''


''biarla...aku makan rempenyek ngan air soya pun jadila..aku pun malas nak masak nasi ni"


7.30 pagi..ketika bersiap nak pergi kerja


''masyaALLAH,mbak ketiduran loo..Saveq terbangun ka jugak tadi subuh''


''bangun mbak,cuma makan keropok sama minum air soya ja''


''kamu ni,napa tak bangunkan mbak..mbak dah ketiduran loo..''


aku berani tanya soalan cepu emas


''jadi mbak tak sahur ??''


''apa nak disahurkan kalau dah kelewatan,Saveq...sahur air liur jak la..kamu pun satu tak kejutkan mbak kenapa''.....

''sori mbak,assalamualaikum dah lewat ni mbak..aku jalan dulu ya.''



jawabku selamba sambil cepat~cepat berlalu...



ehh sapa awek ni...this is not my gf
im single okay...muahahha
ni pic aku search di google..
aku search vsoy je...
dah keluar pulak muka awek trep model ni..
nak kena bayar royalti ke ni???