Showing posts with label garage. Show all posts
Showing posts with label garage. Show all posts

23 August 2011

Jangan nak patriotik sangat la...

Assalamualaikum...

Boommmm..bannggggg..meriahnya suasana  kampung dengan lagaan bunyi  mercun yang dibawakan khas 
oleh jiwa remaja anak~anak kampung..
mak kakak mereka sibuk membakar  kuih kat dapur,
mereka pulak sibuk bakar mercun dan karbit..
tapi budak sekarang takkan mampu mencabar kewibawaan otai~otai dahulu dalam soal mercun~karbit ni..

Masih ingat lagi dulu aku masih budak ..
(kalau pegi sekolah hidung  masih meleleh keluar lagi cendol
hingus yang akan membuatkan budak perempuan jatuh hati kat kita..hihi..)
hah time tu otai-otai ni mana main mercun mancis..
mereka guna meriam buluh bah..
memang konfom tak takut mati..
istilah jangan bermain mercun tu ibarat angin lalu sepoi~sepoi bahasa je..
kalau main mercun pun paling rendah tarafnya ialah mercun bola..mercun mancis mana wujud dulu~dulu..
tiada kaki kata orang tawau...



Tapi budak sekarang baru main karbit bunyi macam kentut orang kurus kedempeng ada hati nak takbur..
Sekali mak korang teriak dah belarian bagai dikejar mak lampir yang dahagakan kasih sayang..apa kaki..
tapi takpala..itu kisah budak sekarang..
aku main mercun??..
kalau mercun mancis tu kirim salam sak la..
paling rendah pun aku nak main crazy bang..
baru mantoopp..
biar pecah di perut,jangan pecah di telinga..


Sudah dengan cerita mercun,
bukan itu sebenarnya aku nak cerita..mukadimah je tu..


Malam 24 ramadhan ni aku nak cerita pasal merdeka..
Merdeka kali ini terasa macam tak syok pulak kan..
tenggelam dengan aura hari raya aidilfitri yang insyaALLAH disambut sehari awal dari tarikh keramat 31 ogos..
jarang orang bualkan pasal merdeka ni..
semua sibuk dengan puasa dan hari raya..

Namun pujian harus diberikan,kepada rakyat Malaysia,
walau dalam kesibukan berpuasa dan persediaan menghadapi hari lebaran,mereka tidak lupa juga untuk mengibarkan jalur gemilang,dirumah,di premis perniagaan,mahupun di kenderaan masing-masing..
inilah namanya anak jati Malaysia




Apa yang lebih menakjubkan,ada pula yang sanggup berhabisan puluhan ribu ringgit,
untuk mendekorasi kenderaan sendiri,hanya kerana sambutan merdeka nanti...
kereta penuh dengan gambar jalur gemilang..
tak dilupa juga gambar mantan PM kira..
berbaris la wajah  5 tokoh terhormat..
ditambah lagi dengan wajah Datuk Seri Najib..
makin berseri~seri  la ye kereta tu..



Tak kurang hebatnya dengan penunggang motorsikal..
depan belakang penuh dengan bendera..siap helmet di spray dengan warna jalur gemilang..terbaikk..
tu baharu awal musim merdeka..kalau dah 31 ogos nanti silap~silap muka kena cat logo bendera Malaysia juga..
                                       

   ..........ALA,JANGAN NAK PATRIOTIK SANGAT LA..........


Memang tak dinafikan semangat patriotisme sangat dituntut dalam setiap sanubari rakyat..
kerana kewujudan sebuah negara bangsa yang berjaya adalah bermula dari penerapan semangat patriotisme iaitu semangat cintakan negara..
apatahlagi negara sekarang dalam jam terakhir menuju ke arah Wawasan 2020..
namun janganla sehingga menghabiskan wang ringgit hanya untuk menunjukkan perasaan cinta kita...


Yang menghias kereta tu,patriotik sangat ke??
kereta lawa,bendera dari depan sampai belakang..
tapi malam lepak ngan kawan~kawan pasang sound besar tahap mega..
and then kalau bosan terus lumba haram kat highway..
itu ke namanya patriotik??
nampak pejalan kaki melintas jalan,tua mahupun muda,
tetap jadi bahan kena hon..siap kena maki free lagi..
patriotik ke tu??
lihat budak nakal buat vandalisme,samseng jalanan..ala bukan masalah gua juga..apa nak peduli..
patriotik ke tu??

steady jak nenek ni...topsecret betul...
nenek ni kununnya mau pi sungkai sama cucunya..

Penunggang motorsikal pula..megah dengan benderanya..semakin laju dia bawa,semakin gah kibaran benderanya..jadinya,merempit tengah highway..
patriotik ke tu??
ada pula sebahagian,melepak rumah rakan layan barang haram sejam dua..
dah naik kick baru sambung rempit balik...
ada pulak bawa perempuan naik hotel,tak pun projek anak orang beramai-ramai kat semak ke ladang ke..
patriotik ke tu??

Sebenarnya tak perlu la nak show off sangat dengan bendera~bendera ni sekadar nak orang kata,,

‘’wow,budak ni patriotik sangat le’’..



bendera banyak ni ada bawa implikasi positif kepada negara ke??..ya mungkin juga menguntungkan pengusaha yang terbabit...tapi kesan kepada nilai masyarakat..nampak jelas ke??

Ni belum lagi masuk isu agama yang dewasa ini cuba diperkotak katikkan..tapi aku tak nak sentuh la isu ini..yang pasti Islam secara tersembunyi cuba diperlekehkan di negara yang mengiktiraf sebagai agama rasmi.lebih mengecewakan,ada segelintir masyarakat Islam menegah apabila kebenaran perlu ditegakkan..Wahai pemimpin Islam,bangun dari tidur dan buka lah mata...

Kesan semangat patriotisme ini hanya membuahkan hasil jika setiap jiwa raga rakyat diisi dengan kesedaran dan ilmu..
Nilai patriotisme yang patut diterapkan dalam hati dan jiwa generasi muda seperti kesetiaan,keberanian,rela berkorban,kesukarelaan,cintakan bangsa dan negara perlu dipertingkatkan bagi mewujudkan rakyat yang patriotik lagi bertanggungjawab kepada bangsa dan negara.


Zaman telah berubah.kini konsep patriotisme bukan sekadar terikat dengan perjuangan mempertahankan tanah air dari cengkaman penjajah luar..tetapi juga terhadap sikap parasit penjajah domestik yang bakal menghancurkan negara suatu hari nanti,jika tidak dibendung dengan sebaik mungkin..

Bilangan bendera bukanla suatu yang perlu dibanggakan..tetapi semangat cintakan agama,bangsa dan negara yang perlu dibuktikan bagi melahirkan sebuah negara yang berdaulat di mata dunia...

                    SELAMAT HARI MERDEKA KE 54

topsecret:maaf kalau ada terasa..ni adalah 100 % dari pengalaman pemilik blog...

04 January 2011

cinta pandang pertama....oh indahnya.....

          salam....cinta..ungkapan yg memberikan ku seribu pengertian yg cukup mendalam..cinta yg sejati,lahir dari lubuk hati..lubuk yg amat mendalam..hinggakan tidak mampu d"delete"dalam hati...apapun yg berlaku dalam ruang masa yg aq lalui,aq masih tidak mampu untuk memusnahkan cinta yg suci ini..itula cinta pandang pertama..bagiku..cinta yg ketiga  teragung dalam hidupku...

          aq mau kongsi kongsi luk pengalaman cinta pandang pertama ku ney......
      
         alkisah..maka tersebutla kisah...ayiib.,aq jatuh cinta pandang pertama time sekolah rendah.Darjah 2..masih kecil bha kesian..tp ada sudah perasaan cinta tu..ahaks...bukan niatku mahu cari gf pi skul tp dah aq terjatuh pulak..redha jak la...haha...first aq tenguk mukanya....aduhhh...terus cair c kawan...haha..tp mmg betul lah...hati aq cair..sempat lagiaq renung dia lama2x...sungguh tidak malunya aq...haha...apa boleh buat..sapa suruh mukanya kiut miut...comelnya..huhu....nasib baek xda hingus,,kalo x..cun gila.......

      start itu aq mula memendam rasa kepadanya..oh juwita hatiku...berangan2x....mcm betul...haha..tp betullah...start sudahlah aq mau jadi romeo kunun..padahal baru 8 tahun...dengan bantuan sahabat sehati sejiwaku...aq mulakan lah kunun ayat2x cinta ku,menganggu hidup puteri juwita yg bertahta d hati tu...

      sekali tuh,time pulangan~~time balik sekolah~~mmg menjadi peraturan kami semua kena berkumpul di depan bngunan pejabat sebelum mula bergerak ke pintu utama..dengan tahap gila gaban(otak x betul sdh),aq menoleh agak lama lah ngan dia..lalu dia berkata"apa tenguk2x.."sambil membesarkan biji matanya..apa lagi,aq yg memang bermulut celupar,bersandarkan sahabat yg setia menjadi tulang belakang,aq mengatakan
"baru jak tenguk pon x boleh bha..besar juak biji matamu..macam ~~tuuuttt(gelaran)~~~(xle mention,hnya aq,dia ,ngan shbt jak tuh yg tahu...)

      time tu belum lah dia merajuk..tahu lah kan kalo dah minta puji,gelaran tuh aq sebut berulang kali asal bertemu ngan dia...smpaila dia merajuk..xnak tegur aq kunun....yg palis manis tuh..dia maafkn aq jua akhirnya...sejujurnya...aq tidak terniat pun mahu menggangu kehidupanmu,tapi apakan daya.....

      from the bottom of my heart,,aq masih lagi mencintai dia,walaupun aq telah berdampingan dengan beberapa wanita lain...entah mengapa,aq masih tidak boleh men'delete'kan segala kenangan ku tentang dirinya...sememangnya inilah cinta sejati ku...cinta pandang pertama..walaupun x seindah yg digambarkan...

    kata orang..,cinta tidak semestinya memiliki...tetapi cukup sekadar membuatkan insan yg dcintai merasa kebahagian..aq dah merasa kebenarannya..walaupun dia tidak mampu menerima cinta tulus dari ku,namun aq berbahagia tatkala melihat dia gembira bersama pasangan yg dia impikan...walaupun hatiku sendiri merasa kesedihan...."cinta memerlukan pengorbanan",kata seorg teman kepadaku....aq hanya mampu mengiyakan kebenaran kata2x itu...
    ...

31 December 2010

GUDBYE 2010...WELCOME 2011.--a new of me!!!--

                     

         Salam..rasanya lama sudah aq tidak meng update kan blog ku ni...bukan apa..ada benarnya kata pujangga mengatakan...MASA SENTIASA MENCEMBURUI KITA.....Aq sentiasa sibuk dengan hal kerja ngan family...belum lg dcmpur adukkan ngan masa peribadi..aq rasa 24 jam sehari tidak mencukupi untuk melayani kerenah kehidupan ku ini.....

      
       Malas menjadi faktor juak mengapa aq senyap seketika....malas untuk memerah otak dan meletihkn jari jemari ku yg sedia penat dhambat keja yg melambak...biasala kalau dah keja dalam sektor perkhidmatan..kenala besedia untuk berkhidmat kapada masyarakat yg sentiasa DAHAGAkan khidmat yg mesra dan ikhlas....

      tahun 2010 hnya beberapa jam saja untuk d lewati....jika dtenung kembali masa yg berlalau sepnjg 2010...terlalu bnyak kenangan yg terpalit ygg mmpu aku jadikan iktibar dan pedoman agar sentiasa bersedia dengan apa jua keadaan dan cobaan yg bakal aq tempuhi dalam tahun tahun yg mendatang....

     Kenangan manis dan pahit....tak perlu la dtnya sebab pengalaman manis bakal aq simpa sebaik2xnya dlm kotak fikiran ku selagi ia mmpu berfungsi dengan cemerlang...kenangan pahit..hnya perlu djadikan pengajaran dalam hidup agar segala keputusan dan pendekatan yg dambil pada masa hadapan tidak akan disesali kemudian nanti....

   Sejujurnya.. Sesuatu yg aku paling tidak puas hati dlam tahun 2010 ialah...berkenaan ngan blog ni sendiri...aq tidak menyangka...apa yg aq post selama ini...buat aq ter tawa sendiri..mcm tiada tema,plot,nilai mahupun pengajaran..apatah lagi motif..untuk aq persembahkn dalam blog ku ini...sekiranya guru bahasa sewaktu di sekolah menengah dulu melihat karangan ku..pasti tak menyangka aq mampu membuat karangan pada tahap murid tadika..wakaaka.....

   Sememangnya post2x yg aq update dlm blog ni...sekadar dua kadar jak aq buat...sekadar ada...beginila kalo minda dah berkarat tidak diasah semenjak SPM...segala ilmu yg dpelajari sudah kabur dari sel2x otak ni...

    Apapun...from the bottom of my heart....aq harap 2011 nanti hari2x ku akan sentiasa dlimpahi rahmat dan dhujani kegembiraan dari yg MAHA ESA...TUHAN SEGALA ALAM...ALLAH s.w.t...
kepada rakan2x siber ku...aq mengharapkan korang semua sentiasa sihat walafiat dan dselubungi kegembiraan sepnjang mengira detik ketibaan 2011 dan seterusnya sentiasa sukses dalam apa jua yg dlakukan pada masa mendatang.......