Showing posts with label sense of weird. Show all posts
Showing posts with label sense of weird. Show all posts

14 May 2012

Kecoh Selena Gomez Lesbian!.

Di internet, banyak foto-foto tersebar. Tidak peduli itu milik siapa, peribadi ataupun memang untuk diperlihatkan kepada awam. Terlebih lagi, banyak foto-foto peribadi selebriti di seluruh dunia yang ‘bocor’ masuk ke internet. Mungkinkah ini yang terjadi pada Selena Gomez?


Beberapa hari yang lalu, ditemukan sebuah foto yang mengejutkan. Dalam foto tersebut, terdapat dua orang gadis remaja sedang berciuman dengan intim. Salah satu dari gadis itu kelihatan seperti wajah Selena Gomez dari sebelah tepi. Dari warna rambutnya hingga bulu matanya.


Dipetik dari Gossip Cop, hal ini mungkin adalah hal yang paling liar yang dilakukan oleh Selena setelah dia menjadi agak ‘nakal’ dalam proses pembuatan filemnya, Spring Breakers.




Mr.Sasube:Alahaiii.....untuk filem rupanya...

04 May 2012

Taktik Pelik Wanita Jual Jus Oren Bagi Cepat Laku/Laris Dijual





Memang ada saja orang menemukan cara baru agar barangan yang di jual cepat laku atau laris. Seorang wanita telah menemukan cara baru bagaimana agar jualannya iaitu jus oren cepat laris.


Dan ternyata memang hasil penemuan barunya ini tidak sia-sia dan sehari dia dapat menjual jus orennya sebanyak US$250.

Tapi cara ini tidak sesuai diamalkan di negara kita yang mengamal adat dan budaya yang sopan.

Yang pasti ini bukan budaya bangsa kita. Yang hendak ditonjolkan bukan gambar ini tetapi perlakuan manusia yang semakin hari semakin gila. Macam ni lah jadinya kalau akal yang diberi tidak digunakan dengan betul.

Mari kita lihat bagaimana caranya wanita ini menjual jus orennya :




25 October 2011

Wordless Wednesday #4:Fesyen Separa Jahiliyah



Nota:

Apa tujuan sebenar pakai hijab? Apa tujuan pakai tudung? Apa tujuan fesyen muslimah? Sudah pastinya UNTUK MEMELIHARA AURAT bukannya UNTUK KELIHATAN SEKSI !! Tudung sudah OK..! Tapi kenapa pakai skirt macam bukan Islam. Kononnya tak mahu nampak kaki, jadi ganti dengan memakai LENGGING hitam ketat. Hakikatnya LENGGING ketat itu masih menampakkan bentuk betis yang sangat ketara. Ia ibarat betis yang telanjang!!!




08 July 2011

Budak ketagih makan ubat nyamuk??

Sekarang ubat nyamuk bukan sahaja berfungsi 
sebagai penghalau nyamuk,
tetapi juga sebagai snek kegemaran seorang 
budak yang berasal dari Polewali Mandar,
Sulewesi Barat,Indonesia
(dekat-dekat kampung nenekku bha ni..ahhaha)

yummy..so delicious..jempol for ubat nyamuk...

Tergamam seketika dengan mulut ternganga 
melihat foto budak sedang makan ubat nyamuk..
peliknya budak ini,peliknya,peliknya,peliknya.
(aii,berapa kali pelik daaa)..
Abdillah Syarif aka Adit yang baharu 
berusia 7 tahun telah memiliki diet pemakanan
yang sangat ekstrem..

Dalam sehari,dia mampu menghabiskan 
sebungkus ubat nyamuk!!
Ibu bapa Adit telah berusaha untuk 
menghilangkan tabiat buruk anaknya itu
tetapi bukan sahaja tidak berhasil,
malah,ketagihannya
kepada keropok ubat nyamuk semakin bertambah.

yay..macam supermodel la pulak..

Tabiat aneh Adit menyebabkan
anak keempat pasangan Syarifuddin dan Nurlina
itu menjadi terkenal bukan sahaja di desanya
di Sabang Subik,Kecamatan Balinipa,
tetapi juga di seantero nusantara.

Adit mula gemar memakan keropok ubat nyamuk 
ketika berusia 8 bulan.
Pada mulanya Adit yang belum pandai 
berjalan ketika itu,mendekati
keropok ubat nyamuk dan tiba-tiba memakannya..
(ini la akibat terlalu meminum susu ibu.
terlalu bijak..wahahaha)


Sehingga kini,dia menjadi ketagih 
dan setiap hari yang dilaluinya pasti
memakan snek kegemarannya iaitu keropok ubat nyamuk..
Usaha orang tuanya untuk menghentikan 
tabiat pelik ajaib anak mereka
tidak membuahkan hasil..

Adit sanggup mendapatkan ubat nyamuk
dari rumah jiran jika orang tuanya menyorokkan 
bekalan ubat nyamuk di rumah.
(adit:makcik,minta bah ubat nyamukmu satu,
aku lapar mau makan)
(makcik:ko ni alien kah nak,perut getah pun 
rosak klau makan itu nak.
transformer pun tidak makan itu bah)

Lebih teruk lagi,Adit sanggup mencuri di rumah jiran jika jiran keberatan memberinya
(toyol ubat nyamuk..)
Ibunya berkata tabiat Adit itu mungkin bawaan daripadanya kerana
sewaktu hamil dahulu,dia gemar mencium ubat nyamuk..
(patutla,makcik,makcik..
banyak lagi benda lain yang harum makcik,bunga tahi ayam pun wangi juga)


yaksssssssss...
                         


                       Menurut doktor pakar pediatrik di 
Dinas Kesehatan Polewali Mandar, Sih Harjo Boko,Adit menghidapi penyakit pica(iaitu kelainan keadaan pola makanan pada kanak-kanak)


Faktornya ialah kekurangan zat besi dalam badan 
dan boleh sembuh,bergantung kepada 
keprihatinan ibu bapa mereka menjaga anaknya..



Dahulu,saya ada mengenali seorang kakak..kakak ni pun pelik juga..suka makan sabun serbuk cuci..ala
yang digunakan untuk basuh kain tuu..1st tenguk dia makan tuh,terkejut tahap gaban  la..Tambling pun boleh juga..Ditanya apa rasanya,katanya enak...Memang extravaganza la ni kakak..Cantik,tapi perangainya pun cantik.ahaha..yang anehnya,dia tidak mengalami sebarang komplikasi setelah memakan sabun.sama kes seperti si Adit ni..Allah Maha Kuasa..Subhanallah
.