20 March 2012

Tips Mudah Untuk Berhenti Merokok







Mahu berhenti merokok? Lakukan amalan berikut.. InsyaAllah pasti berjaya.

1. Melengah-lengah
Lengahkan tindak balas ke atas keinginan merokok seperti melambat-lambatkan mencari rokok. Sekiranya rokok ada di tangan, jangan dinyalakan terus, tunggu sekurang-kurangnya 5 minit. Keinginan untuk merokok ini kesudahannya akan hilang juga. Katakan pada diri anda "NANTI" setiap kali anda ingin merokok.

2. Menarik Nafas Panjang

Tarik nafas anda dengan panjang sekurang-kurangnya tiga kali dengan perlahan-lahan.

3. Minum Air Dengan Banyak
Minumlah air banyak-banyak. Sebaik-baiknya air galian atau air masak (suam). Jangan minum air berkafein seperti kopi atau teh, kerana minuman ini biasanya akan membuatkan anda ingin merokok selepas meminumnya.

4. Membuat Sesuatu
Buatlah sesuatu yang boleh mengalihkan fikiran anda daripada rokok. Contohnya bersiar-siar makan angin,telefon kawan, membaca buku, bermain muzik, membuat silang kata, berkebun dan sebagainya.

5. Menguyah Sesuatu
Mengunyah sesuatu seperti gula-gula getah,lobak merah,buah epal dan sebagainya. Elakkan sesuatu yang manis seperti gula-gula biasa.

6. Mandi atau Basuh Tangan
Sekiranya berada di rumah, mandilah seberapa kerap atau basuh tangan setiap kali terasa hendak merokok.

7. Melakukan Senaman Regangan
Lakukan senaman regangan setiap kali anda merasa mengantuk kerana tidak merokok.

8. Memohon Doa
Mohonlah doa kepada Allah agar azam dan usaha anda untuk berhenti merokok itu berjaya 
Mr Sasube: Semuanya tu terpulang dari diri sendiri sahaja..dimana ada kemahuan,disitu ada jalan..Macam juga pikat awek,sangat bersungguh-sungguh pada mulanya sehinggalah dapat..Mengapa tidak diamalkan untuk membuang  tabiat merokok itu?..santai saja...hihi.



Video Muzik Paling Lama Untuk Disiapkan Dalam Sejarah





Kina Grannis merupakan seorang pemain muzik dari California.
Kina Kasuya Grannism, yang berdarah campuran Amerika dan Jepun, memulakan karier muziknya dengan menyanyikan lagu orang lain di YouTube sejak empat tahun lalu. Saat ini dia telah memiliki 195 video dengan lebih dari 500 ribu subsriber di akaun youtubenya. Dia banyak berkolaborasi dengan artis-artis YouTube lain seperti Boyce Avenue, David Choi, Far East Movement.
Selain itu, Kina juga pernah muncul di mini-series Wong Fu Productions, Funemployed.
Sejak berumur 15 tahun, Kina mulai belajar gitar dan sejak itu jugalah dia jatuh cinta pada gitar. Lulusan Psikologi University of Southern California ini memulakan karier profesionalnya dengan sebuah kontrak rakaman dari Interscope Records setelah memenangi pertandingan Crash Doritos Super Bowl. Baru-baru ini Kina juga meraih penghargaan Web-Born Best Web pada MTV Music Awards 2011.
Di bawah ini merupakan video muzik yang memakan masa paling lama dalam sejarah untuk disiapkan iaitu selama 22 bulan, bersamaan  1,357  jam dan dihasilkan oleh 30 orang crew serta 288,000 ‘jelly beans.





17 March 2012

Lelaki Serigala Playboy !!!





Selepas diketawakan sepanjang hidupnya dan berlakon dalam pertunjukan sarkas,Larry Gomez mula mengukir nama di Hollywood.Pernah muncul dalam filem seram 1941,The Wolf Man,memegang watak berkarakter seorang yang dipenuhi bulu digelar Larry Talbot,malah memiliki rancangan televisyennya sendiri.

Larry Gomez,berumur 35 tahun di mana seluruh tubuh dan wajahnya dipenuhi bulu hitam lebat  mendakwa sehingga kini seramai 35 wanita telah menjadi teman wanitanya.Wanita-wanita terbabit mengharapkan dia menjadi lebih daripada seorang lelaki,gagah kerana bulu itu.Malah dia mendakwa memiliki beberapa peminat setia!!!..

Gomez sebenarnya mengalami keadaan genetik hypertrichosis yang jarang berlaku atau sindrom serigala.Hanya 50 orang sejak zaman pertengahan dikesan mengalami sindrom itu hingga ke tahap teruk dan 15 daripadanya adalah anggota keluarganya.

Nama sebenar Gomez ialah Gabriel Ramos Gomez dan dilahirkan di Mexico.Ketika muda dia dan adik lelakinya,Danny,33 tahun menyertai sarkas dan dikenali sebagai budak serigala.Gomez pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki,Michael kini 10 tahun yang tidak mengalami keadaaan yang sama sepertinya.

Jom lihat gambar manusia serigala lagi dibawah:

kacak kan saya?...


bersama anaknya,Michael yang kini berusia 10 tahun

saat bahagia bersama Nadine pada 2007


dan akhir sekali...




maaf ini gambar hiasan sahaja..bukan si Gomez...

selamat berhujung minggu!!!







16 March 2012

Adab Ketika Menziarahi Pesakit dan Jenazah

ANTARA adab dan tata tertib melawat orang sakit, hampir meninggal dunia atau sudah meninggal dunia ialah seperti diterangkan oleh hadis dan Athar(kata-kata sahabat).


  • Daripada Ummi Salamah, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud:Apabila kamu menziarahi orang sakit atau orang yang hampir mati, hendaklah kamu memperkatakan perkara yang baik, kerana sesungguhnya malaikat mengucap amin terhadap apa-apa yang kamu katakan itu. (Hadis riwayat Muslim)

  • Daripada Ibn Abbas, katanya:
     Antara adab peraturan yang ditetapkan oleh Nabi ialah memendekkan masa duduk dan mengurangkan bising ketika melawat orang sakit. 

    Ibn Abbas berkata lagi: Rasulullah bersabda ketika sahabat-sahabat banyak membuat bising dan berselisih pendapat (ketika mereka melawat Baginda yang sedang gering): Bangunlah kamu semua tinggalkan daku!(Hadis riwayat Razin)

  • Daripada Jabir, bahawa Rasulullah bersabda: Cara melawat orang sakit yang lebih afdal pahalanya ialah segera meninggalkan orang sakit itu.(Dailami dalam Musnah al-Firdaus)

  • Daripada Abu Said al-Khudri, katanya: Aku ada mendengar Rasulullah bersabda: Sebutlah kepada orang kamu yang hendak mati Lailahaillallah kerana sesungguhnya tidak ada seseorang hamba Allah yang diberikannya kemudahan mengakhiri keadaannya dengan kalimah itu ketika dia hampir mati, melainkan kalimah itu menjadi bekalannya ke syurga.(Hadis riwayat Muslim)

  • Daripada Ummi Salamah, katanya: Rasulullah menziarahi Abu Salamah ketika matanya terbuka. Lalu Nabi menutupnya, kemudian Baginda bersabda: Sesungguhnya roh apabila diambil oleh malaikat akan diturut oleh pandangan mata (si mati itu).

    Mendengar perkara itu, sebahagian keluarga Abu Salamah menangis dan menyebut-nyebut kemalangan yang mendukacitakan mereka. Lalu Baginda bersabda lagi: Janganlah kamu menyebut-nyebut perkara buruk yang merosakkan kamu, tetapi sebutlah perkara baik, kerana malaikat memohon supaya Tuhan kabulkan apa-apa yang kamu katakan - baik atau buruk.

    Kemudian Baginda berdoa dengan sabdanya: Ya Tuhanku! Ampunkanlah dosa Abu Salamah dan tinggikanlah darjatnya bersama orang yang mendapat hidayah petunjuk, dan jadilah sebagai gantinya untuk mengurus dan melindungi keluarganya yang ditinggalkan, dan ampunkan bagi kami dan baginya Ya Rabbal Alamin, dan lapangkanlah kuburnya serta berilah kepadanya cahaya yang menerangi kuburnya.(Hadis riwayat Muslim)

    Hadis di atas menyebut bahawa mereka yang menziarahi orang sakit dituntut supaya berkata atau menyebut perkara baik saja. Ulama ada menerangkan bahawa antara kata-kata baik itu ialah menghiburkan hati orang saki dengan menyatakan sakitnya ringan dan akan sembuh.

    Janganlah tinggal terlalu lama ketika melawat kerana pesakit mungkin jemu atau ingin berehat. Ketika menziarahi orang yang hampir mati disunatkan disebutkan kepadanya kalimah Lailahaillallah.
    Saidina Umar bin al-Khattab berkata: Hadirlah di tempat orang yang hampir mati dan ingatkanlah mereka akan kalimah Lailahaillallah kerana mereka nampak apa-apa yang kamu tidak nampak.

    Mengikut keterangan ulama, selepas orang yang hampir mati turut menyebut kalimah itu, maka janganlah orang yang hadir di sisinya menyebutnya lagi, kecuali orang yang hampir mati itu menuturkan kata-kata lain. Maka, hendaklah diulangi sebutan kalimah itu kepadanya.

    Tujuan menyebutkan kalimah Lailahaillallah itu kepadanya supaya jangan ada sesuatu dalam ingatannya selain daripada mengakui keEsaan Allah pada saat matinya.

    Selepas orang itu menghembuskan nafasnya yang akhir, maka selain daripada sunat menutup matanya, dituntut pula supaya melembut-lembutkan sendi-sendinya yang keras kaku seberapa yang boleh. Mengikat dagunya ke kepala supaya tertutup mulutnya.

    Juga dituntut mendoakan si mati dan keluarganya supaya mereka beroleh kebaikan di dunia dan akhirat.

    Mr.Sasube: Baru balik dari melawat seorang sahabat,Rizal Rawk kerana bapanya telah meninggal dunia pagi tadi dan baru tiba di rumah sekitar jam 7 malam..Semoga roh arwah ditempatkan bersama golongan yang beriman..Amin..Al Fatihah....