21 March 2012

Gambar Sebenar Upin dan Ipin di Dunia Nyata



Upin & Ipin ialah tajuk bagi sebuah siri animasi tayangan singkat yang dihasilkan oleh syarikat animasi Les' Copaque di Malaysia, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Upin & Ipin merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan Bermula yang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut.

Mula-mulanya, Upin & Ipin disiarkan sempena bulan Ramadan pada tahun 2007 Masihi di TV9 (Malaysia), dengan tujuan mendidik anak-anak agar menghayati erti bulan mulia, kini menjangkaui lima musim dan tidak terhad pada televisyen, bahkan juga dalam bentuk DVD dan penstriman video melalui Internet. Upin & Ipin juga berjaya dipasarkan di luar negara, khususnya negara jiran Indonesia.

Atas kejayaan menambat hati penonton serantau, Upin & Ipin disenaraikan dalam Malaysia Book of Records sebagai "Animasi Paling Berjaya" pada tahun 2011. Selepas filem Geng, watak Upin & Ipin bakal membintangi sebuah lagi filem cetera berjudul Laksamana Upin & Ipin yang dijangka keluar pada tahun 2012.

Jom lihat gambar sebenar upin dan ipin di dunia realiti...



# Sama tak?..haha..konfom budak kembar ni minat gila dengan animasi Upin dan Ipin..


Cara Nak Jadi Jutawan yang Halal..





Assalamualaikum dan salam muhibbah, 

Siapa yang tak nak jadi Jutawan kalau pun tidak masuk senarai orang terkaya di dunia sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. Bukan mudah nak jadi Jutawan tidak seperti mengutip sampah tepi jalan. Kalau kita baca biodata mereka yang telah menjadi jutawan pasti ada ciri-ciri yang sama yang menjadikan mereka insan yang paling kaya di dunia.
Selain mempunyai sifat-sifat seperti bangun awal, menepati masa, berdisiplin, kerja kuat ada satu ciri yang unik yang ada pada semua orang paling kaya di dunia dan di Malaysia. Hampir semua orang terkaya ini mempunyai yayasan yang bertujuan membantu mereka yang memerlukan. Mereka mengeluarkan berbillion dollar peruntukan untuk yayasan mereka.
The Bill and Melinda Gates Foundation — which has been handed $31 billion of Warren Buffett’s money — has turned its considerable charitable funds to help poor farmers in Africa. – WSJ(11/12/11)
Di Malaysia ramai yang sedia maklum bagaimana Tan Sri Syed Mokhtar telah mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk membiayai berbagai projek membantu masyarakat. Adakah mereka semua ini yakin semakin banyak mereka memberi maka semakin banyak mereka akan dapat?
Mari kita baca firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 261 yang maksudnya :”Perumpamaan orang yang menginfaqkan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuh tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui
Juga firman ALLAH SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 245 yang maksudnya : “Siapa yang meminjami (infaqkan) Allah dengan pinjaman yang baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nya kamu dikembalikan.”
Mungkinkah ini boleh dijadikan Tips menjadi jutawan. Seandainya kita mengambil kira setiap infaq, sedekah atau zakat yang ikhlas di balas ALLAH SWT dengan dilipatgandakan seratus kali maka kalau hendak mengumpul 1 juta maka kita perlu memberi RM10,000, (RM10,000 x 100 = RM1 juta) dan jika inginkan RM10 juta perlulah memberi RM100,000 (RM100,000 x 100 = RM10 juta). Yang penting memberi dengan ikhlas hanya kita dan ALLAH SWT sahaja yang tahu. Memberi mengikut kemampun sedikit-sedikit lama-lama terkumpullah RM10,000 atau RM20,000 atau RM100,000.

Yang pasti untuk menjadi Jutawan tidak datang sekelip mata dan perlu disertakan dengan usaha-usaha yang lain selain memberi. Selain daripada itu ALLAH SWT akan memilih manusia yang paling layak menjadi Jutawan kerana menjadi Jutawan juga adalah ujian besar daripada NYA kerana buka semua mampu memegang status Jutawan.

kredit:blog

Komen Ekslusif Apek/Khairul Fahmi Che Mat Jadi Duta Puma



Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Sungguhpun dikecam dengan pelbagai isu kontroversi, penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, 23, masih dikurniakan rezeki yang melimpah.


Mungkin inilah berkat kesabaran dan kesungguhan jejaka dari Kelantan itu.
Apatah lagi dengan kewibawaan dirinya yang masih lagi konsisten dengan mempamerkan permainan yang cemerlang.


Kredibilitinya sebagai ahli sukan disegani telah memberi peluang keemasan buatnya untuk bergelar duta produk sukan iaitu Puma selama setahun.


Jom ikuti temubual ekslusif wartawan sebuah portal hiburan bersama Apek!!

Soalan: Apa yang membuatkan Apex menerima tawaran untuk menjadi duta Puma?
Apex: Alhamdulillah, ia sudah tertulis untuk diri saya. Ianya sudah menjadi rezeki saya. Jadi tidak salah rasanya untuk saya menerima tawaran ini. Lagi pun, saya memang pengguna produk Puma. Terus-terang, saya memang meminati rekaan Puma yang ringkas dan menampak ciri-ciri dan identiti seorang atlet.

Soalan: Benarkah Apex menerima tawaran ini kerana Apex dibayar lumayan?
Apex: Terpulanglah untuk orang menilainya. Saya menerima untuk menandatangani kontrak secara rasmi ini disebabkan saya merasakan saya patut untuk mencuba. Dalam erti kata yang lain, mencuba bidang baru.Lumayan atau pun tidak, saya merasakan ia cukup berbaloi berdasarkan komitmen saya dengan jenama ini.

Soalan: Adakah benar Apex dibayar lebih setengah juta ringgit hanya untuk menjadi duta Puma?
Apex: Kelakar pula saya mendengarnya. Andaikata apa yang dikatakan anda ini benar, mungkin juga saya tidak perlu lagi bekerja keras untuk mencari rezeki. Sejujurnya, apa yang anda dengar itu tidak benar sama sekali. Saya pohon maaf kerana saya tidak boleh memberitahu nilai bayaran yang saya terima dari Puma. Apa yang boleh saya katakan adalah bayaran yang saya terima berbaloi dengan komitmen yang diperlukan pihak Puma dari saya.

Soalan: Selain menggunakan atau memperagakan jenama Puma, tidakkah Apex terfikir atau mahu mencipta sendiri jenis pakaian sukan di bawah jenama terkenal ini mengikut citarasa Apex?
Apex: Jika benar peluang ini datang, saya akan gunakannya sebaik mungkin. Selain bekerja tetap sebagai penjaga gol kebangsaan, saya juga membuka perniagaan secara kecil-kecilan iaitu menjual baju secara online. Oleh itu, saya memang berminat untuk menghasilkan produk sukan sendiri. InsyaAllah, ia akan menjadi kenyataan kerana idea ini sedang dalam perbincangan lagi. Saya berharap agar ia mendapat sambutan jika impian saya menjadi realiti.

Soalan: Selain Puma, adakah Apex bakal menjadi duta produk yang lain?
Apex: Syukur Alhamdulillah, sekarang ini saya masih mempertimbangkan lagi tawaran lain sebagai duta. InsyaAllah, jika sudah tiba masanya nanti, saya akan beritahu kepada umum terutama sekali penyokong saya. Apapun, saya berterima kasih kepada semua yang telah menyokong dan mempercayai bakat saya dalam bidang bola sepak. Tanpa anda semua, mungkin saya tidak peroleh semangat sebegini. Terima kasih daun keladi, jangan lupa menyokong lagi.

Mr.Sasube: Tahniah Apek...berusaha lagi supaya boleh setaraf dengan rakan sepasukan negara,Safee Sali yang kini bergelar jutawan..


20 March 2012

Gambar Bayi Pelik di Pangkuan Datuk Dr.Sheikh Muzaffar

Assalamualaikum,salam bahagia..


Cuba korang lihat gambar dibawah ni,macam ada sesuatu yang pelik tentang bayi di gambar tu..



Korang dapat lihat apa yang pelik???....
Sebenarnya tiada yang pelik pun,cuma nak beritahu,yang peliknya mesti korang nampak baby tu sekilas ja kan,pastu terus nampak muka Dr.Sheikh Muzaffar lama-lama..betul tak?..haha..jangan tipu arr...kalau betul tekan like la..hihi..