04 April 2012

Khairul Fahmi Che Mat Pikat Siti Nurhaliza?








Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin akui terpikat dengan sikap penjaga gol Negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex selepas pertama kali berjumpa dan bekerjasama untuk produk haruman terbaru SimplySiti.


Malah, Siti Nurhaliza berkata Apex merupakan pilihan yang tepat untuk wangian jenis Pure kerana karisma dan auranya sebagai seorang ahli sukan.


Selain Apex, Siti Nurhaliza turut mengundang dua tokoh lain untuk dijadikan model bagi dua harumannya yang lain iaitu SM Zul Khalis SM Zulkifli daripada Naza Italia sebagai ikon usahawan muda untuk haruman Memoir dan Pengarah Ibex Group, Adam Yahya sebagai ikon pengurusan korporat untuk haruman Precious.


Penyanyi Biarlah Rahsia ini berkata, meskipun haruman tersebut diilhamkan istimewa buat kaum wanita, namun cara pemasarannya kini berbeza kerana menggunakan model lelaki untuk memikat kaum berkenaan

Wangian eksklusif daripada pengasas produk SimplySiti ini bakal dilancarkan di pasaran sekitar April ini.


SUMBER

03 April 2012

Hotel Terbang Pertama Di Dunia




Sebuah helikopter Mil Soviet V-12 telah diubahsuai menjadi helikopter terbesar di dunia serta hotel terbang pertama di dunia. Penerbangan dengan helikopter ini semua memiliki kemudahan 5 bintang mulai dari sistem hiburan peribadi berupa game dan layanan minum teh.
Keluasan helikopter ini akan membuat anda terkejut dengan keluasan helikopter tersebut. Dengan panjang 135 kaki dan tinggi 45 kaki. Helikopter tersebut memiliki kemampuan untuk mengangkat beban maksimum 105 ribu kilometer dari tanah dan dapat mencapai kecepatan maksimum 255 km / jam (158 mil / jam).
Penerbangan pertama berlangsung pada 26 Jun 2009 dengan harga yang tidak dinyatakan. Selepas ini para Syeikh kaya yang kaya raya dari Arab yang menggunakan Airbus A380 untuk keperluan peribadi akan berubah alih ke helikopter ini...
Setiap kamar merupakan ruang kedap suara dilengkapi dengan tempat tidur ukuran queen, mini-bar, mesin kopi, akses internet nirkabel,dan semua kemewahan yang anda harapkan dari hotel terbang 5 bintang. Layanan kamar tersedia satu jam setelah lepas dan sebelum mendarat.

Jom zoom in gambar lain yang terdapat dalam hotekopter ini..











Nama dan Gambar Kad Pengenalan Sebenar Aaron Aziz

Kad pengenalan Aaron Aziz

Aaron Aziz,36 tahun menyatakan rasa kecewanya terhadap beberapa individu yang cuba menimbulkan kontroversi apabila menyiarkan suntingan kad pengenalan palsu didakwa miliknya hasil seni photoshop..

Kad pengenalan seperti yang tertera diatas bernama Mat Haron Mustapha bin Mat Aziz Mustapha adalah tipu belaka dan berniat untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti serta populariti beliau..
Bagi menghentikan kontroversi yang melanda,Aaron Aziz di sidang media menegaskan bahawa nama sebenarnya ialah Aaron Mustapha bin Aziz dan bukannya seperti yang didakwa..Ini boleh dibuktikan dengan bertanya kepada pihak produksi yang pernah bekerjasama dengan Aaron Aziz..

Mr.Sasube:..Okeyla tu Mat Haron Mustapha..Kemelayuan sikit..hahaha!!!

01 April 2012

Gambar Bandaraya Utama Dunia Menyambut Earth Hour 2012



Earth Hour merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Tabung Alam Sedunia WWF, disambut pada hari Sabtu terakhir pada bulan Mac, yang mahukan kediaman dan pejabat untuk mematikan lampu yang tidak digunakan dan peralatan elektrik yang tidak digunakan selama satu jam untuk membangkitkan kesedaran ke atas perubahan iklim .

Tahun ini,Earth Hour telah disambut pada 31/03/2012 bermula jam 8.30 pm -9.30 pm..Jom terjah gambar terkini bandaraya seluruh dunia ketika menyokong Earth Hour 2012



International Space Station 


Kuala Lumpur,Malaysia

Sydney,Australia


Tembok Besar China

Hong Kong

Seoul

Shanghai skyline

Hotel Marina Bay Sand dan Art Museum,Singapore

SUMBER


Mr.Sasube:Tujuan Earth Hour hanyalah semata-mata untuk membangkitkan kesedaran terhadap perubahan iklim dunia.Apa yang pasti,adakah masyarakat dunia kini mengamalkan sikap dan sifat yang mementingkan pemuliharaan dan pemeliharaan alam yang menyumbang peratusan besar terhadap perubahan iklim dunia???..

Apa reaksi masyarakat yang menyambut Earth Hour ini apabila di hari lain,bekalan elektrik terputus???Tak perlu lihat jauh,hanya lihat di sekeliling anda..Tak pun anda boleh tinjau-tinjau kalau ada kilang-kilang industri  di tempat kediaman anda..

#Bukan semua lampu dalam gambar tu dipadamkan,hanya di menara saja tu..seperti gaya mutu keunggulan pula..hahaha!!!