08 August 2012

Video Lawak Budak Gedik Dapat MC 5 Hari





Video ini menjadi sangat popular di laman sosial kerana aksi "duck face" yang ditunjukkan oleh seorang budak perempuan yang dikatakan gedik dan mengada-ngada.

Namun, tidak semua orang merasakan aksi yang dia tunjukkan adalah gedik dan ada yang berpendapat ianya merupakan hiburan dan menyifatkan budak perempuan ini adalah penghibur.

Apa-apapun, semua terpulang kepada anda untuk memutuskan. Saksikan video sebenar dan video prank.




korang nonton lagi ni...ni lagi lawak joo...hahaha!!!


Mr.Sasube: Zaman kini cukup mudah untuk menjadi popular..Kalau kemaruk sangat nak popular pun biarlah popular yang dihormati,bukan yang dijadikan bahan senda masyarakat..Peace !!!



Datuk Lee Chong Wei Bakal Berkahwin Tahun Depan!



Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merancang mendirikan rumah tangga tahun depan dengan pasangannya yang juga ahli sukan negara.

Menurutnya, beliau akan membuat sidang akhbar mengenai perkara itu selepas pulang daripada Sukan Olimpik di London nanti.

“Pasangan saya adalah ahli sukan dan wartawan mungkin tahu orang itu,” katanya selepas ditauliahkan sebagai Leftenan Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) tempoh hari.



Mr.Sasube:..bagusla..lagi cepat lagi baik...boleh lupakan kenangan pahit di London..kehkehkeh...



Shila Hamzah Kini Anggun Berhijab

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Penyanyi, Shila Amzah akui dilema yang dialaminya sejak 2 bulan lalu akhirnya berakhir apabila dia mula berhijrah dan mengenakan hijab sejak 4 Ogos lalu. Malah, dia kini bersyukur kerana diberikan hidayah dari Allah dalam usia yang muda iaitu ketika usinya bakal mencecah 22 tahun pada 13 Ogos ini.

Shila Hamzah anggun berhijab.


"Alhamdulilah, saya kini sudah berhijab dan berhijrah sepenuhnya untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri saya. Sebenarnya sejak 2 bulan lalu lagi saya sudah terfikir untuk berhijrah sepenuhnya. Namun keputusan itu membuatkan saya menjadi dilema, tak tahu kenapa.

"Walau bagaimana pun selepas mendapat nasihat daripada rakan terdekat, dan keluarga mengenai keputusan saya itu, saya semakin yakin dengan keputusan saya untuk berhijrah,"

Bercerita lanjut, bagaimana saat-saat penyanyi Patah Seribu itu mula yakin dengan keputusannya untuk berhijrah, Shila memberitahu semuanya bermula ketika dia mahu berjumpa dengan kekasihnya yang juga pelakon, Sharnaaz untuk berbuka puasa bersama pada Sabtu lalu.

"Terus-terang sejak 2 bulan lalu juga rasaya saya sudah mula mengenakan pakaian yang sopan dan tidak terlalu terdedah atau jarang seperti sebelum ini.

"Namun, kejadian yang saya tidak boleh lupa yang menyebabkan saya mahu berhijrah adalah apabila saya dengan tidak semena-mena telah mencapai tudung ketika hendak keluar berbuka puasa bersama Sharnaaz dan peminatnya.

"Sharnaaz yang terkejut melihat perubahan saya turut gembira dengan apa yang berlaku ke atas diri saya. Selepas majlis berbuka itu, saya dapati saya tidak mampu lagi untuk membuka hijab. Malah selesa mengenakannya bila hendak keluar ke mana-mana sahaja," luahnya lagi.

Shila yang mendapat sokongan penuh daripada kedua ibu bapanya turut berharap penghijrahannya itu akan berkekalan hingga akhirnya.

"Saya berharap agar peminat terus mendoakan kebaikan ke atas diri saya supaya perubahan ini berada dalam istiqomah dan saya akan terus menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang, Insya Allah," tambahnya lagi.

Mr.Sasube:Alhamdulillah,jangan esok lusa nanti ada pula timbul jambul macam Dato' Siti Nurhaliza tu....


Indonesia Negara Kristian Tahun 2035?



Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Tahukah anda, Indonesia merupakan negara Islam terbesar di dunia apabila perangkaan menunjukkan hampir 200 juta penduduk negara itu beragama Islam.

Namun, apa yang menyedihkan, dianggarkan lebih dari 2 juta penduduk Indonesia meninggalkan agama Islam setiap tahun.

Secara purata, seorang rakyat Indonesia, terutama dari golongan remaja, akan bertukar agama dalam setiap 15 saat.

Jika kadar itu terus meningkat, pada tahun 2035 Indonesia diramal akan menjadi sebuah negara dengan Islam sebagai agama minoriti.

Ramai yang memilih untuk keluar Islam kerana merasakan Islam telah meninggalkan mereka jauh dalam kehidupan sebagai seorang penduduk Indonesia yang kontemperori (liberal).

Selain itu, golongan sebegini juga melihat agama Kristian merupakan agama yang memenuhi citarasa diri mereka.

Isu ini semakin meruncing kerana Kristian memberi pelbagai kemudahan serta pilihan hidup yang bebas kepada mereka.

Penggunaan kalimah Allah dan perkataan-perkataan yang mirip dalam ajaran Islam seperti Iman mengelirukan fahaman sesetengah masyarakat Islam di Indonesia sehingga membawa mereka terkeluar dari ajaran Islam.

Segelintir generasi muda di Indonesia belum lagi mengenali keindahan serta intipati Islam sebenar yang menguatkan serta menyatukan umat Islam seluruh dunia.

Atas kebimbangan terhadap gejala murtad di negara itu, Mercy Mission Indonesia melancarkan kempen ‘Save Maryam’.



Jika dirujuk kepada laman web Mercy Mission, mereka merupakan sebuah badan amal yang telah banyak bergiat aktif dalam membantu pelbagai golongan dengan pelbagai cara.

Kempen ‘Save Maryam’ sebenarnya mewakili suara setiap Muslim generasi muda di Indonesia yang sedang bergelut dengan tekanan hidup kontemperori.

Kempen itu antaranya menjelaskan permasalah masyarakat Islam di Indonesia ialah Islam dipegang oleh mereka hanyalah pada nama dan mereka mendapati Kristian adalah jalan terbaik bagi kehidupan moden mereka.

Satu-satunya saluran mereka mendapat maklumat mengenai Islam adalah melalui khutbah Jumaat, namun proses itu terganggu apabila pihak mubaliqh Kristian juga mengubah hari ibadat mereka daripada Ahad (seperti kelaziman dalam agama itu) kepada hari Jumaat.

Melalui kempen Save Maryam, antara usaha yang dilihat sesuai untuk membantu golongan muslim muda di Indonesia adalah dengan menubuhkan sebuah stesen televisyen Islam yang memenuhi kehendak generasi muda, yang akan menyampaikan maklumat serta ilmu berkenaan Islam kepada semua penonton sasaran.

Selain itu, badan amal merancang untuk menubuhkan Talian Bantuan Komuniti yang akan membantu semua Muslim yang memerlukan bantuan terutama generasi muda.

Badan amal itu juga turut merangka penubuhan mikro-kredit berteraskan Islam yang pertama di Indonesia bagi membantu golongan sasaran yang mengalami krisis makanan.

Dalam usaha mereka merangka strategi sebegini, ada juga khabar angin menerusi laman sosial yang mengatakan kempen itu merupakan satu propaganda.

Namun, apabila penulis meniliti laman web penganjur kempen, jelas menunjukkan yang badan amal Mission Mercy telah melakukan pelbagai program serta kempen amal sebelum ini.

Jika anda ingin mendapatkan info yang lebih lanjut serta ingin menjayakan kempen itu,