09 August 2012

Senarai Selebriti Wanita Yang Berhijab/Bertudung


Wajah-wajah selebriti Malaysia yang telah memakai tudung/hijab


Sejak kebelakangan ini, semakin ramai selebriti wanita muda tempatan kita yang telah mula melakukan penghijrahan serta mengenakan hijab. Paling menarik apabila 2 selebriti telah mengambil keputusan untuk melakukan penghijrahan ini pada bulan ramadan iaitu Sharifah Aleya dan Shila Amzah.

Penghijrahan yang dilakukan mereka itu pula bersebab. Ada yang mengatakan ia dilakukan atas pilihan mereka sendiri, ada yang pula yang mengatakan sudah sampai seru dan tidak kurang pula yang mengakui bahawa mereka telah mendapat petunjuk serta taufik dan hidayah untuk berubah.

Biarpun penghijrahan itu dilakukan dengan pelbagai sebab, namun apa yang nyata kebanyakan selebriti tempatan ini berharap supaya keputusan mereka untuk berhijab itu akan berkekalan dan mampu mengubah mereka menjadi muslimah yang sejati.

Sebahagian daripada selebriti wanita muda tempatan kita yang telah berhijrah:-

1. Catriona Ross
2. Abby Abadi
3. Farah Asyikin
4. Diana Amir
5. Yatt
6. Siti Fazurina
7. Irma HAsmie
8. Sharifah Sofea
9. Raja Farah
10. Farah AF
11. Natasha Hudson
12. Siti Nordiana
13. Noryn Aziz
14. Sharifah Aleya
15. Liza Hanim
16. Shila Amzah



Mr.Sasube:...Alhamdulillah,makin ramai pula artis yang telah mendapat hidayah dari Allah swt...semoga hidayah itu berkekalan...Perlu juga diingat,bertudung tidak semestinya telah menutup aurat dengan sempurna...
Masa kini pelbagai jenis fesyen hijab yang direka,namun ada sebahagiannya tidaklah menepati ciri-ciri menutup aurat seorang muslimah...Kalau masih mendedahkan jambul,atau leher korang yang mulus tue,lebih baik korang buka hijab tu..buat dosa je saudara...
Aurat seorang wanita itu,adalah dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki,kecuali bahagian muka dan telapak tangan...so sendiri mau fikirlahhh yaa....hahaha!!!



Saintis Gila Rancang Tukar Seorang Lelaki kepada Wanita!


Saintis Gila Merancang Mengubah  Budak Lelaki kepada Perempuan!!


Nonton video lengkap disini:Projek Saintis Gila Menukar Jantina

Seorang budak sekolah lelaki telah diculik oleh seorang saintis yang kurang waras aka GILA..Dikhabarkan saintis ini telah merancang untuk menukar jantina budak lelaki itu menjadi seorang perempuan,dipercayai untuk mengembalikan kekasihnya yang telah meninggal dunia..

Namun dia tidak menyedari,perbuatan jahatnya itu telah dirakam dan dimuat turun ke dalam laman sosial Youtube dan telah menjadi bualan ramai...Dan kini dia dalam buruan polis...




Anda boleh menonton video penuh rakaman saintis gila ini cuba untuk menukar jantina budak lelaki tersebut disini:
SAINSTIS GILA RANCANG MENUKAR JANTINA BUDAK LELAKI KEPADA PEREMPUAN


mR.sAsube: Dunia zaman sekarang,macam-macam adaa.......


08 August 2012

Fakta Sebenar Manusia Bersayap!


\

Benarkah manusia bersayap atau disebut pari-pari wujud di dunia realiti? Pendedahan gambar manusia bersayap di China tidak lama dulu menggemparkan dunia internet. Menurut sumber, manusia bersayap itu sudah mati di saat ia dijumpai.

Cerita tentang foto tersebut menimbulkan berbagai macam spekulasi tentang apa sebenarnya susuk misteri yang di gambarkan sebagai perempuan tua dengan pakaian serba putih dengan sayap yang sudah tidak ada bulunya lagi. Anggapan paling banyak adalah bahawa manusia bersayap tersebut adalah malaikat yang jatuh dari langit.

Oleh kerana cerita itu heboh diperkatakan, menyebabkan dua orang mahasiswa menyelidik kebenaran foto itu. Dari pengamatan yang mereka lakukan, muncul sebuah kesimpulan bahawa Foto ini di buat dengan tehnik manipulasi yang sangat bagus. Kesalahan dalam foto ini adalah sayap perempuan tua yang di sebut-sebut sebagai malaikat yang jatuh dari langit ternyata hanyalah “SAYAP AYAM”.



Ular Berkaki Empat Ditemui di Malaysia!

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Ular
 pelik yang mempunyai panjang 10cm itu telah ditangkap hidup-hidup dan kini berada dalam sebuah makmal di sebuah universiti tempat untuk kajian lebih lanjut. Di bawah merupakan gambar ular pelik berkaki empat yang telah ditangkap tersebut:

ular pelik berkaki empat


 


Mr.Sasube:SubhanAllah....