07 October 2012

Konspirasi Kematian Michael Jackson


Assalamaualaikum dan salam muhibbah


Michael Joseph Jackson  ialah seorang penyanyi, penari, penghibur dan artis rekod Amerika Syarikat. Digelar sebagai ‘Raja Pop’, dia dikenali sebagai penghibur yang paling berjaya dan salah satu orang yang paling berpengaruh pada semua masa. Sumbangannya kepada muzik, tarian, dan gaya serta kehidupannya yang diketahui umum menjadikannya seorang terkenal dalam budaya pop di seluruh dunia selama lebih banyak daripada 40 tahun.

Siapa menduga,setelah kematian beliau berlalu,rahsia yang selama ini disimpan akhirnya terbongkar..Tidak menyangka,beliau secara senyap-senyap telah memeluk agama Islam dan meninggalkan agama Yahudi yang telah dianutinya sejak lahir lagi..Jom baca artikel yang telah dikongsikan oleh seorang rakan di alam maya facebooK mengenai KONSPIRASI KEMATIAN MICHAEL JACKSON bersangkut paut dengan yahudi dan illuminati..



Dahulu MJ Seorang Pengikut Agama Yahudi & Mungkin Juga Pengikut Illuminati ! 

Israel Mengangkatnya !

Namun Hati Tetap Tidak Tenang Dengan Segala Yang Berlaku Akan Dirinya ! Lalu Dia Memerhati & Memikirkan Akan Ketenangan Abangnya Selepas Memeluk Islam ! Lalu Dia Berfikir Adakah Ianya Boleh Berlaku Kepada Dirinya Sekiranya Memeluk Islam !?? 

Benar ! Dia Memperolehi KETENANGAN Yang Sebelum Ini Tidak Pernah Berlaku Kepadanya ! Selepas Memeluk Islam ! Namun Apa Berlaku Selepasnya Berminat & Memeluk Islam ! Dia Menerima Tuduhan & Fitnah Yang Bukan Dilakukannya ! Ia Konspirasi Illuminati ! 

Kini Nama Islamnya Mikail Sudah Dibunuh Illuminati 
Bagi Mengelakkan Dia Mengumumkan Satu Dunia Bahawa Dia Sah Memeluk Islam !! Illuminati Takut Akan Kebangkitan Islam !

Kini Israel Menjatuhkannya ! Jadi Dia Bukan Kristian ! Dia Meninggal Dalam Islam ! Media Adalah Konspirasi ! 

Ayuh Baca Ulasan Ini Sebentar ! Tidak Ruginya !

Konspirasi Kematian Michael Jackson Demi anda semua, kami sanggup bersengkang mata untuk translatekan forward email yang kami terima ini. Tak tahu kebenaran tentang wujudnya konspirasi kematian Michael Jackson. Mungkin benar mungkin tidak. Hanya Dia yang tahu.

Michael Jackson {MJ) adalah seorang manusia yang sangat penyayang. Banyak hartanya yang telah dihabiskan dalam membantu dan menyokong gerakan-gerakan amal seperti Afrika Amerika, mangsa AIDS, mangsa dera kanak-kanak dan bermacam-macam lagi.

Walaupun dah berbuat pelbagai kebaikan, MJ masih gagal mencari ketenangan hati. Dia cumalah seorang budak yang terperangkap di dalam badan seorang lelaki. Impiannya adalah untuk menjadi budak kecil selama-lamanya. Impian ini ditambah pula dengan sejarahnya didera semasa kecil menyebabkan dia membina Neverland, tempat untuk seluruh kanak-kanak di dunia bermain dan gembira di situ.

Sila baca artikel ini sepenuhnya untuk membaca tentang konspirasi pembunuhan Michael Jackson.

Namun MJ telah membuat satu keputusan yang bakal memberikan impak yang sangat besar di dalam hidupnya. Melihat kehidupan dan ketenangan yang dimiliki oleh abangnya (Jermaine) setelah memeluk Islam, MJ telah membuat satu kenyataan gempar di satu press conference pada tahun 1989.

“Saya telah melihat Islam di dalam abang saya, saya telah membaca buku tentang Islam dan suatu hari nanti saya mahu rasakan ketenangan dan keamanan Islam itu“.

Sejak kenyataan itu hidup MJ tidak sama seperti dahulu lagi. Dituduh berasmara dengan kanak-kanak, ditambah dengan pandangan-pandangan negatif daripada media Amerika Syarikat, membuatkan MJ berada di tahap tertekan. Semua ini dilakukan agar peminat-peminat MJ melihatnya sebagai satu ikon yang gagal seterusnya membuatkan influence MJ berkurangan.

Melarikan diri daripada tekanan pihak Media USA, MJ telah tinggal di England selama beberapa tahun. Di England, MJ berkawan rapat dengan Yusof Islam, Dari Yusof Islam, MJ belajar serba sedikit tentang Islam. Malah semasa di England, MJ telah berkawan rapat dengan seorang pencipta lagu, Zain Bhika yang telah menciptakan lagu “Give Thanks To Allah” khas untuk dinyanyikan oleh MJ bila-bila masa dia bersedia.

Semasa kes asmaranya dengan kanak-kanak dijalankan, MJ telah melarikan diri dan menetap di Bahrain. Di sana dia menjadi tetamu khas kepada anak Sultan Bahrain. Di sinilah MJ mula mendalami Islam. MJ belajar sembahyang, baca Al-Quran dan macam-macam lagi selama 3 tahun.

Akhirnya pada November 2008, MJ pulang ke Los Angeles dan membuat majlis memeluk Islam secara rasmi di rumah kawan karibnya. Pada December 2008, MJ telah pun pergi menunaikan haji bersama Sultan Bahrain dan anaknya.

Untuk konsert terakhirnya, MJ mempunyai agenda yang tersendiri. Dia memaklumkan yang ini adalah konsert terakhirnya dan berhasrat untuk mengumumkan yang dia adalah seorang Muslim. Malah MJ juga mahu menyanyikan lagu Give Thanks to Allah pada konsertnya tersebut bersama Yusof Islam. Sebab itulah MJ memilih London sebagai tempat konsert terakhirnya bukannya di USA kerana takutkan pihak berkuasa USA.

Pada 12.30 25 June, MJ memeluk managernya dan mengucapkan selamat malam. MJ berkata ” Selepas berlatih selama 2 bulan akhirnya saya dah bersedia untuk konsert ini”.. Selepas melambaikan tangan dan mengucapkan selamat malam, MJ pun pulang ke hotel. Tapi kira-kira jam 2.26 pagi, MJ didapat telah meninggal dunia..

Semasa 911 dihubungi, banyak soalan yang ditanya seolah-olah mereka tak tahu siapa itu MJ dan di mana MJ berada. Nampaknya ada pihak yang cuba melengahkan masa bantuan tiba. Tambah pelik bila pihak hospital mengatakan hasil autopsy hanya boleh diperolehi selepas 2 bulan sedangkan teknologi sekarang dah bertambah canggih.

Oleh kerana itu, keluarga MJ telah pun mengupah private doktor untuk membuat autopsy kepada MJ. Keputusannya dikeluarkan hanya selepas 4 hari. Ternyata MJ mati kerana terlalu banyak dos anaethestic, satu ubat yang mampu membuatkan jantung berhenti berdenyuti jika diambil secara berlebihan.

Satu keputusan yang tidak diwar-warkan di media ialah perut MJ tidak mempunyai langsung ubat ini. Tapi darahnya dipenuhi dengan ubat tersebut. Malah badan MJ dipenuhi dengan kesan suntikan seolah-olah ada orang secara paksa menyuntik ubat tersebut ke dalam badan MJ.

Dalam CNN semasa diinterview, Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama telah mengeluarkan satu kenyataan yang agak pelik.

“Saya suka MJ. Saya membesar mendengar lagunya. Ia satu kehilangan yang besar tapi saya jamin tiada konspirasi dalam kematiannya”.

Pelikkan kenapa seorang Presiden beria-beria cakap tiada konspirasi dalam kematian MJ sebelum keputusan rasmi autopsy MJ dikeluarkan? Kalau betullah MJ nak bunuh diri, buat apa dia beria-beria nak berlatih selama 2 bulan untuk konsert dia nie? Tak gitu?

Keluarga MJ inginkan MJ dikebumikan secara Islam. Tapi CIA telah muncul dan memberi ugutan jika pengebumian secara Islam dilakukan secara awan (dalam TV). Ugutannya ialah Katherine, mak MJ tidak akan mendapat hak penjagaan anak-anak MJ sebaliknya Debbie Rowe yang akan dapat.

Akhirnya mereka bersetuju untuk MJ dikebumikan secara Islam di Neverland. Tapi dengan syarat satu pengebumian olok-olok secara Kristian mesti diadakan. Itulah yang anda semua tengok di Tv. Sebab itulah keranda MJ ditutup dan tak dibukak. Sebab mayatnya tak pernah ada dalam tue. Ini semua dilakukan semata-mata nak bagitau dunia yang kononnya MJ bukan seorang Islam.

(Sheikh Ha**d)

The Brotherhood of Islam
Buletin of Bahrain

artikel asal korang boleh klik link ni:Konspirasi Kematian Michael Jackson...


Rahsia Besar Tn.Dr Mahathir Di Era Pemerintahannya.


Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 10 Julai 1925. Beliau yang cukup dikenali dengan "Dr. M" merupakan Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Ketika penggal kepimpinannya dari 16 Julai 1981 sehingga 31 Oktober 2003, beliau berjaya membawa pembangunan melalui dasar-dasar dan perancangan yang diilhamkan dari kejayaan negara-negara luar sehingga mengangkat Malaysia ke pentas dunia sebagai salah sebuah negara yang berdaya maju di Asia Tenggara sehingga pernah dinamakan sebagai salah sebuah negara 'Harimau Ekonomi Asia'




Namun,sepanjang tempoh pemerintahan beliau,ramai yang tidak mengetahui perjuangan membantu rakyat Islam di seluruh dunia,terutama sekali ketika krisis Bosnia..Jom baca rahsia yang mungkin belum atau sudah anda ketahui mengenai Tun.Dr Mahathir dibawah:

1) Dia lah yang menggerakkan negara islam yang lain untuk membantu Bosnia & Herzogovinia ketika umat islam disana disembelih oleh pengganas Serbia.

2) Dia juga lah yg menghantar ratusan komando Malaysia yang dibawa masuk secara sulit ke Bosnia untuk membantu saudara seIslam ketika era pencerobohan dan pembunuhan beramai-ramai umat Islam di Bosnia ketika itu. “Kalau negara Arab ini
 tidak datang membantu, kita hantar sahaja askar kita,” - Tun Mahathir.

3) Dia juga lah berpakat dengan kerajaan Sultan Brunei menyediakan jumlah dana yang berjuta dollar untuk membeli senjata dan peluru anti kereta kebal untuk tentera Islam Bosnia.

4) Dia lah yang pernah menangis ketika melawat Bunker yang menjadi pejabat Yasser Arafat di Palestine.

5) Dia juga lah pemimpin islam yg Yasser Arafat hubungi meminta bantuan dan pertolongan ketika diserang oleh rejim zionis.

6) Dia juga lah yg mempertaruhkan nyawa isterinya,Tun Dr Siti Hasmah menaiki pesawat ke Baghdad membawa bantuan kemanusiaan kepada umat islam demi untuk melepaskn sekatan Amerika Syarikat.

7) Dia lah yang digelar MahaFiraun dan dia jugalah yang lantang mengutuk kekejaman Yakjuj Makjuj / Zionis ke atas umat islam serta mempertahankan islam dimata dunia.

8) Dia lah yang berusaha keras, tak hanya duduk berdoa tanpa berbuat apa2.

9) Dia lah yang ketika saudara islam yang berlainan parti mendoakan kecelakaan untuknya. Tapi dia diizin oleh Allah SWT masuk ke dalam KAABAH.

10) Dia jugalah pernah ditembak dan mengorbankan jawatan tertinggi yang beliau ada bagi menyelamatkan umat Islam di Bosnia.

Malah beliau kini dianggap sebagai seorang pemimpin dunia yang berjaya meskipun memimpin sebuah negara yang kecil. Beliau bukan hanya berjaya Memerdekakan negaranya dari semua segi, tetapi berusaha memerdekakan negara-negara lain dari belenggu falsafah pembangunan yang dijana dari barat yang jelas muflis idealistiknya..

Ada juga yang menyatakan,beliau yang keras menolak pelaksanaan hukum hudud telah keluar dari Islam..Secara jelasnya,untuk melaksanakan hukum Islam di negara yang majmuk budaya,adat dan agamanya,bukanlah sesuatu yang mudah...silap perhitungan mungkin boleh menyebabkan huru-hara berlaku,paling serius isu perkauman dan keagamaan yang mampu menghancurkan sesebuah negara jika ia berlaku...

Namun pelaksanaan hukum hudud tersebut bukanlah sesuatu yang mustahil,cuma memerlukan perincian,kerjasama semua pihak yang berkepentingan...Perlu difikirkan,di Malaysia ini,kuasa ekonomi dipegang oleh masyarakat Cina...sepertimana pertumbuhan  ekonomi kita bergantung kepada ekonomi global Eropah-Amerika,begitu jugalah kebergantungan sebahagian rakyat terhadap mereka..

Apa yang jelas,mengubah sesuatu kelaziman itu bukan semudah yang disangka..apatahlagi melibatkan perlembagaan negara yang telah dipersetujui semenjak kemerdekaan lagi.Sejak laungan kemerdekaan itu bergema,sejak itulah isu perlembagaan negara menjadi asas dan perkara yang paling sensitif untuk disentuh oleh setiap rakyat...Sekian...Wasalam..


lagi cerita menarik disini: tempat ideal buat pasangan bermadu asmara?

02 October 2012

Kejam! Dipecat Kerana Senyum.


Dipecat Kerana Senyum!

Inilah gambar yang dikatakan punca Yang Dacai dipecat


Tidak menyangka,hanya dengan melontarkan sebuah senyuman di tempat kemalangan sebuah bas yang meragut 36 nyawa,seorang pegawai keselamatan,Yang DaCai  telah dipecat.

Pegawai wilayah Shanxi,China berkata,mereka bertindak memecat Yang Dacai atas tuduhan salah laku selepas gambar menunjukkan dia tersenyum ketika melawat kawasan kemalangan di Yan’an,tersebar di Internet.

Menurut mereka,gambar yang dirakam pada 26 Ogos itu menunjukkan Yang tidak mempunyai perasaan simpati terhadap mangsa.Gambar itu turut mencetuskan kemarahan orang ramai.

Yang Dacai pula menafikan tuduhan itu dengan alasan dia cuba untuk mententeramkan mangsa kejadiandan ketika cuba bebrbuat demikian,dia telah tersenyum!


Mr.Sasube: Senyum pun salah.tak senyum lagi lah salah!!..apa nak jadi la dunia skrg,haha!tu baru senyum sikit je..kalau senyum macam gambar kat bawah ni,konfom dah kena pancung mati..kahkahkah!!!


Gambar Ular Sawa Terbesar di Dunia


Ular terbesar di dunia



Seekor ular sawa peliharaan dengan berat lebih 136 kg,panjang 7.62 meter dan memerlukan sekurang-kurangnya 15 orang untuk mengangkatnya kini diiktiraf oleh Buku Rekod Dunia Guiness sebagai ular peliharaan terbesar di dunia!

Ular yang diberi nama Medusa itu dipelihara di Edge of Hall di Kansas City,memakan 18 kg haiwan kira-kira seminggu.Malah,ia dengan mudah mampu memakan lebih 454 kg kg makanan sekaligus!

Pemiliknya,Larry Edgar mengakui tentang  bahaya yang bakal menimpanya,namun dia berkata itu bukan alasan untuk takut memelihara binatang eksotik ini.Pada mulanya sewaktu mula-mula Larry Edgar membeli Medusa,ular sawa ini hanya berukuran 0.6 meter panjang dan segemuk jarinya sahaja..

Wakil Buku Rekod Dunia Guiness mengesahkan ular sawa itu akan dimasukkan ke dalam buku berkenaan pada tahun depan,2013.