11 May 2013

Perbezaan Undi Popular dan Undi Elektoral





Undi Popular vs Undi Elektoral
-punca sebenar mengapa Pakatan Rakyat gagal menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13.


Perjuangan bangsa bukan soal populariti tanpa sebarang sandaran kriteria. Sebab isu kebajikan rakyat tidak boleh di-akademifantasia-kan. Perjuangan bangsa adalah usaha menguasai ceruk yang pelbagai; dan menjuarai suara rakyat dengan setara dari Perlis sampai ke Sabah. [Rem Dambul, Mei 2013]

i
Ada rakan bertanya: “Apa bah konsep Undi Popular yang tiba-tiba jadi popular di Malaysia?” Kemudian dia mengusulkan: “Buatlah satu entri pasal ini.”

Sebenarnya saya malas mau layan sebab nanti terkait cerita politik. Dalam situasi sekarang, bagus kurangkan sembang hal-hal meletop begini. Supaya iklim siber Malaysia yang sedang panas tidak bertambah terbakar.

Tapi dia balik-balik menyuruh. Hingga saya yang asalnya sangat malas mau melayan; akhirnya termakan pujuk. Moralnya di sini: saya ini lelaki yang mudah tunduk pada bujukan. Tidak sesuai jadi politikus. Nanti senang-senang digoda untuk dedahkan rahsia negara.

ii
Majoriti kerajaan di dunia menggunakan sistem undi kerusi (atau elektoral) bagi membentuk kerajaan. Bukan undi popular. Sistem undi elektoral inilah juga yang dipraktis di Malaysia. Konsep undi popular hanya dicanang sebagai bahan penenang psikologi. Sesuai diguna oleh aktivis politik yang sedang mengalami kemurungan jiwa; kerana gagal mencapai impian yang pernah diletak setinggi bulan.

Nanti bolehlah memujuk hati sendiri: sungguhpun partiku tidak membentuk kerajaan negara ini, yang penting popularitiku gempar satu negara!

Dalam konteks Malaysia, kerajaan persekutuan mahupun negeri dibentuk mengikut majoriti undi elektoral (iaitu kiraan jumlah kerusi parlimen atau DUN). Amalan ini sudah digunapakai sejak pertama kali pilihanraya dianjur. Sistem ini bukan baru dibuat. Atau tiba-tiba digubal oleh SPR pada hari Isnin minggu lepas. 

Sebab itu kita tidak perlu teruja sangat dengan konsep ‘Undi Popular’, sampai semangat kepohnya mencanak-canak. Sikit-sikit bolehlah.

iii

Apa beza Undi Popular dan Undi Elektoral? 

Undi Popular berpaksikan konsep ‘samarata’. Ia mengira undi individu secara keseluruhan tanpa pertimbangkan segmen komuniti yang diwakili. Prinsip ini dipanggil sebagai keadilan kuantitatif (kuantiti). Undi Elektoral berteraskan konsep ‘saksama’. Ia mengira undi kolektif komuniti yang mewakili kerencaman demografi dan geografi. Pendekatan ini dinamakan keadilan kualitatif (kualiti).

Manakah gambaran yang lebih representatif bagi mengukur tahap kekuatan sokongan sesebuah parti? Terpulang kepada bagaimana kita mahu definisikan keadilan dan kebajikan penduduk.

Undi Popular mudah dicemari dengan sisihan piawai sosio-budaya kerana matematik kiraannya yang sangat simplistik dan individualistik. Tiada sebarang pemberat disuntik sebagai penambah nilai. Jika Undi Popular diguna untuk mengangkat kerajaan, maka kuasa di Parlimen akan terherot kepada wilayah-wilayah urban yang menjadi tumpuan penduduk. Maksudnya, sesebuah kerajaan boleh dibentuk, secara teorinya, hanya dengan suara tunggal satu segmen mana-mana komuniti tertentu yang menguasai kepadatan penduduk.

Sarjana sains politik, Rathbun (2007), ada membuat deduksi bahawa: penerapan konsep Undi Popular dalam sistem pilihanraya mencetuskan dua kegagalan demokratik. Yang pertama, dari aspek perundangan (tuntutan perlembagaan/tatanegara); dan yang kedua adalah aspek sosiologi (keperluan masyarakat). 

iv
Apa sebenarnya isu dasar kepincangan Undi Popular sebagai satu representatif keputusan pilihanraya? Sangat jelas. Ia menggalakkan peminggiran dan pengabaian. Khususnya kelompok-kelompok minoriti yang lemah dan kecil. 

Sebagai contoh. Sekalipun Pakatan Rakyat tidak berjaya memenangi undi rakyat pedalaman dan masyarakat desa; serta gagal teruk menarik sokongan penduduk Sabah/Sarawak (kurang 17%): undi popular parti ini di peringkat nasional masih mengatasi BN. Seolah-olah Sabah dan Sarawak (yang mewakili 2/3 asas keutamaan dalam pembentukan Malaysia) sudah tidak relevan lagi. Ini juga membawa konotasi bahawa: jika pun suara penduduk Borneo diabaikan sepenuhnya, pihak pengabai itu masih boleh menjuarai undi popular kebangsaan.

Tapi nasib baik. Kerajaan kita dibentuk bersandarkan perwakilan undi elektoral, bukan undi popular ini. Sistem elektoral melindungi kepentingan komuniti terpencil
e.g. mereka yang berada di pedalaman dan tidak ada sebarang akses kepada proses ‘decision making’. Sistem elektoral ini juga memberi signal kepada semua parti politik yang ada; jika mahu memerintah federal, maka haruslah mendekati segmen-segmen komuniti – yang merentas kerencaman wilayah, demografi, sosio-geografi dan sosio-ekonomi. 

Tidak boleh hanya menumpukan pada satu 'comfort zone', mentang-mentang ia ada kekuatan kuantiti.

v
Kenapa Pakatan Rakyat memenangi Undi Popular walaupun gagal agak teruk dalam Undi Elektoral? Itu adalah tanda selektiviti – sama ada secara terancang atau kebetulan. Daya tarikan Pakatan Rakyat bersifat populist. Ia dirumus khusus untuk target satu niche penduduk, yang kebetulan membina puak tertinggi dalam strata tertentu demografi Malaysia.

Contoh tarikan populist? 

Ok, ini yang mudah. Lihat pada saripati manifesto yang paling tersebar luas: harga kereta dan petrol yang murah, penghapusan bayaran tol dan pendidikan percuma. 
Kemudian penjimatan belanja hasil dari manifesto PR ini; dibanding pula dengan penjimatan hasil pemberian wang bantuan 1Malaysia oleh BN. Akhirnya terolah analisis akhir: bahawa penjimatan BN hanya sekitar RM500++ setahun (wang bantuan yang diberi). Padahal penjimatan PR melangkau RM2000 ++ (dari kos petrol, harga kereta, tol, pinjaman pendidikan, etc).

Hanya ORANG GILA yang tidak mahu semua ini: kata para promoter PR ketika menjual manifesto ini. Ya, tiga perkara ini memang positif. Tapi ada tapinya. 

vi
Apa isu di sini? Promosi manifesto yang kurang empati. Mereka lupa pertimbangkan bahawa: penduduk Malaysia datang dari pelbagai latabelakang. Sekecil mana pun saiz komuniti itu, keperluan unik dan spesifik penduduk tersebut harus diberi perhatian. Kerana itu adalah tanggungjawab moral.

Berapa ramai penduduk Penangah yang ada kereta? Berapa ramai penduduk Pensiangan yang pernah ke KL, dan menggunakan lebuhraya bertol? Paling penting: berapa ramai anak komuniti di Pulau Banggi yang pernah masuk universiti atau yang akan ke menara gading dalam tempoh 5 tahun mendatang? Bagi kumpulan komuniti ini: barangkali tidak ada sebarang penjimatan yang boleh diperoleh dari tawaran manifesto PR itu. Penjimatan langsung RM500 daripada BN – mungkin itu jauh lebih bermakna.

Jangan anggap semua penduduk Malaysia ada kereta; dan pengguna tegar lebuhraya bertol. Jangan anggap bahawa ‘masuk ke universiti’ itu adalah perkara natural dalam semua keluarga. Pergelutan hidup penduduk cirinya amat pelbagai. Setiap satu pergelutan itu unik dan penting. Sebab itu kita memberi satu undi elektoral parlimen kepada Kalabakan dan Kinabatangan – walaupun penduduknya jauh lebih rendah dan kurang metropolis berbanding Shah Alam dan Pantai Dalam. Agar suara hati mereka diangkat dengan pemberat yang sama.

Sekadar contoh. Ini bukan membandingkan manifesto siapa lebih baik. Bukan.

vii
Poin di sini: bahawa sekecil mana pun komuniti yang terpinggir di Malaysia, keperluan unik mereka harus difahami dan diselami. Mereka tidak boleh dibiar terabai dan menjadi tidak relevan – justeru ditenggelami oleh jutaan undi popular komuniti urban.

Keadilan itu adalah saksama mengikut prioriti dan keperluan, pada level komuniti. Bukan semestinya samarata untuk semua orang, pada level individu.


kredit artikel hasil saudara Rem Dambul (klik nama untuk ke halaman facebook beliau)

Mr.Sasube

Senarai Baru Jemaah Menteri Negeri Sabah 2013



Datuk Seri Yahya Hussin mengangkat sumpah 

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman menyifatkan barisan Kabinet negeri Sabah, yang menggabungkan muka lama dan baharu, sebagai pasukan yang kukuh, dinamik dan boleh bekerjasama bagi meneruskan perancangan dan pelaksanaan agenda dan dasar pembangunan negeri.
Musa yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri percaya pelantikan pemimpin, yang pernah menganggotai jemaah menteri sebelum ini, akan memastikan kesinambungan menerusi pengalaman mereka.
“Dalam masa yang sama, barisan muka baharu juga akan menyuntik idea-idea yang baharu dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri,” katanya pada sidang media khas bagi mengumumkan portfolio anggota jemaah menteri negeri Sabah yang baharu di kediamannya di Sri Gaya, dekat sini hari ini.
Sebelum itu, anggota jemaah menteri Sabah menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri.
Musa berharap barisan jemaah menteri baharu itu dapat menunaikan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-sebaiknya bagi memenuhi mandat dan kehendak rakyat sesuai dengan gagasan ’1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’.
Katanya barisan jemaah menteri itu turut dibantu barisan pembantu menteri yang juga menggabungkan muka lama dan baharu.
“Saya tekankan bahawa barisan jemaah menteri dan pembantu-pembantu menteri ini memerlukan sokongan dan dukungan daripada semua wakil rakyat BN.
“Sama ada kita terpilih dalam jemaah menteri dan pembantu menteri atau sebaliknya, sebagai wakil rakyat BN adalah menjadi tanggungjawab dan kewajipan kita untuk memberikan perkhidmatan dan pembelaan yang terbaik kepada rakyat,” katanya.
Musa berkata setiap wakil rakyat mempunyai peranan dan sumbangan yang penting bagi memastikan mandat rakyat dipenuhi, janji ditepati dan dilaksanakan dengan terbaik bagi membawa lebih banyak kemajuan dan pembangunan negeri serta memastikan kesejahteraan rakyat.
BN Sabah melakar kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan BN mengekalkan kuasa dengan majoriti dua pertiga, memperoleh 48 daripada 60 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang memenangi 12 kerusi berbanding satu pada 2008.
Mengenai cadangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar beberapa wakil BN yang kalah dalam pilihan umum Ahad lepas diberi peluang untuk menjawat Anggota Dewan Undangan Negeri Dilantik, Musa berkata tidak ada cadangan untuk berbuat demikian buat masa ini tetapi sedia menimbangkannya jika ada keperluan.
Mengenai pewujudan Kementerian Tugas-Tugas Khas, beliau berkata perincian skop tugas menteri berkenaan akan diperjelaskan kemudian.
Musa juga mengumumkan bahawa bekas Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Nasir Tun Sakaran, yang digugurkan daripada barisan Kabinet Sabah yang baharu, dilantik sebagai pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) berstatus menteri.

Datuk Masidi Manjun menerima watikah pelantikan 


Berikut ialah senarai jemaah menteri Sabah dan pembantu menteri yang diumumkan ketua menteri hari ini:
JEMAAH MENTERI NEGERI SABAH 2013 (SELEPAS PILIHANRAYA UMUMKE-13)
Ketua Menteri/Menteri Kewangan
-Datuk Seri Musa Haji Aman
Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Infrastruktur
-Tan Sri Joseph Pairin Kitingan
Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pertanian dan Industri Makanan
-Datuk Seri Yahya Hussin
Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Perindustrian
-Datuk Raymond Tan Shu Kiah
Menteri Kerajaan Tempatan dan  Perumahan
-Datuk Hajiji Noor
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
-Datuk Masidi Manjun
Menteri Tugas-Tugas Khas
-Datuk Teo Chee Kang
Menteri Pembangunan Luar Bandar
-Datuk Radin Malleh
Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
-Datuk Siringan Gubat
Menteri Belia dan Sukan
-Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
-Datuk Jainab Ahmad Ayid.

SENARAI PEMBANTU MENTERI SABAH

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri
 1. Datuk Edward Yong Oi Fah
 2. Datuk Ellron Angin
 3. Datuk Arifin Mohd Arif
Pembantu Menteri Belia dan Sukan
 1. Masiung Banah
Pembantu Menteri Kewangan
 1. Datuk Ramlee Marahaban
 2. Datuk Michael Asang
Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur
 1. Datuk Bobbey Ahfang Suan
 2. Datuk Ghulam Haidar @ Yusof Khan Bahadar
Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
 1. Datuk Zakaria Edris
 2. Datuk Dr Joachim Gunsalam
Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat
 1. Datuk Hamisah Samat
Pembantu Menteri Menteri Pertanian dan Industri Makanan
 1. Datuk Sairin Karno
 2. Datuk Musbah Jamli
Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian
 1. Datuk Bolkiah Ismail
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
1. Datuk Pang Yuk Ming
2. Datuk Kamarlin Ombi
Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna
1. Lasiah Baranting @ Anita




Gambar Ikan Pari Terbesar Di Dunia.





Pakar-pakar percaya ikan pari gergasi, seperti yang satu ini di Kemboja Mekong River, adalah spesies air tawar terbesar di Bumi. Spesimen ini dikira lebih daripada 13 kaki (4 meter) panjang.

Ikan pari gergasi adalah salah satu ikan air tawar terbesar di dunia, Tiada siapa yang pasti berapa banyak ikan pari gergasi yang tinggal, yang habitat mereka suka, atau jika mereka pernah usaha ke dalam laut, di mana saudara-mara mereka lebih dikenali kekal.

Sejenis ikan purba, sedikit berubah sejak berjuta-juta tahun, boleh mencapai 16.5 kaki (5 meter) panjang dan berat sehingga £ 1320 (600 kilogram).  Antara ciri ikan pari gergasi adalah berwarna coklat kelabu, luas dan rata dalam bentuk, dan memiliki ekor yang panjang dan berduri .

Ikan pari gergasi yang berkeliaran mencari mangsa di Thailand, Borneo, New Guinea, dan utara Australia. Mereka sering menyembunyikan diri di tepi sungai berpasir atau Louisiana lumpur dan bernafas melalui lubang-lubang, atau spiracles, yang terletak di atas badan mereka. Ikan pari mencari mangsa, biasanya kerang dan ketam, dengan sensor yang boleh mengesan medan elektrik binatang itu.

Bilangan Stingray nampaknya telah menurun secara mendadak pada tahun-tahun kebelakangan ini sebagimana habitat sungai mereka telah menurun, dan ternyata mereka tidak lagi menghuni beberapa kawasan sejarah mereka. Ikan pari yang besar telah diketahui untuk menarik bot ke hulu dan juga air.

Walaupun ikan pari tidak mudah menyerang manusia, mereka adalah salah satu daripada beberapa ikan gergasi yang boleh menimbulkan bahaya sebenar kepada orang-orang yang mengendalikan mereka. Setiap "ray sports" duri maut pada asas ekor yang boleh dengan mudah menembusi kulit manusia dan juga tulang, sama seperti anak panah memburu itu. Penyengat ini boleh mencapai 15 inci (38 sentimeter) dan biasanya memiliki toksin pada luka mangsa.

01 May 2013

ISU ZAIN SAIDIN BIADAP DALAM MASTERCHEF SELEBRITI 2




ZAIN SAIDIN KURANG AJAR DALAM MASTERCHEF SELEBRITI 2 DAN TELAH TERSINGKIR | 


Pada episod terbaru Masterchef Selebriti 2 semalam, Zain Saidin telah disingkirkan dan kami agak terkejut dengan sikap Zain Saidin yang agak biadap terhadap juri.

Dalam rancangan masterchef pada malam ni, antara calon peserta yang tersingkir adalah Lydiawati dan Zain. Namun, juri sepakat mengumumkan bahawa Zain telah tersingkirkan pada malam ini. Ini adalah tindakan yang bijak kerana sikap Zain semakin melampau dalam program realiti tersebut.

Zain Saidin Kurang Ajar Dalam Masterchef Selebriti Musim 2



Zain Saidin Mengamuk Dalam Masterchef 
Zain: “Ini semua tak adil” 

Zain ungkit kembali keistimewaan yang diperolehi oleh rakan-rakan lain. 

Lydiawati: ” Saya menangis bukan sebab zain tersingkir, tapi zain tak hormat juri dan agak sedikit biadab”

Zain Saidin Membidas Komen Para Juri atau Chef 
Zain saidin membidas semua komen juri. Zain meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Chef dan baginya para juri bersikap tidak adil dan tidak layak menjadi pengadil. Sangat mengejutkan apabila zain berani membuat pernyataan tersebut. 

Komen Rozita Che Wan 
Pemergian atau penyingkiran Zain membuatkan dia berasa sunyi dan ingin keluar dari Masterchef. 

Debaran Saat Penyingkiran 

Penjelasan Chef Jo Disebalik kontroversi Masterchef 

Jelas Chef Jo atau lebih mesra di panggil Papa Jo oleh peserta, memerhatikan sikap Zain yang hanya merasakan dirinya sahaja betul dan sukar untuk menerima teguran orang lain malah khabarnya juga aktor tersebut bertindak memarahi krew produksi apabila dia diminta untuk menyalin resepi yang dimasak.

Amboi kereknya! 

Sepanjang beliau terbabit dalam rancangan ini, Papa Jo juga nampak setiap kali Zain ke pantri dia akan mengambil sebiji epal walaupun ia tidak digunakan dalam resepi, beliau akan makan sedikit dan tinggalkan epal itu. Kadangkala dia sengaja mengambil sekotak susu di dapur dan minum dan buka sambil digunakan untuk masak. 

Tambahnya lagi, Zain juga ada berkelakuan seperti ingin mencabar tahap kesabaran juri-juri dan contohnya apabila Chef Zubir sedang memberikan penerangan beliau akan memotong dan memberi seribu satu alasan. 

Pada pandangan Chef Jo, Zain Saidin cuba untuk menunjukkan satu karakter. Sikap yang ditunjukkan Zain dalam rancangan itu dikhuatiri akan memberi impak buruk kepada dirinya sendiri kerana ramai remaja di luar sana memandang tinggi keperibadiannya sebagai seorang guru di dalam rancangan pendidikan Oh My English. Pastinya apa yang dibuat Zain tidak bagus pada pandangan penonton yang menyaksikan rancangan realiti ini. 

Bak kata orang sikap manusia itu sukar untuk diubah kerana ia sudah sebati dengan diri,namun itu bukan satu alasan untuk kita tidak menghormati orang lain dan mempunyai sifat untuk bertolak ansur di antara satu sama lain dan sebolehnya cuba untuk bersikap sopan apatah lagi menyedari bahawa diri kita dipandang tinggi oleh golonggan muda di luar sana dan jangan pernah anggap bahawa ia sekadar lakonan di kaca tv, habis lakonan habislah apa yang terjadi di luar sana tidak penting.