31 March 2012

Wasaber to Wasaber #2:Kaka Udie& Si Aki





Nampaknya segmen ''Wasaber To Wasaber'' cetusan idea Wasaber Evon menjadi semakin panas dengan soalan2 tahap kejam sudah keluar...ahakss..ni kali ketiga aku dapat soalan dan soalan ini dari Wasaber kaka udie..bah nah kaka unta aku jawab sudah arr...

http://gitariscumil.blogspot.com/2012/03/from-wasaber-to-wasaber-menjawab.html

1) ceritakan cemana kamu bkenalan sama kaka udie ! -tunjuk diri sndiri-
-kalau ndak silap la kan,kenal di CRB bha kan..time tu aku masih baru lagi di wasaber ni..time dalam CRB tu kalau nda silap la kan,ada si Miira,Si Dayang,Si Zurina,Si Nieza,Si Aki,Si ndak ingat sudah..xixixixix

2) kamu agak2 , kaka udie ni bangse ape ? (kalau kamu tidatau la bangsa sbnar kaka udie)
-bangsa african..haha!..bugis la bha kan....

3) kamu sukak tingu ka muvee 'Ayat-Ayat Cinta' ? kalo iya , ctau kaka udie apa yg kamu sukak dgn muvee itu . :3
-Macam lupa sudah tu dia punya cerita sudah..haha!..lama sudah bha tu kaka udie..kalau tranformers,atau adnan sempit 2 masih ingat la ...(short memory bha ni kak)..xixixi

4) kaka udie berzodiak apa ? [via mintapuji]
-Alamak,kaka udie ni tanya soalan cepumas la..haha!aku nda arif bha kalau zodiak2 ni..kehkehkeh...kalau bukan libra gemini la tu..kalau nda ngam kasi ngam seja bha..bulih ka kaka udie??..haha!

5) lengkapkan slogan ini , 'saya suka gitariscumil.blogspot kerana ...' [tida melebihi 120pp .
-
haha!..macam slogan dapat hadiah seja ni..xixixi...saya suka gitariscumil.blogspot.com kerana gambar backgroundnya membuatkan saya rasa macam artis bha.banyak mata yang memandang saya.nasib baik saya ni tidak hensem sangat juga...haha..pastu warna meroon tu saya suka bha sebab bnyk benda keliling saya warna meroon...okey cukupla kali kan..haha!


Nah sekarang giliran kakak udie pula jawab 5 soalanku ya..soalan ini juga aku tagg si aKi.




  1. Rasa-rasanya la kan,apa yang paling seksi tentang anda???
  2. Suka menyanyi atau tidak???..Nyatakan sebab-sebabnya..
  3. Artis paling diminati(luar atau dalam negara)???...cerita sikit tentang artis tu...
  4. Antara Yuna dan Najwa Latiff,yang mana lebih famous dan paling disuka bagi kamu???..
  5. Mana lebih utama,adik beradik atau kekasih hati???


http://akiborneo.blogspot.com/




28 March 2012

Wasaber To Wasaber #1:EVON & MIIRA

Assalamualaikum..salam bahagia...

Sepanjang hari ini Tawau dalam keadaan mendung dan hujan.Kerja aku hari ini jadi driver temankan kakak selesaikan urusannya..Memandu adalah memenatkan,itu kesimpulannya..ahakss..

Okey,hari ni aku kena tag oleh si Evon,dan si Miira.Meraka adalah ahli WASABER yang hyperaktif..haha!..bagi yang masih belum mengenali apa sebenarnya maksud WASABER tu,WASABER ialah singkatan bagi komuniti We Are Sabahan Blogger Mania,dimana berkumpulnya para blogger seluruh Sabah..kalau nak tahu lebih lanjut,korang boleh klik SINI..



http://zeiman.blogspot.com/2012/03/wasaber-2-d.html


Jadi masanya untuk aku jawab soalan-soalan si Evon yang KEJAM tu..


1. Tahun bila kau ikut WSB ni?
-Kalau tidak silap aku,tahun 2010 bulan Disember..tapi masa tu aku belum aktif sepenuhnya blogging..maklumlah amatur internet..No aku dalam turutan Wasaber ialah no59..
2. Dalam banyak pari-pari WSB ni mesti ada yang menarik perhatian.Siapa?dan kenapa?
-Siapa lagi kalau bukan ko Evon..haha..sebab dari gambar ko nampak kiut miut bha..haha..nda taula kalau yang realnya..mesti macam Siti Nurhalija kan..ahaksss
3. Berapa umur kau mula bercinta dulu?
-Kalau mau kira 1st feeling aku tu,sekitar umurku 8tahun la..time tu aku jatuh cinta pandang pertama..haha!

4.Pernah menanggis recently?Kenapa?
-Pernah juga,sebab terpaksa berpisah dengan rakan sekerja yang sudah 4 tahun setengah bersama-sama..
5. Nama sebenar kau siapa? *hahaha paling jahat puya ketawa ni*
-Nama sebenar aku arr..bha kalau ko Von aku stedy sak bha..hihi..Namaku menurut surat beranak ialah..(nanti sia PM ko di FB ya)..ahaks..
6. Bos WSB si abang boby. Describe pasal dia :D then nanti kau tag dia ah :D
-Mengkali dia hensem dari aku,macam pendiam sikit.Nda taula juga sebab belum kenal betul kan..tapi macam dia sporting seja tu..Okay beress...
Sekarang turn Soalan si Miira yang keding/kurus tu..hahaha!..larikkk betapokk...



http://merahduniamira.blogspot.com/2012/03/from-wasaber-to-wasaber-1-reply.html 
curik gambar ko ya miira..

  •  Siapa paling kamu sayang di WSB? Haha ^__^
    -semua saya paling sayang bha..teda terkecuali..haha!!
  • Utk Evon: Berapa lama sudah kau sama c kekasih hati kau tu? Hehe
    -abaikan-
  • Utk Saveq: Bila mahu kenal2 sama Ipar ni? Haaa? Hehe ku nantikan kau ada GF k! Amin.
    -Aiyya,saya tiada mood owh mau becinta-cinta ni..haha..nantila kalau ada saya kasi tau juga tu..haha..AMINNN...
  •  “Blogging”, siapa yang bawa kamu terjebak dengan dunia ni?
    -si YB MAZEER la..dialah sifu gua dalam blogging ni..cewahhhh
  • Kamu rasa saya ni orang yang macam mana? Tolong spesifik k!
    -ko kurus..haha! ko macam rock juga..macam panas baran juga..sentimental sikit la..
  • Apa harapan kamu sama WSB sebagai seorang Wasaber?
    -Aku harap WSB jadi medium yang paling gempak untuk geng-geng blogger Sabah berinteraksi sesama sendiri..
Sekarang aku bagi 6 soalan pula untuk si Evon,si Miira dan juga si founder,Bobby,dan admin Zurina (http://elektromitoskopic.blogspot.com)
Kalau boleh jawab dengan sepenuh hati ya..hahaha!..

  1. Sepanjang pengalaman kamu blogging,apa perkara yang paling MANIS dan PAHIT yang masih kamu ingati sampai sekarang??..

  2. Apa pendapat kamu,kalau kamu sudah putus dengan cinta kamu yang dulu,tapi balik-balik dia salahkan kamu sebab telampau ego dan sombong..apa yang perlu dilakukan untuk tidak sakit hati dengan ex tu?..

  3. Cuba kunun ceritakan sikit tentang diri kamu bha.mau juga aku kenal lebih lanjut..hehehe

  4. Kalau ada kawan kamu yang suka harap dispen/belanja seja..apa tindakan kamu ya??..

  5. Apa pendapat kamu tentang aku??..Jujur sejujurnya ya..hahaha!!!..sikit pun boleh la..

  6. Dalam Wasaber,blog siapa yang paling kamu kagumi..pastu cerita la sikit kenapa dan mengapa...boleh la bha kan..xixixixiixix...

Nah,jawab la kamu ya...ingat jan lupa tagg rakan Wasaber yang lain..semoga ikatan persahabatan kita di Wasaber kekal utuh sehingga ke hujung nyawa..Amin..Once Wasaber Always Wasaber..



biarpun teda gambar muka aku disini,tapi aku suka pula ni pic bha..



27 March 2012

Super Junior Mengegar Himpunan Jutaan Belia 2012


Menjelang Mei 2012, Dataran Putrajaya pastinya menjadi medan berkumpulnya para belia seluruh negara sempena program Himpunan Jutaan Belia 2012.

Tahun lalu,kehadiran artis jemputan,Super Junior M telah menarik minat bukan saja belia berbangsa cina,tetapi ramai anak muda pelbagai kaum sanggup datang pada malam itu..

Dikhabarkan tahun ini,sebuah kumpulan artis K-Pop bakal diundang untuk menghiburkan belia tempatan,dan menurut orang kuat penganjuran,kemungkinan besar Super Junior bakal membuat persembahan  di program Himpunan Jutaan Belia 
pada tahun ini.

Keputusan ini bagaimanapun masih belum sah kerana ada lagi nama artis K-Pop yang dicadangkan termasuklah Teen Top.

Teen Top

Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya Nikah 4 Mei





Pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya bakal melangsungkan pernikahan mereka pada 4 Mei 2012.Majlis akad nikah akan diadakan di Pullman Putrajaya Lakeside sekitar jam 8.30 malam.

Jelas Awal, tarikh tersebut dipilih disebabkan kelapangan masa yang dimiliki oleh mereka berdua.


"Sebenarnya tidak ada sebab tarikh itu dipilih, cuma pada tarikh tersebut kebetulan lokasi yang dipilih tidak ditempah,"katanya ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman pernikahan mereka di Ampang, sebentar tadi.


Majlis sidang media tadi turut dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak.Pasangan tersebut bakal menggayakan busana rekaan Syaiful Baharim.

Sementara itu tutur Scha pula, dia amat bersyukur segala persiapan sudah pun siap lebih 70 peratus.


"Alhamdulillah, persiapan kami kini sudah mencapai 70 peratus. Kami bersyukur kerana ramai yang membantu mempermudahkan persiapan majlis tersebut,"katanya sambil memberitahu mereka berdua telah pun menghadiri kursus kahwin pada penghujung bulan Januari lalu.


Sementara itu, majlis resepsi pula akan diadakan dua hari selepas itu (6 Mei) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Hampir 2000 tetamu dijangka hadir pada majlis berkenaan.


Dalam pada itu, enam episod eksklusif persiapan perkahwinan mereka akan disiarkan di Astro Ria, manakala majlis pernikahan mereka akan disiarkan secara langsung di Astro Ria dan Astro Awani kelak.


Awal dan Scha dijangka akan berbulan madu di dalam negara sahaja kerana kesibukan kerja masing-masing.Upacara merisik telah diadakan pada 30 Mei tahun lalu bersempena hari ulang tahun ke 28 Scha Al-Yahya.
SUMBER


saat romantis awal meminang scha dalam rancangan propaganza



Mr.Sasube ; Tahniah Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya..Barulah padan sama-sama darah muda..ahaksss...