19 September 2012

Dejavu Di Kinabutan



Assalamualaikum dan salam muhibbah

Sudah lama rasanya aku tidak menulis entri sendiri..masa itu selalu mencemburui aku..masa mengejar aku,aku mengejar masa.Kadang kala apa yang telah dirancang,tidak terlaksana..Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui..Allah sebaik-baik perancang kehidupan alam semesta beserta isi-isinya..

Korang baca tajuk entri aku kat atas tuh..macam pernah dengar kan.hampir sama bunyi dengan drama yang masih popular di kalangan peminatnya,Dejavu di Kinabalu..kalau korang tak pernah dengar konfomlah korang ni jenis ''katak bawah tempurung'',tak pernah nonton TV,atau dalam rumah korang memang tiada TV..hehe..

Hari ini aku nak cerita sikit,pengalaman aku mendaki sebuah bukit.Bukit yang sangat dekat dengan kehidupan aku..Mana tak dekat,kalau dah hari-hari nampak bukit yang sama..ke bandar ke tempat kerja,pun nampak bukit yang sama.bukit tu dinamakan Bukit Kinabutan.Sebab apa dinamakan Kinabutan,aku pun kurang pasti..mungkin disebabkan bukit ni berdekatan dengan Kampung Kinabutan.

crew oldskool batu 10 menunggu bas menuju ke Bukit Kinabutan

Kami bergerak lewat,kira-kira dalam jam 5 petang,disebabkan hujan renyai-ranyai masa tuh yang membuatkan sebahagian crew Oldskool Batu 10 berfikir panjang untuk meneruskan pendakian ini..Namun alhamdulillah setelah menunggu hampir 3 jam akhirnya hujan mulai reda dan kami bergegas mengumpul barang keperluan dan mula bergerak menunggu bas untuk meneruskan ekspedisi..

sempat lagi ambil gambar candid walaupun sudah terlewat.


Kira-kira jam 5.30 petang,kami tiba di kaki bukit dan memulakan pendakian..Mujurlah ada diantara crew yang masih mengingati  laluan masuk ke puncak bukit,namun tak disangka-sangka kami telah tersesat setelah  beberapa minit pendakian dimulakan..Syukur alhamdulillah dengan kerjasama semua crew untuk mencari jalan sebenarnya,setelah 5 minit kami berjaya meneruskan pendakian dengan cahaya yang semakin berkurangan,menandakan masuknya waktu maghrib.

Sampai di satu tempat yang berbatu besar,akhirnya aku teringat aku pernah mendaki bukit ini,beberapa kali,sewaktu masih di zaman persekolahan,..Ya benar dahulu bukit inilah yang kami daki sebelum kami mengambil peperiksaan SPM!..Aku teringat kembali,masa itu ada beberapa rakan perempuan juga turut serta..Aku ingat sangat sebab aku lah yang tolong mereka menaiki batu-batu yang curam..

Patutlah sewaktu awal pendakian rasa macam pernah lalu je jalan tuh..tak pasal-pasal aku kena DEJAVU sebentar..hahaha!..semakin tinggi pendakian semakin mencurah-curah pula DEJAVU tu berlegar di kepala ku..setiba di puncak seja,nah disitulah segala kenangan bersama rakan-rakan sepersekolahan dingat kembali..sori guys mungkin 6 tahun yang berlalu itu membuatkan kita semua lupa dengan apa yang telah kita lalui bersama-sama..tapi tak kisah sangat lah asal kita masih lagi ber SAHABAT hingga hari ini...



suasana keindahan bandar Tawau waktu petang

Kembali kepada cerita pendakian Oldskool Batu 10 ni,kami sampai di puncak sekitar 6.30 petang...masa tu matahari sudah tak kelihatan lagi..maka melepaslah kami melihat keindahan panorama Tawau ketika matahari terbenam..yang kelihatan cuma kerlipan cahaya neon di sekitar bandar Tawau,dan Jalan Apas..sangat teruja perasaanku masa itu,kerana buat pertama kalinya aku melihat keindahan tanah kelahiranku ini pada waktu malam!..memang ditahap ohsemmmm lah...SubhanAllah!..


suasana keindahan bandar Tawau waktu malam


Ekspedisi kali ini memang berbeza dengan sebelumnya,sebab kami bercadang untuk bermalam di puncak bukit ni..kalau yang sebelum-sebelum ni sampai petang je lah..Masa ini lah aku rasa bagaimana suasana perkhemahan yang sebenarnya..Sebab apa?..korang nampak sendiri lah gambar di bawah ni...

memasak cara oldskool..

masak nasi guna kayu api

memasak dengan cara stylo!

tukang masak yang tiada duanya di Tawau!


Haha!..kitorang masak guna kayu api bro..nasib baik lah kayu api tu tak basah sangat..kalau tak konfom berlapar lah kitorang dekat puncak tuh..memang mencabar lah memasak guna kayu api ni..korang fikir senang ke nak masak cara begini,kena lagi dengan tempat tinggi yang berangin...hinggakan hampir semua kami yang berdekatan api mengalami selesema disebabkan asap kayu api ni..

Kalau zaman persekolahan dulu,camping begini jarang guna kayu api,melainkan camping pengakap di luar sekolah.kalau camping dalam sekolah,guna gas memasak seja..jadi suasana camping tuh tak terasa sangatlah..




Selepas makan malam dan berborak kosong,ada rakan yang tidur seawal jam 10..ada rakan yang lain pula,termasuk aku,tidak dapat tidur..jadi aktiviti kami,menyanyi,memekak tengah-tengah malam..lepas tu, dah lapar semula,kitorang masak lah apa yang ada..menghabiskan stok megi dan sardin supaya perjalanan turun esok hari tak lah keberatan sangat..akhirnya setelah 3 edisi masak-memasak,kami semua terlelap sekitar jam 3,ketika saatnya puncak bukit mula diselubungi kabus..



gambar diatas ni diambil sekitar jam 6-7 pagi ..memang nampak ohsemm lah pemandangan time tu..hehehe..dan sebelum balik kami sarapan dulu untuk mengelakkan kelaparan di tengah jalan..
Akhir sekali kami bergambar keluarga di puncak Bukit Kinabutan..

ahli dari kanan : Mohd Arfa,Tatok Din,Saveq,Sharul,Tawik,ND
paling depan: Asyhar Bunawas aka si Manis
tidak terlupa jurugambar: Ijam..


Amacam?..korang budak TAWAU sudah pernah sampai ke puncak bukit ni ke?..kalau belum memang korang bukan TAWAU SEJATI lah..hahaha!..apapun,ini Satu pengalaman yang sangat berharga buat aku...InsyaAllah di entri yang akan datang akan aku kongsi pendapat aku tentang potensi tempat ini yang boleh dijadikan tarikan pelancong dalam atau luar negara..insyaAllah!....





14 September 2012

Pengarah Filem Hina Islam dan Rasulullah,Sam Bacile Seorang Pondan!



PENGARAH filem berketurunan Israel Amerika, yang menetap di California, mula menyembunyikan diri selepas filem terbarunya, yang didakwa menghina Nabi Muhammad SAW, menerima protes daripada umat Islam seluruh dunia.

Bercakap kepada pemberita di sebuah lokasi yang tidak dinyatakan, penulis dan pengarah, Sam Bacile terus berdegil dengan mengatakan agama Islam seperti satu barah dan menyatakan filemnya itu ialah sebagai satu sentimen provokatif politik dengan tujuan mengutuk ajaran agama Islam.

Berikutan penerbitan filem itu, Duta Amerika ke Libya, Christopher Stevens terbunuh dalam protes berhubung filem keluaran negara itu, semalam.

“Filem ini ialah sebuah filem politik,” kata Bacile.

“Amerika mempunyai banyak duit dan banyak orang berperang di Iraq dan Afghanistan tetapi saya berperang dengan idea,” tambah Bacile.

Bacile yang merupakan seorang ejen hartanah percaya filemnya itu akan dapat menerangkan kepada rakan-rakan seagamanya tentang kekurangan agama Islam kepada mereka.

Menurut Bacile, 56, filem yang memakan masa selama dua jam itu, yang berjudul Innocence of Muslims, melibatkan kos pembikinan sebanyak A$5 juta (RM15.3 juta) serta memperolehi dana daripada 100 bangsa Yahudi.
Penerbitan sebanyak 12 karikatur Nabi Muhammad SAW dalam sebuah akhbar di Denmark pada 2005 turut mencetuskan protes di kebanyakan negara Islam.

Walaupun Bacile berasa kesal dengan insiden pembunuhan itu, dia menyalahkan pihak kedutaan di Libya yang tidak mengetatkan kawalan keselamatan sehingga perkara seperti itu boleh berlaku.

“Saya merasakan sistem keselamatan di sana tidak cukup ketat dan kita patut berbuat sesuatu untuk mengubahnya,” kata Bacile.

Menurut konsultan kepada filem itu, Steve Klein, Bacile berasa risau dengan keselamatan ahli keluarganya yang menetap di Mesir walaupun Bacile enggan mengakuinya.

Menurutnya lagi, Klein berjanji untuk membantu Bacile menerbitkan filem itu tetapi sudah memberi amaran kepadanya dengan berkata, “awak bakal menjadi Theo van Gogh yang seterusnya.”

Van Gogh merupakan seorang pengarah Belanda yang dibunuh ekstremis Islam pada 2004 selepas menerbitkan sebuah filem yang mencemarkan kesucian agama Islam.
“Saya memang sudah jangkakan perkara seperti ini akan berlaku,” kata Klein.

Filem itu dihasilkan dalam tiga bulan pada musim panas tahun lepas, melibatkan seramai 59 pelakon dan 45 krew produksi.





Mr.Sasube: Sam Bacile seorang PONDAN!..berani dalam lindungan..damn devil!!!




Cukai Rokok Bakal Naik Lagi!





Beberapa buah pengilang rokok berjenama di Malaysia meminta agar kerajaan memastikan bahawa tiada sebarang kenaikan cukai eksais terhadap rokok pada masa depan kerana tidak mahu mengalami sebarang kerugian yang teruk hasil dari lambakan rokok haram di pasaran.

Ini berikutan wujud spekulasi menjelang pengumuman bajet 2013 bahawa kadar cukai eksais terhadap rokok bakal dinaikkan lagi.Kerajaan haru ssedar sebarang kenaikan tinggi yang drastik terhadap cukai rokok akan membawa kepada peningkatan yang mendadak terhadap permintaan rokok haram yang diseludup masuk ke negara ini.

Kenaikan cukai terhadap rokok adalah satu langkah yang relevan bagi membendung gejala ketagihan merokok dikalangan masyarakat teruma golongan remaja namun pihak berkuasa juga perlu mengambil inisiatif terbaik bagi menyekat aktiviti penyeludupan rokok haram yang semakin berleluasa kini.

Justeru sebarang kenaikan harga rokok perlu dikaji semula agar tidak menimbulkan lebih banyak masalah di masa mendatang...

13 September 2012

Prince William and Kate Visit Sabah Tomorrow




KOTA KINABALU, (Bernama) - All eyes are now focused on tomorrow''s historical visit by British royal couple, the Duke and Duchess of Cambridge, to this Land Below The Wind. 
Everywhere, the Sabah people, especially the city folks here, are excited and eagerly waiting to welcome Prince William and Kate Middleton. The royal visit provides the Sabah people an opportunity to see the royal couple in person. 

"It will definitely be a memorable event for the people in the state, a memory that will be etched in their hearts for decades to come," said Nirona Yon, a Form Six student at SM All Saints here. She said the royal visit was an honour for Sabah and hence the need for the people to feel proud to have their state selected as one of the destinations for the royal visit to this region. 

The royal couple''s visit to this city, is scheduled to include a visit to the Danum Valley Conservation Area on Saturday. A public servant, Shaaron Aloysius, 36, who hails from Penampang, said that the choice of Sabah being selected a location for the royal visit indicated that the state was well-known, especially in efforts to protect the environment. 

As such, she said, the people should help to preserve the state''s natural beauty for the benefit of future generations. Restaurant operator, Stephanie Albert, said the Sabah people are delighted to have the royal couple visit the state as it will give them the opportunity to see the Duke and Duchess. We also take pride in the royal couple''s scheduled visit to Danum Valley to see for themselves the efforts made by the state to conserve its forests, she added. 
-SOURCE