01 May 2013

HUKUM MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL SEMASA PILIHANRAYA DALAM ISLAM



Assalamualaikum dan salam bahagia..

HUKUM MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL (INDELIBLE INK) SEMASA PILIHANRAYA DALAM ISLAM | 



Dakwat pilihan raya atau dakwat kekal merujuk kepada dakwat atau pencelup separa-kekal yang ditanda pada (lazimnya) jari telunjuk pengundi semasa pilihan raya dengan tujuan mengelakkan penipuan pilihan raya seperti pengundian berganda.

Ia digunakan secara meluas di negara dunia ketiga di mana dokumen pengenalan warganegara tidak terpiawai atau berinstitusi; yang lalu menjadikan pengesahan identiti pengundi tidak diperlukan.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 8 Ogos 2007 telah membincangkan Hukum Penggunaan Indelible Ink Dalam Pilihan raya Malaysia.

Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan penjelasan dan hasil ujikaji yang telah diberikan oleh pakar-pakar dalam bidang kimia serta hujah-hujah dan pandangan ahli-ahli Jawatankuasa, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Indelible Ink tidak mengandungi bahan-bahan najis yang diharamkan oleh syarak, tidak mendatangkan mudharat kepada kesihatan dan tidak menghalang air untuk sampai ke kulit apabila digunakan.

Oleh itu penggunaan Indelible Ink adalah dibenarkan oleh syarak kerana ia tidak akan menimbulkan masalah kepada ibadah umat Islam.

Walaubagaimanapun, keputusan Jawatankuasa terhadap kandungan dan tahap ketelapan Indelible Ink ini hanya tertakluk kepada bahan yang sama dengan yang telah diuji oleh pakar-pakar berkenaan sahaja.

Keterangan/Hujah:
  1. Indelible Ink bermakna dakwat yang tidak boleh dipadam. Satu calitan dakwat ini pada jari pengundi akan memberi tanda coklat kehitaman yang akan kekal selama beberapa hari. Kaedah ini adalah kaedah yang mudah yang berkesan bagi mengelakkan penipuan undi atau pengundi yang membuang undi lebih sekali. Beberapa negara telah menggunakan kaedah ini termasuk China, Ghana dan Denmark. India sebagai pengeluar dakwat ini telah menggunakan kaedah calitan jari pengundi ketika pilihanraya sejak tahun 1962 lagi. Berdasarkan laporan ujikaji komposisi kimia yang dilakukan oleh Jabatan Kimia Malaysia, dakwat yang diimport daripada India ini mengandungi tiga (3)bahan utama iaitu air, Ethanol (55 peratus) dan Silver nitrate.
  2. Penggunaan Indelible Ink tidak akan mendatangkan sebarang mudharat jika digunakan pada kuku dan jari. Ia hanya akan mendatangkan kesan pada kesihatan sekiranya termakan atau terminum.
  3. Berdasarkan kajian, penggunaan Indelible Ink pada kuku boleh dihilangkan dalam tempoh tiga (3) hari dan jika digunakan pada kulit, ia akan hilang dalam tempoh tujuh (7) hari. Untuk kegunaan dalam pilihanraya, Suruhanjaya Pilihan Raya hanya akan mencalitkan Indelible Ink tersebut dalam kuantiti yang sedikit yang dijangka dapat bertahan sekurang-kurangnya 24 jam.
  4. Penggunaan alkohol dalam Indelible Ink bukan merupakan isu kerana pada asasnya jika sesebuah bekas mengandungi alkohol dibuka, proses meruapan akan berlaku dan ia akan mengurangkan kandungan alkohol tersebut.
  5. Memandangkan Indelible Ink ini boleh telap air dalam keadaan serta merta dan kandungannya juga bebas dari sebarang lemak haiwan, maka penggunaannya tidak akan menimbulkan sebarang keraguan dari aspek hukum syarak.
  6. Ketelapan air pada kulit perlu dibezakan dengan ketelapan air yang sampai pada sel di bawah kulit, kerana dari sudut syarak kedua-duanya adalah berbeza dan untuk tujuan ibadah adalah memadai jika air telap sampai ke kulit.
  7. Dalam konteks menjaga maslahah ummah, beberapa kaedah fiqhiyyah yang boleh dijadikan sandaran adalah :تصرف الامام على الرعية منوط بالمصلح Maksudnya : Tindakan yang dijalankan oleh ketua negara terhadap urusan rakyat adalah terikat dengan maslahah.

27 April 2013

Contoh Makanan Sihat Di Warung Mamak



 Contoh Makanan Sihat di Restoran Mamak





Rakyat Malaysia sinonim dengan kedai/restoran mamak. Bila lepak di mamak, tak sah kalau tak pekena makanan atau minuman di mamak tersebut. Tapi ingat, lepak anda itu harus menjadi aktiviti yang sihat dengan elakkan makanan yang menggemukkan dan tinggi kalori. 

Jadi untuk hindarkan anda lepak dengan makan yang menggemukkan di mamak itu, anda boleh teliti contoh makanan sihat di mamak. Betul ke? Jom lihat.

1. Capati.
Capati sesuai menggantikan roti canai yang menjadi pilihan masing masing. Jika bandingkan sekeping roti canai dengan 300 kalori, better for you guys untuk makan capati hanya dengan 190 kalori lebih kurang. So dari situ kurang kalori yang di ambil dan boleh di ambil kerap berbanding roti canai. Sihat bukan?

2. Ayam tandoori
Terliur dengan ayam tandoori? Tiada masalah anda nak makan. Sepotong ayam tandoori(bahagian dada) bersamaan dengan 220 kalori. Lagipun ayam merupakan sumber mudah untuk mendapatkan protein asas. Jadi jangan ragu ragu hendak makan ayam tandoori ya!

3. Telur rebus
Jika anda rasa tak berkeinginan nak makan yang berat berat, pesan sahaja 2-3 biji telur rebus. Satu biji telur rebus bersamaan dengan 90 kalori. Tak perlulah anda berlapar kalau lepak di mamak, kan ada alternatif lain tu!

4. Nasi kandar
Nasi kandar makanan sihat ke? Ya, jika anda mahir dalam pengawalan makanan. Nasi putih segenggam, lauk lebih tak mengapa, dan kurangkan kuah. Tiada apa yang mustahil. Paling tidak, jika anda menikmati nasi kandar dengan 'portion' yang betul, mungkin dalam 400-500 kalori hidangan anda itu. Sekali sekala apa salahnya kan?

5. Teh tarik kurang manis satu!
Perkara paling utama bila lepak mamak, teh tarik wajib ada! Ianya sihat bila anda pesan teh tarik kurang manis. Disarankan apabila anda lepak, harus beserta dengan air kosong sebagai tambahan. Tips yang berguna – minum hanya separuh gelas sahaja teh tarik kurang manis tersebut, dari situ anda dapat mengawal pengambilan gula dalam badan. Kalau kena kencing manis siapa yang susah?

 Fikir fikirkan dan selamat beramal! :)

26 April 2013

Makna Sebenar "Wall" Facebook.


Assalamualaikum dan salam bahagia..


WAJIB BACA!!! SAUDARAKU ...









Tahukah anda apa makna WALL?

Yup. . Ia bermakna DINDING. Lalu kenapa dengan dinding?

Saya teruskan. .

Siapakah yang membuat FB? Mark Zuckerberg seorang berbangsa YAHUDI. Apa kaitannya WALL & YAHUDI? Kaitan kedua-duanya sangat erat.

DINDING RATAPAN.

Didinding itu mereka menangisi dosa-dosa mereka, meluahkan harapan, ratapan dan segalanya. Itulah tujuan mereka membuat FB.

Dan tanpa kita sedari, kita lebih banyak mengadu masalah di FB daripada mengadu kepada ALLAH SWT, lebih mengutamakan update status daripada solat dan zikir kepada ALLAH SWT.

Hati-hatilah sahabat, boleh-boleh kita nanti menjadi'' Tassyabuh'' atau menyerupai kaum lain (Yahudi). Nabi melarang dalam sabdanya:'' Barang siapa menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dalam golongannya. "

Oleh kerana itu, jangan jadikan WALL FB sebagai tempat luahan perasaan seperti mereka. Tapi jadikanlah ia sebagai tempat membahagikan ilmu dan nasihat kebaikan kepada umat Nabi Muhammad SAW. Walaupun hanya kepada 1 orang.

Jadikan Wall FB sebagai media untuk menyebarkan dakwah.

Jika anda belum percaya sila buka Google dan Search:'' Wailing Wall Of Israel''.

Mari kita renungkan.

'' Sungguh kamu akan mengikuti langkah2 orang2 sebelum kamu
sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta. Bahkan seandainya mereka masuk lubang biawakpun nescaya kalian ikut masuk pula ke dalamnya. Para sahabat bertanya: 'Siapakan mereka itu Ya Rasulullah?'. Beliau menjawab:'' Ahli Kitab (Nasrani & Yahudi). ! Siapa lagi kalau bukan mereka? "[HR. Imam Bukhari]

Jadi postkanlah kata2 hikmah / nasihat / ayat Al-Quran, Hadis, Ulama terdahulu tentang agama Islam.

Gunakan peluang Yahudi / Nasrani yang akan merosakkan umat Islam dengan membangunkan agama Islam melalui platform mereka.

Ini ilmu baru. JOM kita amalkan dan share dengan rakan-rakan yang lain.

Mari kita jalani kehidupan ini dengam ilmu dan iman.

Semoga Allah Ridho ....
(Disadur dari fb: Pendidikan Quran Habiburahman)

Kalau rasa Bermanfaat
klik SHARE .
Insya Allah jika niat kita baik, hasilnya pun akan baik

Pegawai Tinggi Kastam Mati Ditembak!





PUTRAJAYA, (Bernama) - Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, hari ini.
Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, yang tinggal di Dengkil, Selangor, disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya pada pukul 9.20 pagi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata dua lelaki bermotosikal melepaskan tiga das tembakan ketika kenderaan yang dinaiki Shaharuddin berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan pada pukul 8.15 pagi.
"Tembakan itu mengenai bahagian leher ke atas dan Shaharuddin dikejarkan ke Hospital Putrajaya oleh pemandunya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kejadian.
Ku berkata siasatan polis mendapati Shaharuddin ditembak menggunakan pistol automatik.
Polis akan meneliti kesemua bahan bukti termasuk kamera litar tertutup di kawasan itu, katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran.