01 May 2012

Gaji Minimum Rm800 - Tiada alasan untuk menganggur



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nak kongsi berita baik untuk pekerja swasta di seluruh Malaysia..sila baca jangan malu jangan segan...


PUTRAJAYA - Malaysia akan melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900 untuk tenaga kerja di Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak pula RM800 sebulan, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.
Sambil menyifatkan ia sebagai "hadiah Hari Pekerja", Najib berkata, kadar itu ditetapkan dengan melakukan pengubahsuaian ke atas syor dibuat oleh Majlis Perundingan Gaji Negara.
Pengumuman yang dibuat sempena Hari Pekerja, Najib berkata, kadar itu akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan sejak tarikh ia dikuatkuasakan dan dijangka akan memanfaatkan kira-kira lima juta tenaga kerja.
Dalam mengumumkan perkara itu, Najib yang pada tahun lalu mengumumkan pelarasan gaji antara tiga hingga tujuh peratus bagi sektor awam tahun lalu memberitahu bahawa kadar gaji minimum masih rendah berbanding paras dituntut oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Badan induk itu yang memperjuangkan gaji minimum sejak lebih tiga dekad lalu, menuntut RM1,200 sebulan.
"Gaji minimum ini meliputi semual sektor pekerja di negara ini kecuali tenaga kerja domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Katanya, pekerja-pekerja di Semenanjung akan menikmati gaji minimum RM900 sebulan atau RM4.33 sejam manakala pekerja di Sabah dan Sarawak pula RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.
Kerajaan turut menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya penetapan gaji minimum itu tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.
Bagaimanapun untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan, tempoh kuat kuasa bagi kategori itu ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.
Menurut Najib, pengecualian 12 bulan itu tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan; firma guaman; firma arkitek; firma juru perunding dan sebagainya; walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima atau kurang; mereka perlu mematuhi gaji minimum ini dalam masa enam bulan.
Pemberian tempoh masa yang mencukupi itu, menurut beliau, adalah supaya majikan dapat membuat persediaan secukupnya bagi menstrukturkan semula gaji pekerja dan operasi perniagaan masing-masing.
"Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan," katanya.
Najib berkata, kerajaan mengambil langkah itu supaya upah dan gaji yang diterima oleh pekerja-pekerja di negara ini adalah selaras dengan kadar produktiviti dan kos sara hidup.
Katanya, seramai 33.9 peratus tenaga kerja negara ini menerima gaji kurang daripada RM700 sebulan iaitu rendah daripada garis kemiskinan RM800.SUMBER


Mr.Sasube:Alhamdulillah,akhirnya terbela juga nasib pekerja swasta ni..RM800 boleh dikira banyak jika di daerah Tawau ni..berkongsi pengalaman sewaktu pertama kali bekerja 5 tahun yang lalu,gaji asas aku hanya RM250+ELAUN RM30..Memang rasa teruk la masa tu.Kerja di supermarket angkat barang dan lokasi tempat kerja dengan rumah sejauh 17KM..Memang tidak berbaloi dengan gaji..Tapi apa boleh buat,itu yang termampu di lakukan,berbanding duduk rumah menanam anggur dan mengumpul lemak..

Benar,jika kita sabar dan rajin bekerja,pasti majikan tidak teragak-agak untuk memberi gaji yang lebih lumayan lagi..Namun apa yang paling penting lagi ialah pengalaman berkerja yang diperoleh..Pengalaman itu lebih penting dari segulung ijazah..

Apa yang perlu,ialah bagaimana diri kita sendiri mencorak masa hadapan..yupss,jika korang update dengan isu terbaru,korang tentu tahu tentang ''amukan'' mahasiswa yang mahukan pendidikan percuma dilaksanakan di negara kita..Mungkin ada kebaikannya jika dilaksanakan,tetapi bukan pada negara yang sedang membangun yang memerlukan dana besar untuk pembangunan ke arah negara maju..

Mereka ada sebab,antaranya mengambil contoh negara lain,dan penyelewengan wang negara..Tapi mereka tidak sedar,bahawa semua itu hanyalah taktik politik yang sememangnya hanya menuntut emosi,secara sedar atau tidak..


Aku tidak mahu mengulas lanjut isu PTPTN ni,sebab pengasas isu sendiri belum membentangkan pelan cadangan mereka,walhal mahasiswa yang nampak sangat terhegeh-hegeh mengisukan..Bagi aku senang saja,kalau nak percuma,sila fokus untuk jadi bijak,yakni dapat ijazah kelas pertama.


''cakap senangla ingat nak dapat 3.5 tu macam makan kacang ke''


sebuah kisah,rakan aku..ini realiti bukan pembohongan...


UPSR dia dapat 3A 2B..aku dapat 4A 1C ..PMR dia dapat 9A,aku 7A..SPM dia masyaALLAH 6A..aku hanya 3A..dia masuk U aku terus bekerja..

Apa yang membezakan aku dan dia,bukan kerana dia lebih bijak dari aku,tetapi usaha kami yang berbeza..dia wanita aku lelaki..Wanita terkenal dengan sifat berusaha yang tinggi,manakala lelaki pula dengan kenakalannya..itu semua realiti kehidupan..jadi tak perlu nak bagi alasan,kerana alasan itu adalah senjata bagi orang yang gagal..

Sebelum isu PTPTN ni,mahasiswa duduk canang Akta AUKU pula..



''aku dah 21 tahun.aku dah boleh mengundi,aku dalam perlembagaan,hak sana hak sini''..

''kerajaan takutkan mahasiswa,kerana mahasiswa mampu tumbangkan kerajaan''



dulu masa dapat tawaran masuk IPTA..mereka melompat kegembiraan..azam mereka berkobar-kobar,syukur sebab dapat IPTA..BUKAN IPTS..mahu belajar balas budi mak ayah,majukan keluarga,cari masa depan yang cerah..


Selepas masuk U,sudah kena ''renjatan budaya'',terus hilang niat dan fokus ke U...politik sana sini,padahal belum habis belajar lagi..kerja apatah lagi..Macam lah lepas habis belajar mereka tak boleh berpolitik..

ehhh..macam dah keluar tajuk la pulak...kehkehkeh..

Gaji minimum rm800...kepada PENGANGGUR,sudah tiada alasan lagi untuk anda terus menganggur tanpa ada masa depan..Nak tunggu apa lagi,jangan harap disorongkan duit saja..dimana ada usaha,disitu ada kejayaan..kali ni korang keja supermarket pun dah dapat gaji minimum seorang supervisor..ahaksss

harap-harap tiadalah tauke-tauke cina yang ingkar dengan arahan kerajaan nanti ya..dan pekerja pula...jangan berdiam diri sahaja jika sudah rasa ditindas..laporkan kepada yang berwajib...

Apapun,hari ni Hari Pekerja..so Selamat Berhari Pekerja..Semoga kalin semua sukses selalu dalam pekerjaan..Aminn....





No comments: