17 June 2012

Penyokong Pelik dan Unik di Euro 2012





Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Sebelum ini dalam entri Ragam Gadis Bola di Euro 2012,korang dapat lihat betapa fanatiknya gadis-gadis yang berada di dalam stadium bagi menyokong negara masing-masing..

Dalam entri ini pula saya soroti beberapa penyokong yang bolehlah dianggap pelik dan unik ketika perlawanan Euro 2012 berlangsung..jom zoom in gambar-gambar dibawah:



PENYOKONG SEPANYOL
Kacukan Zorro dan Spiderman,,ada kelaassss...


PENYOKONG IRELAND
Ni kalau peminat Harry Potter nampak konfom nak minta sign..



PENYOKONG JERMAN
Ni rambut palsu atau penyapu rumah ni..Kreatif gaya Trojan terserlah dengan warna rambut yang sepadan dengan bendera negaranya..


PENYOKONG RUSIA
Ok kaca mata @ google yang dia pakai ni memang pertama kali aku nampak.
jempol unik...


PENYOKONG POLAND
JOKER versi Poland..Batman nampak pasti terkejut besarr ni...


PENYOKONG UKRAINE
Aku lupa dengan kartun ni,tapi kaca mata yang dipakai ni memang MEGA BESAR jo..
terbaikkk punya...


PENYOKONG  SWEDEN
Sekali imbas,aku sangka ahli gusti John Cena..Fikir balik takkan lah John Cena nak pakai baju kakak dia kan..kehkehkeh


PENYOKONG ITALI
Nak tiru gaya Alleycats dan Hafiz la tuuuee..

PENYOKONG GREECE
Wow,Alexander the Great bangkit kembali...

Pernah nampak di tv entah rancangan kartun apa..


SUMBER

MR.Sasube: Greece dan Republik Czech dah layak ke suku akhir.Malam ni penentuan kumpulan B pula,antara Jerman,Portugal,Denmark dan Belanda,siapa yang bakal ke suku akhir..Pertembungan kali ini menarik kerana semua pasukan memerlukan kemenangan,apatahlagi Belanda yang mengharapkan keajaiban dan berharap Jerman mampu menundukKan  Denmark..

Bagi aku,Jerman tetap menang dan bakal ke Final..Go  GERMAN!!!..


14 June 2012

Ragam Gadis Bola di Euro 2012



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia !


Demam bola sepak kembali!!..Mungkin agak terlewat ucapan itu setelah hampir 6 hari Europa Cup 2012 berlangsung..Tapi,seperti biasa,ada aku kisah. >_^!...

Okey setelah sekian lama mood blogging menghilang,aku nak berkongsi gambar ragam gadis-gadis yang meminati bola sepak,yang paling gempak di stadium-stadium utama berlangsungnya Euro 2012..

Jangan korang fikir lelaki ja yang mengalami demam bola ni,perempuan pun 2x5 sama seja bhaiii...kehkehkeh..bha jadi zoom in seja gambar-gambar dibawah ni ya...



Penyokong England

Penyokong Sepanyol

Penyokong Poland

Penyokong Itali

Penyokong Greece

Penyokong Republik Czech



Namun disebalik wajah-wajah dan ragam ceria gadis-gadis bola ni,ada juga yang tidak menyenangkan hati bila kita dihiburkan dengan beberapa kejadian seperti pergaduhan penyokong dan kutukan berbaur perkauman..

Apapun,aku masih lagi tersenyum lebar sebab team yang aku sokong yang aku sokong iaitu JERMAN telah menang pada perlawanan pertama..keh3..

SUMBER



07 June 2012

Aneh!Anak Lembu Mirip Manusia


Assalamualaikum,salam sejahtera....
Sebentar tadi aku ada terbaca sebuah artikel yang menarik untuk dikongsikan bersama..Mungkin rasa itu terbit selepas melihat fenomena yang jarang berlaku,seperti kalian sedia maklum,fenomena gerhana bulan separa dan fenomena planet Zuhrah melintasi Matahari..sudah makin banyak kejadian pelik yang berlaku kini..jadi beringat-ingatlah...subhanallah..





Subhanallah! Anak Lembu Mirip Manusia

Seekor lembu telah melahirkan anaknya dan peristiwa itu telah mengejutkan penduduk di Desa Nyakaban Timur, Kecamatan Batang-Batang Sumenep, Madura. Ia adalah disebabkan lembu peliktersebut telah melahirkan anaknya dalam bentuk fizikial mirip manusia. Anak lembu itu lahir tanpa bulu dan mirip kulit bayi


Kepala dan muka bayi lembu pelik itu pun bulat mirip manusia, bahkan dua kaki depan posisinya seperti lengan manusia. Anak lembu ini lahir tidak normal dan ketika lahir mempunyai berat 2 kg dan panjang 50 cm.
Namun sayangnya, anak lembu pelik ini hanya mampu bertahan hidup selama 17 minit. Uniknya, sang pemilik, Rasuki, mengaku akan menguburkannya seperti manusia dengan memberi kain kafan.
Rasuki menjelaskan selama 10 tahun memelihara lembu tersebut, tidak ada yang aneh yang ditemukan selama ini. 6 anak lembu sebelumnya lahir normal dan tidak ada yang pelik. “Baru kali ini terlihat aneh dan saya terkejut,” ungkapnya.
Sebelum anak lembu in lahir, Rasuki mengaku bermimpi pelik. “Ternyata, lembu saya lahir mirip manusia. Ini akan mendatangkan rezeki baik,” jelas Rasuki.

SUMBER

03 June 2012

Perpindahan Pemain Eropah Paling Dinanti Musim 2012-2013



Selepas berakhirnya liga bola sepak Eropah musim 2011-2012,kini Euro 2012 semakin hampir untuk menggamatkan peminat sukan bola sepak dunia..Namun demam Euro tidaklah sehangat berita perpindahan pemain Eropah yang paling ditunggu-tunggu untuk mengharungi liga-liga utama negara Eropah musim 2012-2013..Berikut 12 senarai perpindahan paling sensasi untuk musim 2012-2013..




1. Eden Hazard (Lille dan Belgium)
-Manchester City dan Manchester United masing-masing berminat namun akhirnya Eden memilih Chelsea dengan nilai perpindahan






2. Fernando Torres (Chelsea dan Sepanyol)
-Dikhabarkan akan kembali ke kelab lama,Athetico Madrid..Terlalu awal untuk diperkatakan namun Torres menyatakan kariernya di Stamford Bridge akan berakhir.







3. Edinson Cavani (Napoli dan Uruguay)
- Dikatakan akan ke Chelsea untuk menggantikan Drogba,jika Drogba meneruskan hasratnya untuk berhijrah..Menyerlah musim ini apabila membantu Napoli memenangi Piala Itali sejak 1987




4. Robin van Persie (Arsenal dan Belanda)
-Manchester City berminat dan sanggup membayar sejumlah £45m.Persie juga dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona dan Juventus




5. Hulk (Porto dan Brazil)
-Target Chelsea dan Paris St-Germain.Masih dalam kontrak besar £80m namun mungkin akan menerima tawaran di Portugis dengan nilai £60m




6.Didier Drogba (Chelsea dan Ivory Coast)
-Target ke Shanghai Shenhua.Dikhabarkan bakal menyertai bekas rakan sepasukan beraksi di Liga Super China




7. Gonzalo Higuain (Real Madrid dan Argentina)
-Chelsea mengemukakan tawaran  perpindahan £35m setelah Higuian gagal mendapat tempat kesebelasan utama di Real Madrid.Namun Higuain berkata dia tidak berminat untuk berpindah.




8.Radamel Falcao (Atletico Madrid dan Colombia)
-target:Chelsea dengan nilai perpindahan  £50m sebagai penyerang




9. Fernando Llorente (Athletico Bilbao dan Sepanyol)
-Manchester City berminta dengan  £35m buy-out clausa perpindahan




10. Luka Modric (Tottenham Hotspurs dan Croatia)
- Chelsea,Man.City,Man United dan Real Madrid selepas Spurs gagal memujuk Modric untuk kekal




11. Loic Remy (Marseille dan Perancis)
-Pengganti Luka Modric sebagai penyerang di Tonttenham.




12. Christian Eriksen (Ajax dan Denmark)
-Target: Arsenal