25 October 2010
22 October 2010
Luasnya Neraka...
Sahabat semua...bacalah....
Ya Allah... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer..x smp 5 minit..pun!!!
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah danamalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....
Luasnya Neraka
Yazid Ar Raqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata:
Jibrail datang kepada Nabi SAW pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w
"'Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya:
"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar,dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a..w. bersabda:
"Ya Jibrail, jelaskan padaku sifatJahannam."
Jawabnya:
"Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa,nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a.w. bertanya:
"Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya:
"Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya dibawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiappintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.' (nota kefahaman: iaituyg lebih bawah lebih panas)"
Tanya Rasulullah s.a.w.:
"Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s.. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.'
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w.. sehingga ditanya:
"Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya:
"Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda:
"Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk kedalam neraka?"
Jawabnya:
"Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian Nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian Nabi s.a.w.masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.
(Dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Yg Lalai')
DariHadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkankamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekorular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hastamengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua......Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
"Sesungguhnyaorang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dariketerangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannyakepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dandilaknat oleh sekalian makhluk."
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM , TIDAK DUDUK dan TIDAK BERCAKAP .
Bertanya orang kepada Rasulullah saw :
'Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?'
Maka jawabnya Rasulullah saw:
'Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'. Bila qiamat datang maka malaikat datang kekubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu 'itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN' mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian' SiratulMustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hambaKu."
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orangyang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuhasal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw:
"Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan: 'Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Kuberpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dandahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digorengdan buah-buahan SYURGA. ' Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu dibumi. Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :'Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmuyang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yangmengajarnya meskipun dia sudah mati.
' Dan ( ingatlah ) Allah sentiasamengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan.' (SurahAl-Baqarah : 237)
Untuk renungan dan amalan bersama ..
DOA Nabi Allah Yunus
"LAA ILAHA ILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTU MINALZHAALIMIIN"
Petang yg Indah..d Warung Bakso...
kelmarin...yakni 20.10.2010..petang setelah balik dari keja..keja yg meletihkan...aq singgah sebentar d warung bakso..dtemani abang-abang ma kakak-kakak ku..syoknya...haha..tapi bukan ittu yg aq maw kongsikan..ada cerita d sebalik cerita yg aq ingin kongsi bersama...
alkisah..ada seorang pelanggan ni..,berbangsa cina..umur kira lewat usia la..tp masih gagah pi makan bakso d warung ni...(Abgku sempat menyindir...tua2x pun masih mau makan bakso..)haha...dan datangla mbak pemilik warung menyapa tauke ni...
Mbak; Tauke,mau makan apa?
Tauke: bakso makan sini...tapau satu ya..
Mbak: ok tauke...(dengan segera mbak mengarahkan pekerjanya menyiapkan pesanan tu.)
mau pi mana tauke???
Tauke: mau pi cari TANAH.....
Mbak: bwat apa tauke??
Tauke: anak suruh..mau beli...
Ketika ini,kami sedang sibuk melayan kesedapan makann yg kami sdh order tadi...tetiba jak abgku berkata dengan nada yg perlahan...
Abangku; APA MAU CARI TANAH,KALO TANAH CINA LUAS BHA..TANAH MELAYU JAK
SEMPIT..
(dengan kehairanan kami memandang abgku...)
Kakakku:..napa pulak?
Abangku: yalah,cuba ko pi tenguk tempat dorng tu,luasnya,cuba kamu tengok d batu 4 tu..manada ruang
sudah....
AQ berfikir sejenak..apa yg abgku maksudkan...dengan x semena2x aq tergelak sendiri..diikuti ma yg len2x..MasyaAllah,yg dmaksudkan tu ialah tanah perkuburan...
kakakku;sembarang jak org ni..dikuti ngan ketawa kecil....(aq apa lagi..gelak mcm mau keluar gado2x yg aq makan semua tu...punya la lawak..tahap gila aq rasa..)
hbis jak tauke tu makan,dia pun beredar..apa yg x dijangka,mas/abang penjual Abc dluar tu menyapa..niat mas tu hnyala bertegur sapa..pertama tamanya,jarak antara tauke tu dngn mas..kira2x 3 meter...tak dsngka2x..syok plak tauke tu bercerita.semakin lama semakin dekat pula jarak tauke tu dengan mas sehinggala tauke tu menepuk2x bahu mas tu tanda kegembiraan...matila payau..ahha...aq hnya mampu ketawa terbahak2x melihat gelagat mas tu cuba mengelak dari tauke tu..sudah ku jangka,tauke tu xda habisnya kalo nak bercerita...abgku dengan selamba sempat menyindir lagi"..silap silap,bergaduh dorang tu"..adededdeedde..
sudah2x....kiamat sudah dekat..so bertaubatla,,,jgn kuat mengutuk2x...hahaa
bukan itu yg aq maw perincikan..yg aq maw kongsi..ttg ayat yg aq highlight merah tu...persoalan yg timbul...kenapa tanah perkuburan org islam sempit berbanding tanah perkuburan org bukan islam..
mungkin persoalan ini tidak timbul d area semenanjung malaysia..,tp d sabah,.fenomena ini sangat membimbangkan...tanah perkuburan org islam sngat terhad khususnya d kawasan parlimen tawau...persoalan ini menimbulkn pelbagai persoalan lagi kenapa permasalahan ini boleh berlaku.....dmana pihak berkuasa agama samada negeri mahupun persekutuan?,dimana YB2x yg kononnya memperjuangkan kebajikan org melayu??...kemana pihak NGO islam yg sibuk memperjuangkan agenda yg belum tentu ddengar???...
sebenarnya,persoalan ini x timbul,jika kita UMAT ISLAM BERSATU PADU..SALING TOLONG MENOLONG,SALING BERKERJASAMA,DAN SENTIASA PEKA DENGAN KEBAJIKAN SESAMA SENDIRI ...
.
15 October 2010
sahabatku.........
Kawan dan sahabat setiap satunya membawa makna yang tersendiri,meskipun ertinya sama.. Setiap insan punya kawan yg ramai,contohnya seperti kawan Facebook...tp hanya segelintir yg boleh dkasifikasikan sebagai sahabat......Sahabat bagiku...mereka yg memahami ,sedia berfungsi sbgi teman bicara,mendengar dengan tekun,dan sentiasa memberi galakan yg positif.......
(Aq maw berkongsi sedikit....insan yg pernah aq gelarkan sahabat(yg lelaki jak ya)...time sekolah rendah.Tahun 1-3,..namanya Yahya..aq panggil dia Yaya jak..hihi..ceria,mcm xda masalah jak kalo ma dia ni..happy semacam..mana2x pun mesti bersama...ngam lagi sekampung..nah..tp aq sesal..time Darjah 3,dia dtimpa kemalangan...time tu masa rehat..kami sekelas makan d bawah tangki..xtau napa perasaan ku x baik,so aq balik awal pi kelas..tp aq x sedap hati juak tinggalkn yaya sendiri d sana..so aq patah balik..then datangla satu kawan(x ingat sapa sdh)kata Yaya dtindis tangki...first time aq menangis untuk sahabat..slepas tu,aq dengar dia ma family pindah p KK..aq putus khabar ma dia sdh...smpaila skrg.
Farhan Nizam Bin Fauzi..aq masih ingat lg full name mu.haha..aq harap ko masih ingat ma aq..aq rindu ko..kenangan2x time mengurat,aq xle lupa soma tu...kenangan kita menempuh UPSR bersama masih
tersemat d kalbu ku..cuma aq kesal sbb aq sdh buat silap ma ko..aq abaikan ko lps aq tukar skul pi kinabutan..silapku tu..aq harap kita boleh berjumpa lagi..)
Kawan......aq hargai kawan ....hadir sentiasa menceriakan hari hariku yg sentiasa suram..amat bermakna sekali jika mereka boleh membuatkan aq tertawa....
Namun, ssetengah kawan&sahabat biasanya akan menjadi watak antagonis dalam setiap hidup insan....Aq pernah hadapi.,,alami,,peritnya bila kawan&sahabat mula memainkan peranan sebagai penganggu gugat keharmonian hati dan fikiran...
bermuka muka,elok paras,manis senyuman,,.semuanya lakonan semata untuk mengaburi mata hati kita... benar kata pepatah,..air yg tenang jgn dduga....cuma apa yg pasti...kita perlu berhati2x memilih kawan&sahabat.....
14 October 2010
KaWan&SahaBat
Ada pula yang menghadapi masalah dalam mencari kawan dan hubungan itu sendiri. Kadang-kadang apabila kita berbuat baik kepada kawan, tidak pernah langsung diendahkan dan dihargai. Ada pula yang menikam dari belakang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Kawan jenis ini tidak berkualiti.
Semua orang ada kawan. Semua orang juga boleh menjadi kawan. Namun, bolehkah kita menjadi seorang kawan yang baik? Seorang kawan yang membantu kawannya yang lain tatkala dalam kesusahan.
Ada orang kata, kawan yang baik adalah yang meneman di saat tawa dan tangis. Benar sama sekali. Itu adalah kawan yang sejati. Itu adalah sahabat. Orang yang boleh kita harapkan dalam apa jua keadaan. Teman tempat untuk meluahkan segala perasaan, isi hati yang terpendam dalam ruang yang tersembunyi.
Setiap daripada kita boleh menjadi kawan sejati. Bukan kawan rapat, tetapi kawan yang sejati. Berkualiti. Namun sudah tentunya tidak semua orang yang memilih perkara sedemikian. Bila kawan ditimpa kesusahan, masing-masing hilangkan diri. Bila kawan tidak sealiran, tidak mahu bersantai bersama dan rasa malas hendak berbicara.
Bukanlah susah menjadi seorang kawan sejati. Kawan yang berkualiti dan ikhlas didalam perhubungan tersebut. Mari kita renungkan diri;
Adakah anda seorang kawan sejati?
Posted by
Unknown
No comments:
Subscribe to:
Posts (Atom)