22 June 2012

Cara Nak Halau Roomate Paling Dibenci



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia...


Anda seorang pelajar/mahasiswa/mahasiswi???..Adakah anda berpengalaman sebilik dengan rakan yang bolehlah dikategorikan manusia paling haprak/sengal/menyampah tahap infinity di dunia ni???...ataupun sekarang ini anda sedang mengalami keadaan seperti ini??..


bah..
Entri ni dikongsi khas buat kamu yang sedang menderita dengan rommate kamu tu..Baca-bacalah mana tahu ada yang mampu dilakukan dan berkesan..






17 CARA NAK HALAU ROOMATE PALING DIBENCI 


1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang kau dan bagitau kat roommate kau nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg kau & pegi tidor.


2. Setiap kali roommate kau balik, jerit sekuat hati” horee…kau dah balik”. Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia “Sepatutnya kau dah belah dah skrg”.

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 ” Tolong, kat mana aku berada ni?” dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kau kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan kau. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata “Dah merebak- dah merebak”

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap “Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi” sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate kau sambil berkata “Tak lama lagi…tak lama lagi”…

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, “Siot betul, kalah lagi”

8. Setiap kali roommate kau balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat “Horee…”. bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap “Selamat Datang ke McDonald. Booleh saya ambil pesanan anda…” Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata “Eh, kau rupanya…”

10. Kata kat roommate kau “Ada pesanan penting untuk kau”. Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap kau dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap “Eh…aku dah ingat”. Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate kau balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate kau bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate kau suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw kau perlu ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah kau. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate kau hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate kau.

14. Bila roommate kau tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate kau dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam kau tengah tengok wayang.

16. Masa roommate kau tiada, ambil deodoran dia/kau. Lepas tu sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate kau ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate kau sambil berkata “Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la…Macam teknik rebonding…”. Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.




Mr.Sasube; Kalau rasa dah cukup ilmu dan puas hidup di dunia..bha korang cuba lah cara-cara di atas...kehkehkehkeh..



19 June 2012

Garam Paling ORGANik di Dunia.



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia

Hari ni aku nak kongsikan tentang satu bahan,yang aku rasakan paling ORGANik di dunia ini..kenapa aku rasakan sebegitu.??? Sebab bahan ini berasaskan bahan terhasil dari ORGAN manusia itu sendiri..
Sebenarnya benda ni dah lama aku tahu,cuma baru sekarang terfikir nak kongsi dengan pembaca setia blog ni..kuikuikui..ada ka juga pembaca setia blog hambur ni..bha jom baca lah artikel copy paste di bawah ni:

GARAM DARI AIRMATA MANUSIA




Salt Made From Tears adalah jenis garam berperisa yang kononnya diperbuat dari air mata manusia. Garam2 ini dijual oleh Hoxton Street Monster Supply di London. Kedai ini adalah sebahagian daripada Ministry Of Stories, merupakan pusat penulisan kanak2. Salt Made From Tears telah dibangunkan oleh Studio WeaveHalen Mon, dan We Made This.


Garam itu diambil dari manusia yang mengalami pelbagai emosi, dan dalam pelbagai situasi. Korang boleh mengambil garam yang dibuat dari; air mata kesedihan, air mata turun semasa bersin, air mata turun sewaktu mencincang bawang, air mata ketawa dan air mata kemarahan. Masing-masing mempunyai rasa yang berbeza. Garam yang dibuat dari air mata kesedihan mempunyai rasa yang sehalus lavender, sempurna untuk dijadikan perasa bahan2 mentah yang terdiri daripada organ2 dan bahagian haiwan.






Mr.Sasube: Kalau nampak dari gambar,macam keropok pun ada..kehkehkeh..sayangnya tiada tanda halal dan bukan produk yang senang didapati,jadi tak dapat nak rasa..Lepas ni mungkin akan ada perasa dari liur manusia,kalau sudah tahap gila gaban tu mungkin garam dari kencing manusia pun ada..nantikan saja...hikhikhik....


18 June 2012

Single Baru Najwa Latiff- AdaMU(Lirik dan Video)


Assalamualaikum dan salam 1Malaysia






Dikhabarkan,Sempena bulan Ramadhan akan datang, Najwa Latif akan keluarkan single terbaru bertajuk AdaMU.Macam lagu sebelum ni,lagu yang simple dan mesra pendengar.. Nak dengar sikit lagu tu macam mana? Jom tonton video ini.




Lirik Lagu AdaMu - Najwa Latif

Hooo.. Woooo...
Hoooooo... Ouuuuuu..

Merenung ke luar jendela,
melihat kebesarannya..

Mensyukuri segala nikmat,
yang dikurniakan di dunia..

Kau berikan ku kekuatan,
Tuk berpegang pada jalan..

Walau penuh dengan cabaran,
Ku tahu ku adaMu tuhan..





Full song, coming soon! (>___<)



17 June 2012

Punca Aset Kekayaan Sultan Johor



Sultan Sir Ibrahim menunggang kuda.




Sultan Johor kedua, Sultan Sir Ibrahim adalah seorang Sultan yang mempunyai kekayaan peribadi yang terlalu banyak. Walaupun menjadi antara manusia terkaya di dunia pada zaman itu, baginda juga terkenal kerana kemurahan hatinya dengan menghulurkan bantuan dengan tangan terbuka. 

Di Tanah Melayu tahun 1927, baginda mendermakan $25,000 setiap satu kepada Perak, Pahang, Kelantan, dan Terengganu untuk usaha-usaha bantuan banjir yang keseluruhan berjumlah $100,000.Baginda dan kerajaan Johor pernah menderma 16 pesawat kepada pihak British semasa Perang Dunia I dan menderma AS $12 juta kepada usaha perang British semasa Perang Dunia II.


Dengan bantuan kewangan daripada baginda, Britain menggunakan sebahagian daripada wang itu untuk memasang tiga senjata api (The Monster Guns) berukuran 15-inci yang terbesar di luar Britain yang dikenali sebagai Johor Battery di Changi untuk pertahanan Singapura pada masa itu.Fasa pemerintahan baginda adalah satu kebanggaan bagi Johor.
SUMBER

Penyokong Pelik dan Unik di Euro 2012





Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

Sebelum ini dalam entri Ragam Gadis Bola di Euro 2012,korang dapat lihat betapa fanatiknya gadis-gadis yang berada di dalam stadium bagi menyokong negara masing-masing..

Dalam entri ini pula saya soroti beberapa penyokong yang bolehlah dianggap pelik dan unik ketika perlawanan Euro 2012 berlangsung..jom zoom in gambar-gambar dibawah:



PENYOKONG SEPANYOL
Kacukan Zorro dan Spiderman,,ada kelaassss...


PENYOKONG IRELAND
Ni kalau peminat Harry Potter nampak konfom nak minta sign..



PENYOKONG JERMAN
Ni rambut palsu atau penyapu rumah ni..Kreatif gaya Trojan terserlah dengan warna rambut yang sepadan dengan bendera negaranya..


PENYOKONG RUSIA
Ok kaca mata @ google yang dia pakai ni memang pertama kali aku nampak.
jempol unik...


PENYOKONG POLAND
JOKER versi Poland..Batman nampak pasti terkejut besarr ni...


PENYOKONG UKRAINE
Aku lupa dengan kartun ni,tapi kaca mata yang dipakai ni memang MEGA BESAR jo..
terbaikkk punya...


PENYOKONG  SWEDEN
Sekali imbas,aku sangka ahli gusti John Cena..Fikir balik takkan lah John Cena nak pakai baju kakak dia kan..kehkehkeh


PENYOKONG ITALI
Nak tiru gaya Alleycats dan Hafiz la tuuuee..

PENYOKONG GREECE
Wow,Alexander the Great bangkit kembali...

Pernah nampak di tv entah rancangan kartun apa..


SUMBER

MR.Sasube: Greece dan Republik Czech dah layak ke suku akhir.Malam ni penentuan kumpulan B pula,antara Jerman,Portugal,Denmark dan Belanda,siapa yang bakal ke suku akhir..Pertembungan kali ini menarik kerana semua pasukan memerlukan kemenangan,apatahlagi Belanda yang mengharapkan keajaiban dan berharap Jerman mampu menundukKan  Denmark..

Bagi aku,Jerman tetap menang dan bakal ke Final..Go  GERMAN!!!..


14 June 2012

Ragam Gadis Bola di Euro 2012



Assalamualaikum dan salam 1Malaysia !


Demam bola sepak kembali!!..Mungkin agak terlewat ucapan itu setelah hampir 6 hari Europa Cup 2012 berlangsung..Tapi,seperti biasa,ada aku kisah. >_^!...

Okey setelah sekian lama mood blogging menghilang,aku nak berkongsi gambar ragam gadis-gadis yang meminati bola sepak,yang paling gempak di stadium-stadium utama berlangsungnya Euro 2012..

Jangan korang fikir lelaki ja yang mengalami demam bola ni,perempuan pun 2x5 sama seja bhaiii...kehkehkeh..bha jadi zoom in seja gambar-gambar dibawah ni ya...



Penyokong England

Penyokong Sepanyol

Penyokong Poland

Penyokong Itali

Penyokong Greece

Penyokong Republik Czech



Namun disebalik wajah-wajah dan ragam ceria gadis-gadis bola ni,ada juga yang tidak menyenangkan hati bila kita dihiburkan dengan beberapa kejadian seperti pergaduhan penyokong dan kutukan berbaur perkauman..

Apapun,aku masih lagi tersenyum lebar sebab team yang aku sokong yang aku sokong iaitu JERMAN telah menang pada perlawanan pertama..keh3..

SUMBER



07 June 2012

Aneh!Anak Lembu Mirip Manusia


Assalamualaikum,salam sejahtera....
Sebentar tadi aku ada terbaca sebuah artikel yang menarik untuk dikongsikan bersama..Mungkin rasa itu terbit selepas melihat fenomena yang jarang berlaku,seperti kalian sedia maklum,fenomena gerhana bulan separa dan fenomena planet Zuhrah melintasi Matahari..sudah makin banyak kejadian pelik yang berlaku kini..jadi beringat-ingatlah...subhanallah..





Subhanallah! Anak Lembu Mirip Manusia

Seekor lembu telah melahirkan anaknya dan peristiwa itu telah mengejutkan penduduk di Desa Nyakaban Timur, Kecamatan Batang-Batang Sumenep, MaduraIa adalah disebabkan lembu peliktersebut telah melahirkan anaknya dalam bentuk fizikial mirip manusia. Anak lembu itu lahir tanpa bulu dan mirip kulit bayi


Kepala dan muka bayi lembu pelik itu pun bulat mirip manusia, bahkan dua kaki depan posisinya seperti lengan manusia. Anak lembu ini lahir tidak normal dan ketika lahir mempunyai berat 2 kg dan panjang 50 cm.
Namun sayangnya, anak lembu pelik ini hanya mampu bertahan hidup selama 17 minit. Uniknya, sang pemilik, Rasuki, mengaku akan menguburkannya seperti manusia dengan memberi kain kafan.
Rasuki menjelaskan selama 10 tahun memelihara lembu tersebut, tidak ada yang aneh yang ditemukan selama ini. 6 anak lembu sebelumnya lahir normal dan tidak ada yang pelik. “Baru kali ini terlihat aneh dan saya terkejut,” ungkapnya.
Sebelum anak lembu in lahir, Rasuki mengaku bermimpi pelik. “Ternyata, lembu saya lahir mirip manusia. Ini akan mendatangkan rezeki baik,” jelas Rasuki.

SUMBER

03 June 2012

Perpindahan Pemain Eropah Paling Dinanti Musim 2012-2013



Selepas berakhirnya liga bola sepak Eropah musim 2011-2012,kini Euro 2012 semakin hampir untuk menggamatkan peminat sukan bola sepak dunia..Namun demam Euro tidaklah sehangat berita perpindahan pemain Eropah yang paling ditunggu-tunggu untuk mengharungi liga-liga utama negara Eropah musim 2012-2013..Berikut 12 senarai perpindahan paling sensasi untuk musim 2012-2013..




1. Eden Hazard (Lille dan Belgium)
-Manchester City dan Manchester United masing-masing berminat namun akhirnya Eden memilih Chelsea dengan nilai perpindahan






2. Fernando Torres (Chelsea dan Sepanyol)
-Dikhabarkan akan kembali ke kelab lama,Athetico Madrid..Terlalu awal untuk diperkatakan namun Torres menyatakan kariernya di Stamford Bridge akan berakhir.







3. Edinson Cavani (Napoli dan Uruguay)
- Dikatakan akan ke Chelsea untuk menggantikan Drogba,jika Drogba meneruskan hasratnya untuk berhijrah..Menyerlah musim ini apabila membantu Napoli memenangi Piala Itali sejak 1987




4. Robin van Persie (Arsenal dan Belanda)
-Manchester City berminat dan sanggup membayar sejumlah £45m.Persie juga dikaitkan dengan perpindahan ke Barcelona dan Juventus




5. Hulk (Porto dan Brazil)
-Target Chelsea dan Paris St-Germain.Masih dalam kontrak besar £80m namun mungkin akan menerima tawaran di Portugis dengan nilai £60m




6.Didier Drogba (Chelsea dan Ivory Coast)
-Target ke Shanghai Shenhua.Dikhabarkan bakal menyertai bekas rakan sepasukan beraksi di Liga Super China




7. Gonzalo Higuain (Real Madrid dan Argentina)
-Chelsea mengemukakan tawaran  perpindahan £35m setelah Higuian gagal mendapat tempat kesebelasan utama di Real Madrid.Namun Higuain berkata dia tidak berminat untuk berpindah.




8.Radamel Falcao (Atletico Madrid dan Colombia)
-target:Chelsea dengan nilai perpindahan  £50m sebagai penyerang




9. Fernando Llorente (Athletico Bilbao dan Sepanyol)
-Manchester City berminta dengan  £35m buy-out clausa perpindahan




10. Luka Modric (Tottenham Hotspurs dan Croatia)
- Chelsea,Man.City,Man United dan Real Madrid selepas Spurs gagal memujuk Modric untuk kekal




11. Loic Remy (Marseille dan Perancis)
-Pengganti Luka Modric sebagai penyerang di Tonttenham.




12. Christian Eriksen (Ajax dan Denmark)
-Target: Arsenal