12 April 2012

Si Nakal Maisarah Amira



Assalamualaikum,salam bahagia...

Hari ini seluruh dunia seklai lagi digemparkan dengan gempa bumi kuat 8.7 pada skala Ritcher..Gegaran ini juga turut dirasai di bahagia pantai barat semenanjung Malaysia dan beberapa negeri di utara Malaysia..Amaran tsunami telah dikeluarkan,namun alhamdulillah telah ditarik balik sekitar jam 10.00pm..Harap-harap semuanya baik-baik saja..

Okey sebenarnya post ni sudah lama aku nak buat,sejak tanggal 7/4 tempoh hari..namun disebabkan tiada mood untuk berblogging,so aku aku simpan sehingga la sekarang..nak cerita sikit pasal anak buah aku ni,yang semakin nakal semenjak berusia 3 bulan..dia lahir tanggal 7/1/2012,sama dengan haribulan ibunya,yakni kakak kandung aku..

Aku masih ingat lagi,3 bulan yang lalu,kakak aku ni sebenarnya sudah lewat dari jangkaan untuk bersalin,so bila  sampai di hospital,dan diperiksa oleh doktor,kakak aku terpaksa dibedah kerana 'baby tu berada di bahagian atas'',mean baby tak boleh keluar la even sudah mengejam..so time tu huru-hara juga la mahu inform dengan abang ipar aku yang sedang kerja..takpa..aku kan adik mithali..ahaksss...

Alhamdulillah kakak aku dan Maisarah Amira selamat..Masa lihat si Maisarah Amira sewaktu baru keluar dari bilik pembedahan tu,aku rasa cukup gembira,macam mau menangis pun ada..even aku bukan ayah dia..Aku dapat seorang anak buah yang sungguh comel !!!..Entah bagaimana perasaan aku suatu hari nanti,bila aku akan bergelar ayah kepada seorang bayi..kali melompat kegirangan...ahakss..macam tak sabar pula nak jadi seorang ayah..InsyaAllah suatu hari nanti..




sewaktu baru lahir..curi-curi tangkap dari wad bersalin..ahakss


Apapun,tugas seorang ibu dan seorang bapa itu bukanlah semudah yang difikirkan..semenjak lahir lagi,anak perlu dijaga rapi,kena sentiasa peka dengan keadaan bayi,susu,keadaan lampin,mandi dan tidur bayi..perlu perhatian yang secukupnya..cuba bayangkan,semenjak lahir lagi kita telah menyusahkan ibu dan bapa,yang telah berusaha menjaga keperluan kita sepanjang masa..

adakah pengorbanan itu sesuatu yang boleh dibayar dengan wang ringgit???..tentu sekali tidak..malah sepanjang hayat pun,kita tidak akan mampu membayar segala pengorbanan yang telah diberikan oleh ibu-bapa yang telah melahirkan,menjaga dan mengasuh kita untuk menjadi seseorang yang berguna di masa depan..

Aku mau sambung lagi ceramah aku ni tapi macam lari tajuk sudah bha kan..haha..bha lain kali la aku sambung ni ceramah arr...Mau beritau seja anak buah aku yang dulunya diam-diam ni sudah nakal,sudah pandai bad mood..tapi nasib baik juga tidak cerewet tengah malam buta..nasib baik sebab aku sebelah bilik seja dengan si Maisarah Amira ni..semoga anak buah aku ni menjadi insan yang cemerlang di masa depannya nanti..InsyaAllah..Aminn....



setelah 3 bulan..alolololololo...

Mr.Sasube:Bila la aku nak beristeri ni..hahaha!!!..tipu la kalau tak jeles dengan rakan-rakan yang sudah berbahagia bersama dengan pasangan masing-masing..apalagi yang sudah ada zuriat..perghhhh...jodoh tak kemana juga tu..kihkihkih...









2 comments:

hazz death said...

comel lak anak buah ko tu bro.. hoho.. anda bila lagi?.. sedia2 la tabungan anda awal2 lagi k?.. hoho

hairyeda said...

gila.. cutenya... kirim salam la anak buah kauu