01 March 2013

Inikah Punca Sebenar Pencerobohan di Lahad Datu?




Inikah Punca Sebenar Pencerobohan di Lahad Datu?

Filipina sedang sedang mencari siapa yang sebenarnya mengirimkan ratusan orang Sulu ke Lahad Datu, Sabah.

Ini kerana, biaya untuk menyewa kapal feri demi mengirimkan mereka tidak murah, kata Presiden Benigno Aquino.

“Kami diberitahu ada dana besar yang membiayai mereka dari Tawi-Tawi ke Sabah. Dari mana dana itu? Dari siapa?” katanya seperti dilapor viva.co.id hari ini.


Beliau juga mempersoalkan kesahihan Jamalul Kiram III sebagai pewaris Kesultanan Sulu yang sah.


Menurutnya, pemimpin Sulu sekarang ini bukanlah keturunan langsung Sultan Sulu yang diakui Filipina pada 1974, iaitu Esmail Kiram I.


Ismael tidak memiliki keturunan sehingga kematiannya dan takhta diturunkan kepada orang lain. Kerajaan Filipina tidak mengakui kepimpinan Sultan Jamalul sebagai pewaris Sulu dan mengatakan seharusnya yang memimpin ketika ini adalah Esmail Kiram II, adik dari Esmail Kiram I.


Namun Esmail II mengatakan bahawa dia bukanlah pewaris, melainkan putera mahkota atau dalam bahasa Sulu disebut “sultan bantilan”. Ismael II juga mengatakan bahawa Jamalul adalah Sultan Sulu dan penguasa Palawan dan Sabah sejak waktu itu.


“Sejauh yang keluarga kami ketahui, Jamalul adalah pewaris Sultan,” kata Esmail.
Dengan menunjukkan gambar riwayat keturunan Kesultanan Sulu, Aquino menegaskan bahawa Sultan Sulu sekarang iaitu Jamalul Kiram III, memiliki keturunan yang sangat jauh dari jawatan pemimpin.


Kajian kerajaan Filipina menunjukkan, Jamalul Kiram III adalah saudara jauh kepada Sultan Mawallil Wasit, adik Esmail II.


“Inilah persoalan yang pertama kali muncul, siapa yang seharusnya mewakili Kesultanan Sulu?” kata Aquino.


Kerajaan Filipina juga sedang mengkaji dua dokumen mengenai sewa Sabah oleh Kesultanan Sulu kepada syarikat British North Borneo Co. tahun 1878 yang kemudian diambil alih Malaysia tahun 1960 an


Cuba fikir secara logik akal,pihak mana yang untung dan pihak mana yang mendapat nama buruk hasil dari pergolakan yang tercetus di Lahad Datu ketika ini..pastinya ada pihak yang menjadi dalang bagi isu ini yang semestinya melibatkan kepentingan politik sendiri....MasyaAllah jika ia benar-benar melibatkan soal politik.

Bagaimana sekumpulan anggota yang menggelarkan diri mereka Tentera Diraja Kesultanan Sulu siap bersenjata boleh melolosi sempadan dan perairan negara kita tanpa bantuan dari mana-mana pihak..ya mungkin ada bantuan penduduk tempatan yang juga kaum kerabat mereka,sehingga mereka mampu bertahan sehingga 2 kali tangguhan rundingan damai dilakukan,namun masih enggan untuk berundur..

Dalam laporan rasmi media negara,difahamkan sekumpulan polis yang meronda telah bertemu dengan sekumpulan penceroboh dan mendakwa kumpulan penceroboh yang memulakan tembakan,berlainan dgn laporan media rasmi penceroboh yang mendakwa sebaliknya.

Berdoa kita agar konflik ini diselesaikan segera tanpa ada ramai yang terkorban..Takziah buat anggota keluarga pejuang negara yang terkorban.Jasamu tetap dikenang..Al-Fatihah

#TERKINI,dilaporkan 3 anggota pertahanan Malaysia telah meninggal dunia manakala 5 orang lagi cedera.di pihak penceroboh pula,12 orang meninggal dunia..MasyaAllah,Islam sesama Islam berbunuhan angkara

#Perkembangan di Lahad Datu, Sabah:

Pegawai Yang Terkorban
-INSP ZULKIFLI BIN MAMAT
-KPL SABARUDDIN BIN DAUD
-KPL AZMAN BIN AMPONG

Pegawai Cedera/Cedera Parah
-KPL MOHD TARMIZI BIN HASHIM
-KPL MOHD QAIYUM AFZAL BIN ZULKIFLI




No comments: