06 October 2011

Steve Jobs Meninggal Dunia


Steve Jobs passed away


Apple Inc. mengumumkan bahawa
pengasas kepada syarikat gergasi komputer dan teknologi maklumat itu
STEVE JOBS telah meninggal dunia hari ini.

Beliau meninggal dunia pada usia 56 tahun disebabkan penyakit kanser
pankreas yang telah dihidapinya sekian lama

"Apple has lost a visionary and creative genius,
and world has lost an amazing human being"
                                                                                      said my friend:Herleena Liz

                                                           sumber:berita harian online

im already miss my lappy..


#nota rahsia

Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama..
tapi Steve Jobs ni pelik,bukan sahaja nama,
tetapi dia tinggalkan Iphone4 untuk aku guna
setiap hari..huhhayyyy...
harap-harap mendiang tak datang tuntut balik..hihi

03 October 2011

Ini baru SUPERKID!!!

wanna eat?? its test like choc biscuit..umppphh delicous...


Dunia semakin pelik...argghhhhhh....
Korang nak percaya atau tidak,itu hal korang la..
tapi senario ini benar-benar terjadi dalam dunia realiti..
OMG...aku sangka ini adalah khayalan dunia animasi sahaja..

Nama budak SUPERKID ini  ialah Natalie Hayhurst.
Usianya baru mencecah 3 tahun,namun telah menghidap satu penyakit
yang amat kronik,iaitu SANGAT berselera terhadap objek yg tidak boleh dimakan.
Dia PERNAH HAMPIR MATI kerana memakan mentol lampu
yang dicabutnya di bilik tidurnya..Apa yang menakjubkan,makanan kegemarannya ialah
BATU dan KAYU.!!!
Korang bayangkan bagaimana anak buah korang makan keropok @ biskut
kegemaran mereka,begitu juga dengan Natalie Hayhurst.
Budak ni memakan batu dan kayu seperti memakan biskut sahaja..
Dasyhat atau tak,korang fikirla sendiri...

Kata doktor...
Natalie menghidap PICA,sejenis penyakit yang membuka selera penghidapnya
terhadap bahan yang tidak berzat..
(ni la masalahnya kalau doktor banyak fikir,yang tiada pun diadakan)..

Budak ni sangat la sesuai jika dihantar ke Somalia..
tak perlu nak beri makanan yang berzat..cukup bagi batu sama kayu je la..
Kanak-kanak di Somalia kebuluran nak makan makanan yang berzat..
 berbeza  dengan budak ni pulak..

nota rahsia:
Jangan tegah anak/anak saudara/anak sepupu/anak jiran/anak sesiapapun
memakan makanan kegemaran mereka..
jika tak mereka mungkin akan menangis..
(ehh ini pun masuk kategori rahsia ke)..
hakhakhakhakhak...



Info Minda #2



7 info minda hari untuk hari ini








1. Jambu Batu

-Jambu Batu amat mudah diperoleh di negara ini dan harganya murah
-Tapi tahukah anda buah jambu batu mempunyai 5 kali lebih banyak 
Vitamin C berbanding oren..




2. Mahatma Gandhi
-Seramai 300,000 pelakon tambahan digunakan untuk babak pengebumian dalam filem Gandhi..
-Tapi tahukah anda ia hanya mengambil masa selama 2 minit untuk ditayangkan
(menggambarkan betapa hebat pengaruh beliau)





3. Burung Hantu

-Burung hantu merupakan haiwan yang unik dan istimewa kerana dapat melihat dengan baik dalam cahaya yang kurang serta boleh melihat warna biru.
-Tapi tahukah anda  burung ini mengalami rabun dekat,iaitu tidak dapat melihat dengan jelas apa-apa yang berada betul-betul dihadapannya



4. Ikan Paus Biru

-Ikan Paus Biru(balaenoptera musculus) merupakan haiwan terbesar yang wujud pada masa kini,dengan panjang melebihi 33 meter dan berat lebih 181 tan metrik..
-Dan tahukah anda ikan paus biru memiliki suara yang sangat keras iaitu setinggi 188 desibel,lebih tinggi daripada bunyi enjin motorsikal Harley Davidson..




5. Bill Gates
-Rumah yang dibeli jutawan Microsoft ini berhampiran Seattle,Amerika Syarikat menelan kos RM 200 juta dan dilengkapi peralatan elektronik canggih..
-Bill Gates pernah berlakon dalam sebuah filem iaitu Waiting For Superman







6. Hong Kong

-Hong Kong memiliki lebih 7500 bangunan pencakar langit,jauh lebih banyak daripada 

New York di Amerika Syarikat..
-Namun Hong Kong masih dilaporkan sebagai salah sebuah bandar yang ''paling hijau'' di Asia.







7. Koala


-Koala adalah spesies haiwan unik di Australia.Ia mudah membiak dan jumlahnya di Selatan Australia ialah 50,000 ekor.
-Koala tidak perlu meneguk air untuk minum,kerana ia mendapat sumber air daripada daun elcalyptus yang dimakannya..

Apa tenguk-tenguk arrr??teda kerja lain ka??Pi tidurla...
hakhakhak...




01 October 2011

Review Windows 8:Bagus ka??

Dua minggu lalu, Microsoft melancarkan Developer Preview untuk Windows 8 di persidangan pemaju BUILD. Sebagaimana namanya, Developer Preview ialah untuk pemaju-pemaju untuk mendapat tahu persekitaran dan struktur Windows 8 dan membina aplikasi dan perisian untuk sistem operasi (OS) Microsoft berikutnya.

Jadi, apa yang baru dalam Windows 8?



1. Metro User Interface (UI)

Secara teknikal, ini bukanlah sesuatu yang baru kerana Metro UI mula-mula diperkenalkan dalam Windows Phone 7. Ramai orang yang sangat menyukainya, pemaju-pemaju memutuskan melaksanakannya dalam Windows 8. Tambahan juga, Microsoft menyasarkan untuk satu OS untuk semua yang bermaksud Windows 8 akan dapat beroperasi pada komputer peribadi (PC) dan komputer tablet.

Pada skrin Start yang menggunakan Metro UI, Microsoft telah menyediakan semua live apps seperti Weather, Tweet@rama dan Sudoku. Anda boleh buat mengubah tiles (menukar saiz, mengatur semula dan menambah) malah buang apps dengan satu klik kanan. Metro UI benar-benar kelihatan cantik dan kemas dengan tiles disusun dengan rapi pada satu skrin mengufuk. Tetapi saya tidak faham mengapa Microsoft menggunakan Metro UI untuk menggantikan Start Menu.






Ya, tiada lagi Windows Start Menu klasik. Bila anda menekan kunci Windows pada papan kekunci anda, Metro  UI akan muncul. Bila anda menggerakkan penunjuk tetikus pada sudut bawah kiri (di mana butang Start berada), satu menu Start yang telah dikurangkan dengan empat pilihan akan muncul - Search, Share, Devices dan Settings



Mana butang shut down?

Ia terletak di bawah Settings. Jadi, setiap kali anda mahu menutup PC anda, daripada dua klik pada Windows 7, anda perlu menggerakkan kursor anda dengan tepat ke sudut bawah kiri skrin (yang semoga akan membuka Start Menu), klik Settings kemudian Power dan akhirnya Shut down. Mengapa susah sangat nak tutup Windows 8, Microsoft? Saya rasa pelancaran peluru berpandu nuklear Korea Utara tidak sesusah ini.



Tetapi sakit kepala anda akan berterusan apabila anda mahu mencari program Windows (Paint, Notepad, Disk Defragmenter dan lain-lain.). Memandangkan Start Menu baru telah membuang senarai All Programs, anda perlu mencari aplikasi dan perisian pada PC anda. 

Kesemua aplikasi dan program-program anda boleh didapati pada PC anda di Search>Apps. Saya mencadangkan meletakkan kesemua aplikasi anda yang kerap digunakan pada skrin Start (ia akan menjimatkan anda banyak masa). Tiada masalah mencari program yang baru dipasang kerana ia secara automatik akan muncul pada skrin Start.




2. Ribbon UI



Mula-mula diperkenalkan dalam Office 2007, Microsoft telah memutuskan untuk menyepadukan Ribbon UI ke dalam Windows Explorer. Satu langkah yang baik kerana Ribbon UI membuat perubahan seting dan ciri-ciri kelihatan mudah dan terancang. Sesetengah orang tidak sukanya kerana ia mengambil sedikit ruang pada skrin atas anda. Tetapi anda boleh meminimumkan dan melihatnya apabila perlu.

3. Picture password

Ini adalah mungkin jalan paling hebat untuk memastikan keselamatan PC anda dan tablet. Saya pasti semua orang biasa dengan gerakan swipe untuk membuka srkin kunci alat anda. Pada Windows 8, pemaju-pemaju telah pergi selangkah seterusnya dengan Picture password. Apa yang anda perlu lakukan ialah memilih sebarang gambar kesukaan anda dan wujudkan satu kombinasi gerakan tap, garis lurus atau bulatan. Anda boleh menggabungkan sehingga tiga gerakan dengan sebarang saiz dan panjang gerakan.




4. Refresh & Reset

Pengguna telefon bimbit mungkin mendapati ciri-ciri ini sama seperti soft reset dan hard reset. Jika anda membuat Refresh pada Windows 8, anda boleh muat semula Windows tanpa menghilangkan fail peribadi anda. Ini ialah sebagaimana system restore pada Windows sebelumnya. Jika anda mahu memulihkan Windows kembali pada keadaan asalnya, anda boleh lakukan Reset. Tetapi berhati-hati, ini akan menghilangkan kesemua fail-fail anda. 

Jika anda tertanya-tanya apa agaknya keperluan peralatan untuk menggunakan Windows 8, anda tidak perlu bimbang. Jika PC anda dapat beroperasi dengan Windows 7, maka tidak ada masalah menggunakan Windows 8. Ia serasi dengan mana-mana perisian dan permainan video Windows 7. Jika difikirkan, Windows 8 kelihatan hampir serupa dengan Windows 7 (selain Metro UI, sudah tentu). 

Sila ingat, Windows 8 masih dalam peringkat pembangunan awalnya. Ia belum peringkat Beta lagi. Jadi, jika anda berasa berani dan mahu mencuba Windows 8, saya mencadangkan anda buat satu install bersih pada satu partition baru dan tidak upgrade dari Windows anda sekarang. Semoga Microsoft akan menyelesaikan isu menu Start. Saya tidak kisah menggunakan Start Menu klasik, selagi kesemua program saya boleh didapati dengan mudah
.


Jadi apa lagi,siapa yang berkenan hendak mencuba boleh mendapatkan Windows 8 dengan cara download link dibawah ini:

http://free-premiumsoftware.blogspot.com/2011/08/download-windows-8-pre-xtreme-edition.html

(download link)