02 February 2012

Password Anda Cukup Kuat? Fikirkan Semula!


Assalamualaikum dan salam muhibbah..





Beberapa hari yang lalu,ada seorang rakan mengadu tentang akaun fb beliau telah di hack oleh seseorang yang tidak dikenali..Sebenarnya tidak susah untuk mendapatkan akaun fb korang kembali,asalkan ingat dengan email yang digunakan ketika mendaftar untuk akaun fb.Cuma klik sahaja Forgot Pasword di Facebook dan check semula password asal di email..Mudah bukan...

Namun rakan ini juga tidak mengingati kata laluan email beliau.So maknanya kena buat akaun FB baru ja la.Memang sangat merugikan jika akaun FB anda telah di hack,apatahlagi jika anda memiliki akaun Says dan ChurpChurp yang saling berhubung dengan FB..$$$ kata GO!..Makanya kita semua kena berhati-hati dan mengambil berat soal kata laluan/password bagi mengelakkan di hack oleh seseorang yang berniat jahat.



Dalam bab kata laluan,ramai pengguna tidak menyedari bahawa mereka sering menggunakan kata laluan biasa yang mudah diteka.Tapi apa yang lebih membimbangkan,adalah penggunaan kata laluan yang sama untuk pelbagai akaun,seperti email,FB,g+,twitter,nuffnang,adverlets dan sebagainya.




Dengan serangan siber semakin meningkat setiap tahun, kita harus melakukan apa yang patut untuk melindungi maklumat peribadi dari terjerumus ke tangan yang salah. Dan langkah pertama ke arah ini bergantung pada kata laluan kita. Salah satu blog teknologi popular, Gizmodo bersetuju dengan ini malah mengisytiharkan 1 Februari sebagai “Change Your Password Day”.

Kesilapan pertama yang kerap dibuat apabila menaip kata laluan buat pertama kali ialah menggunakan kata laluan yang lemah. Saya tidak pasti sama ada ia disebabkan oleh kekurangan kreativiti atau hanya kemalasan yang membuat kita memilih kata laluan lemah. Beberapa contoh kata laluan yang kerap digunakan ialah “password”, “123456”, “abc123”, “qwerty” dan “letmein”. Sebahagian daripada anda mungkin ketawa tetapi ia tidak mengubah fakta yang ramai orang masih tidak mengambil kata laluan mereka dengan serius

Jadi soalan yang anda harus tanya diri anda, “Adakah kata laluan saya cukup kuat?”
Satu kata laluan yang kuat perlu mempunyai satu campuran abjad-abjad, nombor-nombor dan karakter-karakter khas. Beberapa laman web menilai kata laluan anda dan menentukan sama ada ia lemah atau kuat dengan menggunakan warna dengan merah sebagai 'lemah' dan hijau sebagai 'kuat'.


Berikut adalah satu cara mudah untuk mewujudkan kata laluan yang kuat.


Langkah 1: Pilih satu ungkapan biasa yang anda mudah ingat seperti “the cow jumped over the moon”.


Langkah 2: Ambil huruf awalan setiap perkataan dan jika boleh gantikan perkataan atau huruf yang kelihatan atau berbunyi seperti nombor. (Tcj0tm)


Langkah 3: Tambah karakter-karakter khas. (!Tcj0tm.)


Langkah 4: Anda boleh mengubah kata laluan anda mengikut satu akaun khusus seperti PayPal. (!Tcj0tm.PyPl)


Jika anda terlalu malas untuk mewujudkan kata laluan anda sendiri, terdapat banyak perisian percuma yang boleh melakukannya untuk anda. Satu pilihan yang amat popular ialah KeePass. Ia adalah pengurus kata laluan sumber terbuka yang membantu anda menguruskan kata laluan anda dalam satu cara yang terjamin. Anda boleh meletakkan semua kata laluan anda dalam satu pangkalan data yang mana dikunci dengan satu kunci induk atau satu fail kunci. Jadi anda hanya perlu ingat satu kata laluan induk tunggal atau memilih fail kunci untuk membuka seluruh pangkalan data.






Pangkalan data telah dikodkan menggunakan pertandaan algoritma selamat terkini dikenali (AES dan Twofish). Apa yang menarik ia boleh didapati di setiap platform termasuk Windows, Mac OS X, Android, iPhone malah BlackBerry. Dengan extension dan add-on, KeePass serasi dengan semua pelayar laman terbaik termasuk Chrome dan Firefox


Jika anda memiliki satu kata laluan unik untuk setiap akaun dalam talian anda, anda dinasihatkan agar menukar kata laluan secara kerap. Untuk sesetengah syarikat yang memiliki kepentingan yang besar, mandatori untuk kakitangan secara berkala mewujudkan kata laluan baru untuk profil mereka. Mereka melakukannya setiap dua bulan dan tidak boleh menggunakan semula kata laluan lama. Ia satu amalan yang baik kerana anda tidak tahu bila dan jika akaun anda telah dikompromi.


Keselamatan dalam talian ialah satu isu serius dan tidak patut dijadikan topik gurau senda. Anda mungkin tidak menyedari potensi ancaman sekarang tetapi janganlah menangis apabila anda diugut apabila muncul sekeping gambar bogel anda yang telah di ''superimpose'' dan digodam dari akaun Facebook atau bil kad kredit berjumlah ribuan ringgit dari laman-laman web dewasa. bermula Februari ini, mari kita semua menukar kata laluan kita dan melindungi identiti diri serta data berharga kita, jauh dari anasir-anasir yang berniat jahat!.



31 January 2012

Datuk Siti Nurhaliza Paling Seksi?

Datuk Siti Nurhaliza @ ajl 26


Dalam pada peminat juara Akademi Fantasia 7 (AF7), Hafiz Suip meraikan kegembiraan atas kemenangan penyanyi berambut kerinting itu menerusi Anugerah Juara lagu ke-26, malam tadi, peminat tegar penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin turut sama melonjak riang apabila penyanyi itu dinobatkan sebagai Penyanyi Solo Wanita Terbaik dalam Intuned Music Awards 2011.

Lebih membanggakan, menerusi kategori ini, Siti berjaya menewaskan nama-nama besar dari Indonesia, Agnes Monica termasuklah bintang Hollywood seperti Christina Aguilera dan Avril Lavigne. Tambah unik, anugerah yang dianjurkan portal yang menyampai cerita terkini artis seluruh dunia iaitu Ituned.com turut melayakan artis kegemaran rakyat Malaysia itu meraih anugerah Penyanyi Wanita Paling Seksi.

Menerusi anugerah yang undiannya dibuat secara online ini, pelatun lagu Biarlah Rahsia itu dicalonkan untuk enam kategori.
Selain menang dua kategori Penyanyi Wanita Seksi dan Penyanyi Solo Wanita Terbaik, Siti juga menyapu bersih empat kategori yang lain iaitu Artis/Band pilihan, Album Terbaik, Muzik Video Pilihan dan Penggunaan Media Sosial Terbaik.


Sungguhpun anugerah ini tidak berlangsung secara besar-besaran, pencapaian Siti amat membanggakan kerana dia mampu bersaing dengan nama-nama besar dari barat serta dari artis-artis K-Pop. Syabas dan tahniah diucapkan buat Siti Nurhaliza 


Keputusan Penuh Intuned Music Awards 2011

Album Sepanjang Tahun
Super Junior - Mr. Simple

Artis Sepanjang Tahun
Girls' Generation

Lagu Sepanjang Tahun
2NE1 - I Am The Best

Muzik Video Terbaik
Big Bang - Tonight

Lagu Runut Bunyi Terbaik
Baek Ji Young - That Woman

Vokal Lelaki Terbaik (Kumpulan)
2NE1 "Lonely"

Vokal Terbaik Dalam Persembahan (Solo)
IU

Artis Rap Terbaik
Leessang

Kumpulan Terbaik
C.N. BLUE

Artis Wanita Baru Terbaik
A Pink

Artis Lelaki Baru Terbaik
Huh Gak

Kumpulan Lelaki Terbaik
Super Junior

Artis Lelaki Terbaik
Kim Hyun Joong

Kumpulan Wanita Terbaik
Girls' Generation

Artis Wanita Terbaik
Baek Ji Young

Persembahan Tarian Terbaik Wanita
Miss A

Persembahan Tarian Terbaik Lelaki
BEAST

Persembahan Tarian Terbaik Solo
4minute's Hyuna

Stail Muzik Terbaik
Seo In Young

Artis Terbaik: China
Jang Zhang

Artis Asia Baru Terbaik
Aziatix

Artis Paling Hot: Japan
Koda Kumi

Artis Asia Solo Terbaik: China
Wei Chen

Anugerah IStimewa
YB

Artis Pilihan Singapura
Super Junior

Artis/Band pilihan
Siti Nurhaliza


Album Terbaik
Siti Nurhaliza (Fallin Love)

Muzik Video Pilihan
Siti Nurhaliza (Fallin Love)


Artis Wanita Solo Terbaik
Siti Nurhaliza


Penggunaan Media Sosial Terbaik
Siti Nurhaliza


Artis Wanita Paling Seksi
Siti Nurhaliza

# Agnes Monica pun boleh kalah dengan keseksian Datuk Siti..fuhh makin kembang la hidung Datuk K ni..hahaha



30 January 2012

Taj Mahal Mulai Senget!



Taj Mahal,salah satu dari tapak warisan sedunia yang diiktiraf UNESCO dilaporkan telah senget!Ia dikatakan berpunca daripada Sungai Yamuna, yang kekeringan air.


Keadaan itu sekaligus menjejaskan air bawah tanah dan memberi kesan kepada struktur menara berkenaan.Asas binaannya bergantung atas andas kayu jati yang tidak reput dalam air.Teknologi berkenaan menjadikan taj mahal kalis gempa. 

Semua menara berkenaan dibina di empat penjuru bagi mengimbangi berat bangunan ini.

Kajian Jabatan Alam Sekitar Universiti Agra juga mendakwa, fenomena yang sama turut menyebabkan keretakan.


Sejak tiga dekad lalu, salah satu menara berkenaan dilaporkan senget 3.57 sentimeter,bagaimanapun ia tidak menjejaskan struktur ketinggianya. 

Taj Mahal dibina oleh Maharaja Shah Jahan sebagai monumen peringatan untuk Mumtaz Mahal,isterinya yang kelima.Mula dibina pada tahun 1632 dan siap pada 1648

Cahaya Balada Kembali Gemilang di AJL 26

Berakhir sudah Anugerah Juara Lagu 26,anugerah yang ditunggu-tunggu sejak Disember lalu.Aku pastinya tidak melepaskan peluang menyaksikan anugerah kegemaranku ini secara LIVE dari kaca televisyen di rumahku..Apa yang pasti,penantian persoalanku lagu manakah yang dinobatkan menjadi juara bukanlah sesuatu yang merugikan..

najwa-cinta muka buku @ ajl 26

Sedikit hampa sebab Yuna yang mempertaruhkan 2 lagu hits,Penakut dan Gadis Semasa tidak berjaya menambat hati juri,namun persembahannya sebentar tadi unik dan tersendiri..Aizat juga berjaya menonjolkan persembahan yang bersahaja,bertemankan Alyah yang memukau dengan adegan patung bernyanyi yang sungguh romantis di hujung persembahan dengan kemunculan Remy Ishak...Sememangnya layak dianugerahkan Persembahan Terbaik AJL 26.

Yuna-Gadis Semasa @ ajl 26


Alyah-Kisah Hati @ ajl 26

Faizal Tahir yang sinonim bergandingan dengan Audi Mok dalam setiap karyanya masih lagi mengekalkan momentum kejayaan di AJL apabila berjaya mendapat tempat ke3 dengan persembahan ''Piano Terbakar'' yang sungguh mengejutkan..Trio Beribu Sesalan sebagai penutup lagu yang bertanding mempamerkan alunan suara yang begitu seimbang antara 3 penyanyi yang memiliki tone yang berbeza,Sheila Hamzah,Ning Baizura dan Jacklyn Viktor..Jadi tidak mengejutkan bila mereka berjaya merangkul Tempat ke-2 AJL 26.


Faizal Tahir-Karma @ ajl 26

Hafiz,berimejkan budak kampung dengan tema persembahan kesinambungan video klip rasmi lagu Awan Nano mengegarkan Stadium Putra Bukit Jalil dan setiap ruang rumah penonton dengan lontaran vokal yang mengetarkan jiwa,disulami dengan penghayatan yang superb,membolehkan beliau merangkul Anugerah Vokal Terbaik AJL26..Lagu ciptaan Datuk Sifu M.Nasir dan lirik oleh Budi Hekayat ini juga sekali lagi mengejutkan ramai pihak apabila dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AJL 26,menyingkirkan lagu Sedetik Lebih dan Penakut yang diramalkan ramai pihak sebagai pemenang utama AJL kali ini..


antara elemen persembahan lagu Aizat-Sungai Lui @ ajl 26



Akhirnya AJL 26 kali ini berjaya menguburkan kehebatan  muzik Indie selama 5 tahun di pentas AJL apabila kesemua pemenang lagu terbaik kali ini adalah bergenrekan Balada..
Sememangnya lagu berunsur Indie kali ini hebat-hebat belaka,apatahlagi apabila Datuk M.Nasir sendiri mengakui kehebatan barisan anak muda yang bertanding pada ucapan penganugerahan sebentar tadi,membayangkan masa depan muzik Indie bakal lebih cemerlang pada masa hadapan..Jangan dilupa Datuk M.Nasir adalah ketua juri AJL25,dimana beliau mengangkat lagu Tolong Ingatkan Aku-Anna Raffali sebagai Lagu Terbaik AJL25.

Apapun,segalanya sudah muktamad..AJL 26 kali ini sememangnya yang terbaik sejak penganjurannya.Lihat sahaja pentas AJL 26 yang begitu gah dengan cahaya lampu,yang separuhnya ibarat bintang di langit.Teknik pengacaraan juga lancar dan rapi oleh Faizal Ismail bergandingan dengan Cherly Samad..Akhirnya muzik genre Balada terbukti masih mengegar,disebalik kehebatan  muzik Indie..Tahniah kepada semua pemenang..

AJL 26 terbaik!!


Lagu Terbaik AJL 26

Korang boleh terjah banyak gambar lagi dekat sini:
<<< Gambar Sekitar Anugerah Juara Lagu 26 >>>

#still hampa Yuna tak menang..haha!