17 August 2012

Punca Sebenar Kemalangan Bas Ekspres di Kampung Paris,Kinabatangan.

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia..

16 Ogos 2012,Waktu sekitar 3 pagi...Kebanyakkan warga Tawau pada masa ini lena dibuai mimpi-mungkin juga langsung tidak bermimpi.Almaklumlah,penat seharian membeli-belah,masuk kedai sini,masuk pasaraya sana..Malamnya pulak ibu kakak adik perempuan sibuk buat kuih raya..Semuanya gara-gara mood raya..

Pada waktu sekitar 3 pagi ini juga,dikhabarkan sebuah bas ekpress terbalik di kampung Paris,Kinabatangan semasa dalam perjalanan menuju ke Tawau.Empat penumpang maut dan bas itu dipercayai membawa pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi,dari Kota Kinabalu menuju ke Tawau.



Al-Fatihah buat mangsa yang maut dalam kemalangan ini..Takziah buat keluarga mangsa..berat mata memandang,berjuta berat lagi bahu yang memikul.. 

Malang tidak berbau.Mungkin itulah ungkapan yang sesuai bagi mana-mana kemalangan yang berlaku dalam musim perayaan,mahupun di hari-hari biasa..Saban tahun asyik dengar berita yang sama,dimana kesudahannya.

Memang benar,ajal maut itu di tangan Allah s.w.t.Namun insyaAllah kita juga boleh menghindar dari bencananya,jika kita lebih berhati-hati,dan berwaspada.Oleh itu,siapa sebenarnya yang perlu lebih bertanggungjawab dalam isu kemalangan seperti ini..

Aku nak kongsi satu cerita..Aku selalu balik malam- memandu malam,sekitar jam 7,8 atau 9 malam.Perjalananku sehala dengan perjalanan bas-bas ekspres yang mula bertolak dari Tawau menuju ke Kota Kinabalu..Jika aku memandu sekitar jam 7-8 malam,aku akan bertemu dengan beberapa bas ekspres yang sudah mula bergerak dengan lajunya..Kebiasaanya aku memandu mengikut had laju,90 kilometer sejam-jika tidak terburu-buru..


Pada suatu hari itu,aku dipintas oleh sebuah bas ekspress.Terasa angin yang menerpa ke dalam kereta sangat kuat...aku dapat rasakan SANGAT KUAT kerana jika malam aku akan menurunkan tingkap kereta.maknanya tidak menggunakan penghawa dingin..Aku bermonolog sendiri,''Lajunya bas ni''...aku sempat melihat pelekat had laju.Tertera tulisan 80kmsj dan 90 kmsj..Melihat meter keretaku,90KMSJ!...amboi! lajunyaaa...aku cuba kejar,dengan membawa 100kmsj,namun masih gagal menyaingi kelajuan bas itu dan aku  ketinggalan jauh di belakang bas ekspres itu.

Jadi kesimpulan dari cerita benar tersebut,aku menimbulkan beberapa persoalan...


1.Adakah Meter kelajuan di papan pemuka bas tersebut rosak dan tidak berfungsi dengan baik?
2.Adakah pemandu bas ekspress tersebut tidak sedar akan had kelajuan yang terpampang di pelekat,mahupun di papan tanda sekitar jalan raya..
3.Adakah pemandu bas ekspress sedar bahawa yang berada di dalam bas itu bukan hanya dia seorang sahaja?

4..Adakah pemandu bas ekspress itu digalakkan memandu melebihi had laju agar dia boleh berehat awal,ataupun tiba di destinasi dengan cepat?
5..dan banyak lagi persoalan,cukup sejalah 4 .kihkihkih...





Persoalan-persoalan tersebut,aku tidak mampu untuk menjawabnya,kerana aku tidak berpengalaman sekalipun menaiki bas ekpress..aku juga bukan pemandu,bukan konduktor,mahupun pemilik bas ekpress..

Namun apa yang pasti,aku boleh mengagak apa sebenarnya punca kemalangan bas-bas ekspress ini..dan aku simpulkan seperti berikut:

1.Pemandu bas memandu melebihi had laju yang dibenarkan
2.Pemandu bas berasa letih lalu terlelap..
3.Ada kenderaan lain yang bertembung dengan bas

4.Bas tidak diselenggara dengan sempurna..
5.Keadaan jalan raya yang teruk

ada lagi

6.Ada penumpang mengamuk dalam bas,lalu pemandu hilang kawalan
7.Pemandu kurang meminum minuman 100 plus
8.Pemandu mencuba ekperimen untuk melakukan drift dengan membawa penumpang
9.Fikiran pemandu bercelaru,mungkin ada masalah dengan pacar kot...
10.Dalam bas putar lagu BARA BARA BERE BERE,jadi semua sudah asyik jadi tak sedar..

Kita selalu dengar,pengakhiran ucapan sesorang berbunyi,''yang baik semua datangnya dari Allah s.w.t,dan yang tidak baik datangnya dari diri kita sendiri''..

Maka kita tidak perlu menyalahkan sesiapa di atas kesilapan yang telah kita lakukan,apa yang pasti semua pihak harus bertanggungjawab,bukan hanya pemandu bas,tetapi syarikat pengendali,pihak berkuasa dan juga penumpang itu sendiri agar risiko kemalangan pengangkutan awam ini boleh diminimakan..Tidak salah rasanya jika penumpang menasihati pemandu bas agar lebih berhemah dalam pemanduan...Apa yang penting,kerjasama kita semua amatlah diperlukan...

Wallahualam....Takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat..Semoga peristiwa ini menjadi peringatan kepada kita semua!


SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PEMBACA BELOG KRONOLOGI,REALITI DAN FANTASI!..


No comments: