15 August 2012

Manisnya Ayu Raudhah Berhijab!



AYU RAUDHAH MULA BERHIJAB!



Selesai mengerjakan umrah buat kali ketiga pada 4 Ogos lalu, pelakon Ayu Raudhah akui dia telah mengambil keputusan untuk berhijrah sepenuhnya dengan mengenakan hijab secara drastik.

Namun, keputusan itu hanya diketahui suaminya yang juga pemain bola sepak negara, Zaquan Adha selepas dia pulang ke tanah air dan terus mengenakan hijab pada keesokan harinya.

Ayu Raudhah berkata, Zaquan yang pada mulanya agak terkejut selepas melihat imej dan penampilan barunya itu, namun dia akui gembira dengan penghijrahan tersebut.

"Sebenarnya niat untuk berhijrah sudah lama tertanam dalam diri saya dan selepas pulang daripada umrah, rasa itu semakin kuat dandengan tidak semena-mena, saya membuat keputusan yang drastik untuk mengekalkan hijab di kepala saya sama seperti mengerjakan umrah.

"Zaquan juga terkejut dengan perubahan saya, namun sebelum ini dia pernah menyatakan hasrat untuk melihat saya bertudung. Bagaimanapun dia antara orang yang paling gembira dan kuat memberi sokongan kepada saya," katanya 

Mengulas lanjut mengenai penghijrahannya, Ayu berkata hasrat untuk berhijrah itu turut dipengaruhi daripada lakonannya yang sebelum ini banyak memegang watak baik dan bertudung.

"Sebenarnya sudah lama tertanya-tanya pada diri sendiri, bila agaknya saya hendak bertudung tetapi semakin mendekati ramadan ini hati saya semakin kuat untuk berhijrah.

"Malah, saya akui dialog dan watak saya sebagai seorang wanita muslim solehah yang berhijab penuh ketika berlakon telah membuatkan diri saya sendiri tersedar untuk berubah seperti watak tersebut.

"Kadang-kadang dialog-dialog yang saya sampaikan mengenai Islam di dalam drama itu bukan sahaja menyedarkan penonton, malah diri saya sendiri untuk berubah," luahnya yang lebih banyak memegang watak wanita bertudung dalam lakonannya.


Mr.Sasube:..Suka post entri pasal artis bertudung/berhijab ni..bukan sebab nak traffik tinggi,tapi kan elok jika sesuatu kebaikan itu disebarkan,apatahlagi jika melibatkan mereka yang popular dan memiliki peminat tersendiri..siapa tahu peminat-peminat terbuka hati untuk mengikut jejak langkah artis kesayangan mereka...betul tak....
Asal jangan lari dari niat,FISABILILLAH!...

1 comment:

Azeelia Azman said...

sweet kot dye pakai tudung...hehe

makin ramai dahh artis krg nih bertudung!

:D