Alhamdulillah,kira-kira 2 hari lagi umat Islam di Malaysia kan menyambut kedatangan bulan yang penuh kegembiraan,iaitu bulan Syawal..Seperti biasa lah,di pagi 1 Syawal,umat Islam disunatkan untuk mendirikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah sebelum mendengar khutbah yang bakal dibacakan oleh khatib..
Hari ini saveq nak kongsikan amalan-amalan sunat yang boleh diamalkan di pagi 1 Syawal..mungkin ramai yang dah tahu,tapi tak salah untuk membaca dan memahami sekali lagi,agar tidak terlupa nanti..
Amalan-Amalan Sunat di Pagi Hari Raya
1. Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat idil fitri.
-Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : "Tiga perkara sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari raya".
2. Menjamah makanan sebelum keluar.
-Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari yang menyebut : "Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma..."
3.Memperbanyakkan Takbir dan bukan memperbanyakkan menonton TV dan bermain mercun.
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari raya.
4. Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.
-Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman baginda SAW adalah "Taqabbalallahu minna wa minkum" ertinya : Semoga Allah menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu".
Disebut dalam sebuah riwayat :
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda "taqabballahu minna wa minka", baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka" ( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
5.Memakai pakaian terbaik yang ada.
-Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di haramkan di dalam Islam).
6.Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi).
-Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya" (Riwayat Al-Bukhari)
7.Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena musim cuti yang diperolehi.
Sumber: Ustaz Zaharuddin Abd Rahman
Seeloknya kita menyambut Syawal yang menjelang dengan penuh kesederhanaan.Jaga pemakanan anda..biasa lah kalau bulan Syawal ni dimana mana pun ada rumah terbuka..makanan pun serba serbi semua ada...kalau di Tawau ni,paling popular Buras,Tumbuk sama Ayam Likkuk..tambah lagi Tapai...belum lagi tu ketupat,lemang, tambah lagi resepi rahsia keluarga..kuih muih...jadi pandai-pandailah jaga kesihatan ya..jangan pula ni pertama Syawal ja lincah,esok lusa dah tebaring dekat rumah...kena cirit birit..hahahhaha!!
SELAMAT HARI RAYA SEMUA!!!

No comments:
Post a Comment