31 May 2012

Akta Keterangan (Pindaan) 2012 -Sekatan Baru Pengguna Internet


Dengan media baru yang semakin popular, termasuk blog, Facebook dan Twitter, serta dalam usaha untuk menjadikan rakyat lebih bertanggungjawab terhadap aktiviti mereka di atas-talian, kini ia telah pun ditetapkan yang mana Akta Keterangan (Pindaan) 2012 bakal dikuat-kuasakan bermula esok, iaitu 1 Jun 2012.
Bagi yang tidak ketahui, melalui pindaan pada Akta Keterangan, ia menetapkan yang mana para pengguna Internet akan bertanggungjawab terhadap sebarang kandungan yang dihantar ke internet melalui rangkaian ataupun peranti mereka. Secara ringkasnya, sekiranya seseorang pengguna menghantar komen pada blog anda, halaman Facebook Page anda, tweetjack akaun Twitter anda, mahupun dengan “menumpang” talian WiFi anda, maka anda akan dipertanggungjawabkan terhadap sebarang perkara yang dikongsikan melaluinya.
Selain daripada itu, ia juga mengatakan yang mana sekiranya seseorang memulakan halaman Facebook, Twitter, blog mahupun sebarang perkara menggunakan nama dan gambar anda dan menerbitkan kandungan yang bertentangan dengan undang-undang serta memfitnah seseorang melaluinya, maka anda akan didapati bersalah, dan perlu membuktikan sebaliknya.
Anda mungkin akan menghadapi masalah sekiranya:
  • Anda mempunyai blog, dan seseorang pembaca menerbitkan komen, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkan komen tersebut.
  • Anda mempunyai halaman Facebook Pages, dan seseorang pengguna menghantar komen atau menerbitkan sesuatu pada Wall, maka anda akan dianggap sebagai menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan tablet atau telefon pintar anda untuk menghantar sesuatu yang tidak baik, maka anda akan dianggap sebagai yang menerbitkannya.
  • Seseorang menggunakan komputer anda atau laptop anda untuk menerbitkan sesuatu pada internet, maka anda akan bertanggungjawab atasnya.
  • Seseorang menceroboh ke talian WiFi anda dan menghantar pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang di internet, maka anda akan bertanggungjawab ke atasnya.
  • …dan pelbagai perkara yang berkaitan.
Dalam arena digital dan elektronik ini, semestinya ia boleh dikatakan perkara ini salah satu perkara yang sukar untuk direalisasikan. Apatah lagi memandangkan pada halaman Facebook dan Twitter sesiapa sahaja boleh menggunakan nama dan gambar orang lain, dan berlakon seperti mereka.
Sebagai contoh, pada hari ini, akaun Facebook Pages untuk seseorang artis mahupun ahli politik sahaja, terdapat lebih daripada satu akaun untuk mereka, yang mana dimulakan oleh peminat dan juga penyokong. Sekadar perbandingan, akaun Facebook milik Najib Razak apabila dilakukan carian, secara kasar, terdapat lebih daripada 10 akaun, sekaligus menjadikan beliau bertanggungjawab terhadap kesemua akaun tersebut sekiranya sesuatu yang tidak sepatutnya diterbitkan, sehinggalah beliau membuktikan sebaliknya.


Jadi, secara ringkasnya, jagalah peranti dan rangkaian internet anda, disamping bertanggungjawab ke atas pelbagai perkara yang dikongsikan di arena internet, supaya ia tidak menyukarkan anda di kemudian hari.



Sumber:Amanz,The Sun



22 May 2012

Nazmi Faiz Cipta Sejarah Baru Bola Sepak Malaysia!



Assalamualaikum,salam 1 Malaysia..



Dikhabarkan,pemain muda Harimau Malaya,Nazmi Faiz Mansor telah sah menandatangani kontrak 3 tahun bersama kelab Divisyen 1 Portugal,SC Beira Mar..

Terdahulu,beliau telah menjalani ujian percubaan selama 2 minggu dan telah menarik minat pengurusan SC Beira Mar untuk mengikat kontrak bersama beliau...

Dengan termaktubnya perjanjian ini,pastinya beliau merupakan pemain bola sepak pertama Malaysia yang berjaya beraksi di peringkat Eropah..

Dalam laman Facebook milik peminat kelab Sc Beira Mar,Nazmi Faiz berkata,
 "This was my best chance and I'm thankful I have succeeded. I'm extremely happy and excited and can't wait to start on my new adventure."


Sebelum itu,Saffe Sali dan rakannya Safiq Rahim juga telah menjalani ujian percubaan di kelab Championship England,Cardiff City namun tidak diterima kerana peraturan pengurusan bola sepak England yang mensyaratkan hanya pemain di negara ranking ke 70 ke atas sahaja yang layak beraksi dalam kancah bola sepak Inggeris..


Sekalung tahniah buat Nazmi Faiz...Semoga khabar ini memberi cetusan semangat baharu kepada belia Malaysia untuk terus berusaha mengembalikan kegemilangan bola sepak Malaysia!!!!!!....



Mr.Sasube: Jutawan la lepas ni..kehkehkeh..Datuk Siti tak nak pelawa jadi model ke ni??..ahaksss ;D





14 May 2012

Cara Mengenalpasti Kedai Makan Guna Pelaris(Jin)



Mungkin ramai antara kita menganggap zaman serba moden dan canggih ni tiada lagi yang guna unsur-unsur syirik dalam kehidupan seharian. Jangan terkejut jika ada kedai yang berani menggunakan khidmat jin untuk melariskan perniagaan.

Jadi bagaimana cara untuk mengesan jin-jin tersebut? 

Cara mudahnya sahaja :

Baca Ayat Qursi 3 kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7 kali ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh puhh kiri puhh kanan. Cukup sekadar tiup perlahan-lahan sampai habis nafas (macam ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan di kedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir / 3 Qul setiap hari.

Ia berdasarkan hadith :

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu. At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih.





Kecoh Selena Gomez Lesbian!.

Di internet, banyak foto-foto tersebar. Tidak peduli itu milik siapa, peribadi ataupun memang untuk diperlihatkan kepada awam. Terlebih lagi, banyak foto-foto peribadi selebriti di seluruh dunia yang ‘bocor’ masuk ke internet. Mungkinkah ini yang terjadi pada Selena Gomez?


Beberapa hari yang lalu, ditemukan sebuah foto yang mengejutkan. Dalam foto tersebut, terdapat dua orang gadis remaja sedang berciuman dengan intim. Salah satu dari gadis itu kelihatan seperti wajah Selena Gomez dari sebelah tepi. Dari warna rambutnya hingga bulu matanya.


Dipetik dari Gossip Cop, hal ini mungkin adalah hal yang paling liar yang dilakukan oleh Selena setelah dia menjadi agak ‘nakal’ dalam proses pembuatan filemnya, Spring Breakers.




Mr.Sasube:Alahaiii.....untuk filem rupanya...

Manchester City Champions After 44 Years(Photos)













MANCHESTER, (AFP) - Manchester City were crowned Premier League champions on Sunday after an incredible fightback which saw them score twice in injury time to beat QPR 3-2 and seal the title on goal difference.
City's dreams of a first title in 44 years appeared to be in tatters as 10-man Rangers led 2-1 after 90 minutes courtesy of goals from Djibril Cisse and Jamie Mackie following Pablo Zabaleta's opener.
But as Manchester United prepared to celebrate snatching a 20th league title following their 1-0 win at Sunderland, Edin Dzeko and Sergio Aguero struck twice in two minutes to seal the most enthralling title duel in years.
"The last few minutes were incrdible. This is for our supporters, they deserve this," City manager Roberto Mancini said.
"To win like this is incredible. I have never seen a finish like this,
"We had a lot of chances, we deserve to win this championship. It's fantastic. After 44 years I dedicate this to all our supporters. It's a crazy season, crazy last minutes."
After a nervy start, City took the lead five minutes from half-time through Zabaleta, the Argentinian fullback darting onto a deft through ball from Yaya Toure to shoot high into the net past Rangers keeper Paddy Kenny.
The goal sent relief coursing around Eastlands as City prepared for their championship party.
But Eastlands was stunned into silence shortly after half-time when a blunder by Joleon Lescott let in Cisse who raced clear and thundered an equaliser past Joe Hart.
Even then, the force still seemed to be with City, as QPR captain Joey Barton was sent off in an incident that defied belief.
The fiery midfielder was given his marching orders by referee Mike Dean for a retaliatory elbow on Carlos Tevez following an off-the-ball clash.
As Barton left the pitch, the midfielder then angrily kneed Aguero in the back of the thigh to leave himself facing a lengthy ban.
Yet incredibly instead of ramming home their advantage, City were left shellshocked as 10-man Rangers took a 2-1 lead in the 66th minute, Mackie heading in at the far post after Armand Traore's swift break from defence.
Amid unbearable tension, City looked set for a traumatic defeat until substitute Dzeko nodded in to equalise in the second of five minutes of injury time.
Then, out of nowhere, Aguero skipped clear of the Rangers defence to spark bedlam at Eastlands with the most dramatic winner imaginable.
QPR's defeat was not enough to send the Londoners down into the Championship however as their rivals for the last relegation spot Bolton could only draw 2-2 at Stoke.
In the other issues to be settled on Sunday, Arsenal clinched third place with a 3-2 win at West Bromwich Albion while Tottenham sealed fourth place with a 2-0 win over Fulham at White Hart Lane.


Mr.Sasube: Congratssss ManCity!!!!!!!!!






04 May 2012

Taktik Pelik Wanita Jual Jus Oren Bagi Cepat Laku/Laris Dijual





Memang ada saja orang menemukan cara baru agar barangan yang di jual cepat laku atau laris. Seorang wanita telah menemukan cara baru bagaimana agar jualannya iaitu jus oren cepat laris.


Dan ternyata memang hasil penemuan barunya ini tidak sia-sia dan sehari dia dapat menjual jus orennya sebanyak US$250.

Tapi cara ini tidak sesuai diamalkan di negara kita yang mengamal adat dan budaya yang sopan.

Yang pasti ini bukan budaya bangsa kita. Yang hendak ditonjolkan bukan gambar ini tetapi perlakuan manusia yang semakin hari semakin gila. Macam ni lah jadinya kalau akal yang diberi tidak digunakan dengan betul.

Mari kita lihat bagaimana caranya wanita ini menjual jus orennya :




03 May 2012

ERA FM Kembali No.1 di Malaysia




Stesen radio popular, ERA fm telah dipilih sebagai radio nombor satu paling didengari di negara ini bersandarkan kuputusan rumusankajiselidik terbaru Pengukuran Pendengar Radio Nielsen Liputan 1 tahun ini.

Stesen radio yang bernaung di bawah Airtime Management and Programming Sdn Bhd (AMP) itu telah berjaya menarik perhatian seramai 4.8 juta pendengar sepanjang tahun ini, sekali gus mengetepikan beberapa stesen radio berbahasa Melayu yang lain.

Malah kemenangan Era FM itu telah memecahkan tradisi kejayaan yang pernah dimiliki Sinar FM sebelum ini untuk dua tahun berturut-turut atau sepanjang empat musim kaji selidik berkenaan diadakan.

Lebih manis lagi, apabila kejayaan radio Era FM itu turut diraikan dengan kedudukan dua lagi stesen radio di bawah payung AMP iaitu Sinar FM dengan 4.7 juta pendengar dan THR (Raaga & Gegar) seramai 1.73 juta pendengar bagi melayakan mereka berada di tempat kedua dan ketiga dalam senarai teratas.

Ini menjadikan tiga stesen radio AMP iaitu Era FM, Sinar FM dan THR (Raaga & Gegar) berada dalam rangkaian tiga stesen radio berbahasa Melayu paling teratas tahun ini.

Malah menerusi kenyataan yang dikeluarkan daripada pihak AMP sebentar tadi, kejayaan itu melayakan AMP untuk sekali lagi dilabelkan sebagai penyiar radio terulung di negara ini dengan gabungan pendengar seramai 12.9 juta setiap minggu dan peningkatan sebanyak 1.2 juta pendengar berbanding laporan tahun lalu.

Sementara itu, stesen radio berbahasa Inggeris, hitz.fm sekali lagi dipilih di tangga pertama menerusi kategori stesen radio Inggeris selepas berjaya menghiburkan 2 juta pendengarnya sepanjang tahun ini.

Manakala MY FM masih kekal sebagai stesen radio berbahasa Cina paling kuat di negara ini apabila berjaya mengekalkan kejuaraan dengan penambahan 16 peratus berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 2.5 juta pendengar.

Diikuti THR Raaga sebagai stesen radio Tamil paling unggul tahun ini dengan penambahan pendengar seramai 26 peratus dengan pengumpulan sebanyak 2.2 juta pendengar.





7 Stesen Radio Teratas Liputan 1, 2012
1. ERA fm
2. SINAR fm
3. THR (Raaga & Gegar)
4. HOT fm
5. SURIA fm
6. MY FM
7. hitz.fm




Mr.Sasube: Nasional FM??,Tawau FM??...Ahaks.....





01 May 2012

Realiti:Wong Fei Hung adalah Muslim




Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam filem Once Upon A Time in China . Dalam filem itu, karakter Wong Fei Hung dimainkan oleh aktor terkenal Hong Kong , Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Perubatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga imej kekuasaan Komunis di China.Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais.
Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab- kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong. Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu penrubatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik perubatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong).

Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.
 Kombinasi antara pengetahuan ilmu perubatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. 
Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong. Pesakit klinik keluarga Wong yang meminta bantuan perubatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar kos perubatan.

Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pesakit yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah memilih bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pilih kasih. Secara rahsia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch'in yang rasuah dan penindas.

How Wong Fei-hung Smashed the Five Tigers (1960)

Dinasti Ch'in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam. Wong Fei-Hung mula mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarnya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung berjaya melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang menjadi lagenda. 

Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, abang seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang terlepas dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch'in pada 1734. Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch'in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea ). 

Jika saja pemerintah Ch'in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepun), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu nescaya akan berjaya mengusir pendudukan Dinasti Ch'in. 

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli perubatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berjaya mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. 

Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berjaya menewaskan lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karana ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras. Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton . W

Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena isteri-isterinya meninggal dalam usia pendek. Setelah isteri ketiganya meninggal, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang
 perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad'afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya.


Wong Fei-Hung meninggal dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.SUMBER


Cerita Beza Tutup dan Bungkus Aurat



Assalamualaikum..





Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat..?? jom baca beza BUNGKUS dgn TUTUP ni..


SITUASI 1


aisyah : mad, cuba ko teka aku tgh BUNGKUS apa ni..??
ahmad : alaaa.. nasik lemak..
aisyah : aik..?? mana ko tahu..??
ahmad : aku nmpak nasik terkeluar sikit tu.. lagipn aku tahu ko memang jual nasik lemak pun..
aisyah : okey-okey.. cuba teka nasi lemak ni banyak ke sikit..??
ahmad : alaaa.. lagi senang.. banyak la..
aisyah : haaa..?? macam mana ko tahu ni?
ahmad : tenguk bentuk & saiz laa.. BUNGKUSan besar, banyak.. BUNGKUSan kecik, sikit la.. hahaha kantoi..
aisyah : pndainya ko ni..
ahmad : bkn aku yg pandai, ko yg  tak pndai.. hahaha..
aisyah : cehhh.. malas la soal..

situasi lagi 1 -

Aisyah : Mad, cuba teka aku TUTUP apa dengan tudung saji ni..??
Ahmad : hmmm.. ikan goreng..??
Aisyah : salah..
Ahmad : telur dadar..??
Aisyah : salah lg..
Ahmad : karipap..??
Aisyah : salah jgk..
Ahmad : fail MQA..??
Aisyah : huisshhh.. lagi la salah..
Ahmad : abis tu apa benda..?? mana la aku tahu apa yang ko TUTUP tu..
Aisyah : nasik lemak laaa.. cuba teka banyak ke sikit..??

Ahmad : cehhh.. mana la aku nak thu..!! malas la jawab, merajuk ar.. huhhh..

-Jom Tutup Aurat dan jaga akhlak!!!

Kesalahan-kesalahan yang mudah dilihat pada masa kini(wanita)

Kesalahan yang mudah dilihat pada masa kini(Lelaki)






Gaji Minimum Rm800 - Tiada alasan untuk menganggur



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Nak kongsi berita baik untuk pekerja swasta di seluruh Malaysia..sila baca jangan malu jangan segan...


PUTRAJAYA - Malaysia akan melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900 untuk tenaga kerja di Semenanjung manakala Sabah dan Sarawak pula RM800 sebulan, demikian diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.
Sambil menyifatkan ia sebagai "hadiah Hari Pekerja", Najib berkata, kadar itu ditetapkan dengan melakukan pengubahsuaian ke atas syor dibuat oleh Majlis Perundingan Gaji Negara.
Pengumuman yang dibuat sempena Hari Pekerja, Najib berkata, kadar itu akan dilaksanakan dalam tempoh enam bulan sejak tarikh ia dikuatkuasakan dan dijangka akan memanfaatkan kira-kira lima juta tenaga kerja.
Dalam mengumumkan perkara itu, Najib yang pada tahun lalu mengumumkan pelarasan gaji antara tiga hingga tujuh peratus bagi sektor awam tahun lalu memberitahu bahawa kadar gaji minimum masih rendah berbanding paras dituntut oleh Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Badan induk itu yang memperjuangkan gaji minimum sejak lebih tiga dekad lalu, menuntut RM1,200 sebulan.
"Gaji minimum ini meliputi semual sektor pekerja di negara ini kecuali tenaga kerja domestik seperti pembantu rumah dan tukang kebun," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.
Katanya, pekerja-pekerja di Semenanjung akan menikmati gaji minimum RM900 sebulan atau RM4.33 sejam manakala pekerja di Sabah dan Sarawak pula RM800 sebulan atau RM3.85 sejam.
Kerajaan turut menyediakan mekanisme pelaksanaan supaya penetapan gaji minimum itu tidak membebankan majikan dan tidak merugikan para pekerja dengan membenarkan penyerapan sebahagian elaun atau bayaran tunai tetap dalam perkiraan gaji minimum.
Bagaimanapun untuk memberi ruang dan peluang kepada majikan kecil membuat persediaan, tempoh kuat kuasa bagi kategori itu ialah 12 bulan daripada tarikh Perintah Gaji Minimum diwartakan.
Menurut Najib, pengecualian 12 bulan itu tidak meliputi kepada firma profesional seperti klinik-klinik pergigian dan perubatan; firma guaman; firma arkitek; firma juru perunding dan sebagainya; walaupun mereka mempunyai bilangan pekerja lima atau kurang; mereka perlu mematuhi gaji minimum ini dalam masa enam bulan.
Pemberian tempoh masa yang mencukupi itu, menurut beliau, adalah supaya majikan dapat membuat persediaan secukupnya bagi menstrukturkan semula gaji pekerja dan operasi perniagaan masing-masing.
"Kerajaan juga menyediakan mekanisme pelaksanaan yang fleksibel supaya majikan yang benar-benar tidak dapat melaksanakan gaji minimum boleh memohon pelanjutan tempoh peralihan," katanya.
Najib berkata, kerajaan mengambil langkah itu supaya upah dan gaji yang diterima oleh pekerja-pekerja di negara ini adalah selaras dengan kadar produktiviti dan kos sara hidup.
Katanya, seramai 33.9 peratus tenaga kerja negara ini menerima gaji kurang daripada RM700 sebulan iaitu rendah daripada garis kemiskinan RM800.SUMBER


Mr.Sasube:Alhamdulillah,akhirnya terbela juga nasib pekerja swasta ni..RM800 boleh dikira banyak jika di daerah Tawau ni..berkongsi pengalaman sewaktu pertama kali bekerja 5 tahun yang lalu,gaji asas aku hanya RM250+ELAUN RM30..Memang rasa teruk la masa tu.Kerja di supermarket angkat barang dan lokasi tempat kerja dengan rumah sejauh 17KM..Memang tidak berbaloi dengan gaji..Tapi apa boleh buat,itu yang termampu di lakukan,berbanding duduk rumah menanam anggur dan mengumpul lemak..

Benar,jika kita sabar dan rajin bekerja,pasti majikan tidak teragak-agak untuk memberi gaji yang lebih lumayan lagi..Namun apa yang paling penting lagi ialah pengalaman berkerja yang diperoleh..Pengalaman itu lebih penting dari segulung ijazah..

Apa yang perlu,ialah bagaimana diri kita sendiri mencorak masa hadapan..yupss,jika korang update dengan isu terbaru,korang tentu tahu tentang ''amukan'' mahasiswa yang mahukan pendidikan percuma dilaksanakan di negara kita..Mungkin ada kebaikannya jika dilaksanakan,tetapi bukan pada negara yang sedang membangun yang memerlukan dana besar untuk pembangunan ke arah negara maju..

Mereka ada sebab,antaranya mengambil contoh negara lain,dan penyelewengan wang negara..Tapi mereka tidak sedar,bahawa semua itu hanyalah taktik politik yang sememangnya hanya menuntut emosi,secara sedar atau tidak..


Aku tidak mahu mengulas lanjut isu PTPTN ni,sebab pengasas isu sendiri belum membentangkan pelan cadangan mereka,walhal mahasiswa yang nampak sangat terhegeh-hegeh mengisukan..Bagi aku senang saja,kalau nak percuma,sila fokus untuk jadi bijak,yakni dapat ijazah kelas pertama.


''cakap senangla ingat nak dapat 3.5 tu macam makan kacang ke''


sebuah kisah,rakan aku..ini realiti bukan pembohongan...


UPSR dia dapat 3A 2B..aku dapat 4A 1C ..PMR dia dapat 9A,aku 7A..SPM dia masyaALLAH 6A..aku hanya 3A..dia masuk U aku terus bekerja..

Apa yang membezakan aku dan dia,bukan kerana dia lebih bijak dari aku,tetapi usaha kami yang berbeza..dia wanita aku lelaki..Wanita terkenal dengan sifat berusaha yang tinggi,manakala lelaki pula dengan kenakalannya..itu semua realiti kehidupan..jadi tak perlu nak bagi alasan,kerana alasan itu adalah senjata bagi orang yang gagal..

Sebelum isu PTPTN ni,mahasiswa duduk canang Akta AUKU pula..



''aku dah 21 tahun.aku dah boleh mengundi,aku dalam perlembagaan,hak sana hak sini''..

''kerajaan takutkan mahasiswa,kerana mahasiswa mampu tumbangkan kerajaan''



dulu masa dapat tawaran masuk IPTA..mereka melompat kegembiraan..azam mereka berkobar-kobar,syukur sebab dapat IPTA..BUKAN IPTS..mahu belajar balas budi mak ayah,majukan keluarga,cari masa depan yang cerah..


Selepas masuk U,sudah kena ''renjatan budaya'',terus hilang niat dan fokus ke U...politik sana sini,padahal belum habis belajar lagi..kerja apatah lagi..Macam lah lepas habis belajar mereka tak boleh berpolitik..

ehhh..macam dah keluar tajuk la pulak...kehkehkeh..

Gaji minimum rm800...kepada PENGANGGUR,sudah tiada alasan lagi untuk anda terus menganggur tanpa ada masa depan..Nak tunggu apa lagi,jangan harap disorongkan duit saja..dimana ada usaha,disitu ada kejayaan..kali ni korang keja supermarket pun dah dapat gaji minimum seorang supervisor..ahaksss

harap-harap tiadalah tauke-tauke cina yang ingkar dengan arahan kerajaan nanti ya..dan pekerja pula...jangan berdiam diri sahaja jika sudah rasa ditindas..laporkan kepada yang berwajib...

Apapun,hari ni Hari Pekerja..so Selamat Berhari Pekerja..Semoga kalin semua sukses selalu dalam pekerjaan..Aminn....