02 January 2013

Awas Ketulan di Payudara Anda!





Situasi:

Saya baru berusia 21 tahun dan masih belumberkahwin.Suatu hari,saya memeriksa payudara saya dan mendapati terdapatsesuatu yang keras sebesar duit syiling pada kedua-dua payudara saya.Ia berada dibahagian bawah payudara kiri dan di bahagian atas payudara kanan.
Adakah ia kanser payudara keranasaya tidak mengalami tanda awal kanserpayudara.

Jawapan:

Sebenarnya kebanyakan kanser tidak mempunyaisebarang petanda atau simpton awal termasuk kanser payudara.

Tetapi anda perlu maklum bahawa ketulan itu sendiri ialah satu petanda penyakitpayudara(termasuk kanser) walupun ia tidak semestinya kanser
.

Apa yang andaperlu lakukan ialah berjumpa doktor bahagian pembedahan am dan jika ada ataulebih berkemampuan,berjumpa dengan doktor pakar pembedahan am yang mempunyaipengkhususan pembedahan payudara.Doktor terbabit akan memeriksa akan ciri-ciriketulan berkenaan serta petanda berkaitan lain yang terdapat pada payudarasehingga kawasan ketiak.

Selain itu,ujian imbasan ultra bunyi juga mungkin akan dilakukan.Jika perluatau ia merisaukan anda,ketulan terbabit mungkin akan dibuang secara pembedahandan akan dihantar untuk ujian pengesahan makmal.Kemungkinan ia fibroadenoma,jenis ketulan payudarabukan kanser yang sering dialami wanita seusia anda.-(Pakar Sakit Puan DrAdilah Ahmat HM10Disember2012)




Mr.Sasube:Bukan sahaja wanita,lelaki juga kiniperlu mengambil berat akan ketulan yang berlaku pada payudara mereka kerana adarekod menunjukkan lelaki juga boleh menghidap kanser payudara..


No comments: