28 January 2013

Aku Bila Nak Kahwin?


Assalamualaikum dan salam bahagia kepada semua pembaca blog yang tak seberapa nak update ni...hehe

Alhamdulillah,semalam dapat menghadirkan diri ke majlis persandingan rakan sekampung..Malam sebelum majlis tu macam biasa lah,ada acara pertandingan domino atau lebih popular dipanggil Main Domeng telah diadakan. 

Seawal jam 8 acara telah dimulakan.Untuk yang pertama kalinya aku sangat berminat untuk menyertai pertandingan ni..Biasanya jika ada pertandingan begini aku akan join sekadar untuk suka-suka saja.Bukan untuk memburu hadiah yang disediakan tuan rumah..

Pada peringkat awal seramai 44 peserta memulakan pertandingan,dan akhirnya sekitar jam 12.00 tengah malam hanya tinggal 3 kelompok pemain saja yang masih meneruskan pertandingan..dan salah seorang adalah aku..agak terkejut juga rakan-rakan melihat aku masih bermain..tak pernah-pernah dalam sejarah hidup mereka kali melihat aku dapat masuk top 6..

Mungkin bukan nasib aku kali ini untuk menang,takpa tergolong dalam top 6 sudah memadai bagi aku yang jarang bermain dengan domino ni.lagipun yang tinggal tu semua otai-otai domino..so rasa bangga pun ada..haha!

turutan domino/domeng

Selesai cerita pertandingan domino..Sekarang cerita di malam persandingan pula.Memang saat membahagiakan buat sepasang kekasih apabila telah berada di atas pelamin..uissehh..macam la aku pernah melaluinya..Namun jelas terserlah kebahagiaan dari riak wajah mereka.Terdetik rasa di hati,entah bila akan merasai kebahagiaan dalam mendirikan ''masjid'' Allah ini..

Dalam suasana majlis yang meriah,tidak sangka pula dapat bertemu dengan teman sekolah menengah, si kacak bergaya Rex Benrashid...Dah kebetulan jumpa,so sembang la kejap dengan beliau..Asyik-asyik sembang terpacul dari mulut beliau,''Saveq, ko bila lagi?''..
Asyikkk....Aku bila nak kahwin?...Allah swt yang Maha Mengetahui. 

Belum tiba masanya kot aku memberi komitmen dalam urusan rumah tangga..sedangkan kerjaya dan pendapatan belum stabil lagi,inikan pula nak menyara hidup anak dara orang...
Targetku pun masih jauh lagi..mungkin dalam umur 28 begitu baru nak merancang....Masa ni pun belum ketemu lagi dengan calon isteri...hehehe

Apapun aku berdoa suatu hari nanti aq dapat memiliki seorang isteri yang solehah,mencintai Allah s.w.t dahulu sebelum aku, dan mampu hidup bersama aku kala susah mahupun senang...Amin.....

sekadar gambar hiasan

1 comment:

Rapunzeel Cikilolo said...

selamat berjumpa ehem ehem idaman hati :)