Assalamualaikum dan salam bahagia
Hari ni aku nak kongsi mengenai keluarga besar peminat kelab bola sepak Liverpool di area Tawau.Baru ada kesempatan masa untuk bercerita mengenai rakan-rakan yang sememangnya banyak hendak diceritakan mengenai mereka.Setiap satu rakan punya karakter yang berbeza,cuma hanya ada satu persamaan,kami cintakan satu kelab bola sepak yang sama,Liverpool FC.
YB Datuk Tawfiq Bin DSP Abu Bakar Titingan,ADUN Apas juga meminati kelab Liverpool FC |
23/12/2011 tarikh bermula penubuhan komuniti ini.Bermula hanya dengan rakan-rakan yang dikenali,sehinggalah kini mencecah sekitar 390++ hanya sekitar Tawau sahaja..bukan sesuatu yang mudah untuk mengumpul rakan yang meminati kelab bola yang sama..tahniah buat para admin yang sentiasa memberi komitmen yang tinggi.tidak terkecuali ahli-ahli yang sememangnya terbaik..
Bukan setakat bersembang tentang kelab kesayangan Liverpool FC,namum kami di TIRF Tawau (This Is Reds Family Tawau) juga aktif melakukan aktiviti luar bersama seperti bermain futsal,bola sepak,badminton,juga sesekali berkelah di masa cuti..Setiap hari Sabtu keluarga TIRF akan bermain futsal di Aiman Futsal yang terletak di kg Pasir Putih.Jika ada perlawanan bola sepak EPL yang melibatkan Liverpool FC,kami akan menonton bersama-sama di LA Cafe,''port'' rasmi untuk semua peminat Liverpool di Tawau.
Bulan Disember yang lalu,pengurusan TIRF Tawau telah mengadakan sambutan ulang tahun yang pertama buat warga TIRF..Telah menjangkau setahun penubuhan kelab ini,pelbagai kenangan manis yang dilalui.Kenangan pahit ada juga,tapi tak sebanyak kenangan manis yang mungkin takkan terlupa..InsyaAllah group ini dalam proses untuk menjadi salah sebuah kelab yang berdaftar dengan Kementerian Belia dan Sukan di Tawau..
Kalau korang peminat Liverpool FC yang menetap ataupun berasal dari Tawau,sudi-sudikan lah diri untuk menyertai komuniti kami di laman sosial Facebook disini:
Korang boleh lihat dengan lebih lanjut pelbagai aktiviti TIRF dan juga info-info mengenai LFC disana!
sekian dulu untuk entri kali ini,You'll Never Walk Alone !!!
No comments:
Post a Comment