24 May 2011

aku pun bayar cukai bah!!

Perhatian..Ini bukan entri lepas geram,cuma nak kongsi pengalamn jak la..

Hairan dengan pemandu~pemandu kereta skrg ni..banyak ragamnya..ada yang memandu bagai dikejar hantu,ada pulak yang lambat macm kura~kura..kereta mahal..tapi bawak 40km sejam..pastu line kanan lagi tu..sayang sangat dengan kereta bagus tak payah pakai..

Tapi kita tidak boleh marah juga kan..sebab mereka pun bayar cukai.lagi mahal sesebuah kereta itu,makin tinggi jugalah cukai nya..memang patutla..orang kaya..mestila kena cas banyak-banyak..baru adil..

Dalam situasi yang mendaki bukit,hendak tak hendak aku terpaksa memotong kereta itu..jika lalu di bahagian itu,haram aku mau lalu lorong sebelah kiri sebab keadaan jalannya tidak rata ibarat jalan yang berbatu-batu.ditambah lagi penggunaan sport rem..mana-mana kereta pun tidak sanggup melalui lorong itu..sebab kebanyakkan yang lalu disitu hanyala lori pengangkut yang beratnya beribu-ribu tan..

Beberapa kali jalan itu sudah dibaik pulih namun tidak sampai seminggu keadaan jalan kembali seperti dahulu..sekarang tiada sdh kerja membaik pulih,mungkin JKR bosan bagi tender dengan kontraktor.asyik-asyik di jalan yang sama..tapi apa boleh buat kan.mereka pemilik lori ini juga bayar cukai kan..mereka berhak melalui jalan itu...

Aku sebenarnya pun pernah melaui hal yang sama..memandu di jalan yang sama dan ada kereta dibelakang yang mengekori dengan rapat sebagai tanda isyarat memberi laluan kepada mereka..haha..peduli apa aku sama ko..AKU PUN BAYAR CUKAI BAH!!..kalau nak potong,silakan pi sebelah jalan yang berombak-ombak tuh..mau cepat sangat kan...

Selesai cerita itu,.selepas beberapa minit,aku dikejutkan dengan sebuah bas ekspress tawau-kk yang dibawa laju melebihi had yang ditetapkan..Aku bawa 90 kmsejam pun dia boleh kejar!! aku lihat di belakng bas terlekat stiker had laju  untuk lebuhraya 80-90kmsejam..

Jadi,tidak usahla dicari punca mengapa masih ada berlakunya kemalangan jalan raya yang melibatkan bas ekspress..sebab jawabnya pasti dari pemandu itu juga,,bukan sekali aku nampak bas ekspres dibawa melebihi had laju..sudah banyak kali..

Beginilah rakyat Malaysia..mudah lupa..tidak pernah mengambil iktibar dengan peristiwa lampau..


1 comment:

Kupi Sajuk said...

masyarakat tidak dapat mengambil iktibar kerana individu sendiri tidak mengamalkan panduan berhemat di jalan raya ^^