08 May 2011

selamat hari jadi mak..

(ni la kek hari ibu n hari jadi..simple jak tapi yummy)


Segenap pelosok dunia gembira sakan menyambut HARI IBU..rata-rata blogger 
juga turut memeriahkan HARI IBU dengan entri mereka tersendiri..
saya sendiri tidak mahu ketinggalan meraikan HARI IBU ini..

Namun yang sedihnya,disebalik kegembiraan ini,ada yang berduka kerana sudah
tidak dapat merasa kehangatan kasih sayang ibu...malah ada insan
yang tidak mendapat belaian ibu semenjak dari lahir lagi..
disisi keceriaan HARI IBU ini,saya mendoakan
agar insan-insan ini diberikan kebahagiaan
hidup yang lebih dari insan lain.

Jasa seorang ibu tiada bandingannya.tidak mampu dibandingkan dengan wang
ringgit..Ibu,insan yang tidak mengenal jemu mendidik anaknya
agar berjaya di masa hadapan.pengorbanan membesarkan,
memberi pelindungan kepada anak,menjaga dengan
cukup sempurna membuatkan kaum ibu perlu diingati..

okay,cukup dengan madah ini...hehehehe.Hari Ibu buat kami sekeluarga
amat bermakna sekali..bukan sekadar menyambut Hari Ibu,namun
kami juga meraikan sekali hari jadi ibu.
begitu juga setiap tahun..tibanya hari ibu,maka tibanya jugak hari jadi ibu saya.

Ibu saya seorang pengembara.berasal dari kampung bone,indonesia..
selepas berkahwin dengan ayah saya,mereka berhijrah ke malaysia..dahulu sebelum saya
dilahirkan lagi...pahit getir mereka lalui bersama..apapun pekerjaan
dilakukan bagi mencari sesuap nasi untuk meneruskan hidup.
menariknya..di sebalik kepayahan itu,ibu saya tanpa mengira susah berjaya melahirkan
kami semua(bukan kembar)..seramai 11 adik-beradik kesemuanya..
dan alhamdulillah kesemuanya selamat.
KERANA IBU SAYA PERCAYA,ANAK-ANAK INILAH 
YANG BAKAL MEMBAHAGIAKAN BELIAU SUATU HARI NANTI.


kata orang dahulu,sesiapa yang banyak anak,maka rezekinya juga banyak..
saya mempercayai kata tersebut,kerana terbukti dengan situasi yang dialami keluarga saya sendiri.
dahulu,kami merempat di tanah orang lain..ibu-bapa mengharapkan belas kasihan orang lain
untuk mendirikan tempat untuk berteduh..sanggup membanting tulang mencari sesuap nasi untuk
anak-anaknya..walaupun kais pagi makan pagi,kais petang makan petang,
kami tetap bersyukur dengan apa yang ada..

sekarang,kami sudah tidak perlu lagi menagih simpati orang lain..kami sudah maju kehadapan,
berkat doa ibu dan bapa,pengorbanan mereka,usaha dan kekuatan mereka
dalam membesarkan dan memberi pendidikan yang walaupun tidak sesempurna orang lain
dan impian ibu dan bapa telah pun tercapai..

justeru itu,ibu saya tidak mampu untuk mengingati tarikh lahirnya yang sebenar
kerana kepayahan beliau sehingga melupakan tarikh yang amat bermakna pada diri sendiri..


kami sayang mak..kasih kami terhadap mak
tak dapat diungkap dek wang ringgit dankata-kata.
hanya kebahagiaan yang mampu kami berikan sebagai ganti.


lagu di bawah ni saya tujukan kepada semua ibu-ibu diseluruh dunia xpecialy
ibu saya lah..lagu ini membawa pengertian yang mendalam bagi saya..

No comments: