16 May 2011

PELITA YANG TAKKAN PADAM SINARANNYA


Sibuk dengan kerja sehinnga lupa nak ucap SELAMAT HARI GURU..jasa cikgu-cikgu semua yang pernah mengajar aku takkan pernah padam dalam memori kehidupan..

Aku nak kongsi sikit pasal kehidupan masih bergelar student  pelajar dahulu.masa tingkatan 5..kata orang,mereka yang tergolong dalam kelas sains tulen ni yang bijak-bijak,yang berdisiplin,dan yang paling penting..skema..(wakaka..skema joo...kalo ingat time dahulu,aku adalah salah seorang yang skema dalam kelas..aduhh!!!  napala jadi begitu ya..haha..lucu juak jika diimbas kembali zaman itu..).

tapi.kelas sains tulen time aku ni secara jujurnya tidak menepati ciri-ciri yang dsebutkan diatas..bukan aku kata kami semua tidak bijak,cuma gila-gila sikit la..kalo soal disiplin tu,jangan katalah..kami hanya perlu menebalkan muka sahaja apabila melaksanakan denda yang dikenakan terhadap kami..skema..boleh dihitung dengan jari pelajar yang betul-betul menepati ciri pelajar sains tulen..

napa aku cakap kami gila-gila??..inilah kenangan yang paling aku tidak boleh lupa..pernah satu hari guru tidak masuk mengajar..kerana ada meeting..so kami yang kebosanan(bukan nak ulang kaji pelajaran pun),sepakat menyanyi beramai-ramai..ibarat kumpulan koir amatur la..seluruh sekolah bergema dengan suara kami..namun tiada satu pun guru yang datang menjenguk ke kelas kami...ibart sekolah itu bapa kami yang punya..

gila-gila..cogan kata kami.."gila-gila untuk menjadi yang terbaik dalam peperiksaan"..komen cikgu faridah guru bm merangkap penolong kanan sekolah.."jangan sahaja kamu jadi gila sudah"..cikgu yang paling aku  sayang sebab selalu memuji karanganku..wahaha..lagipun kalau cikgu faridah marah,tak pernah pun tinggi suaranya..marah nasihat sahaja...

menyakitkan hati guru,bukan sekali dua..banyak kali sehingga guru-guru naik jelak dengan sikap kami..sudah kena denda pun tak jerak  taubat jugak..pernah sekali cikgu fizik merajuk tak nak masuk mengajar,sebab kami meniru dalam membuat kerja rumah.(kami bukan meniru sesama sendiri,cuma kami tiru dari buku rujukan,dan buku rujukan yang sama pulak tuh.mcm mana tidak kantoi ketahuan).cikgu fizik sangat geram sehingga melempar jatuh kesemua buku latihan kami ke lantai..

cikgu biologi apa kurangnya,merajuk tidak mahu mengajar juga kerana kami tidak membawa bahan eksperimen yang telah kami janjikan..padahal kami semua bersungguh-sungguh berkata'' iya cikgu,minggu depan kami bawa".sehinggala hari yang dijanjikan,hanya seorang saja yang menepati janji membawa bahn eksperimen itu,,apa lagi..ciikgu mana yang tak naik angin dapat pelajar yang x alert langsung dengan  janji sendiri

banyak lagi kisah lucu yang tidak mungkin dilupakan...didenda berlari mengelilingi gelanggang bola keranjang(sambil ditertawakan pelajar sidang petang..aduhh!!),dijemur di gelanggang,jalan itik,dirotan dan
macam-macam lagi..semuanya dilakukan demi menyedarkan kami bahawa pentingnya pelajaran,disiplin dalam menuntut ilmu,agar result pun cemerlang..namun,biasalah,anak remaja masuk kiri keluar kanan..

pengorbanan,kesabaran,keletihan guru-guru dalam mendidik anak bangsanya tak ternilai harganya jika dibandingkan dengan wang ringgit..kesetiaan mereka menempuh liku-liku dalam proses mendidik pelajar-pelajarnya amatlah dihargai,,justeru aku mengatakan.,mereka ini,seperti pelita(sekarang ada elektrik x pakai pelita sudah) dikala malam,menyimbahkan sinarannya bagi menerangi seisi ruang yang mampu digapai,namun apabila siang,sinarannya tetap ada walaupun ia sebenarnya telah padam..

HARGAILAH GURU-GURU...SELAMAT HARI GURU...

2 comments:

Cinoi said...

Sungguh byk entry hari guru harini. Selamat hari guru

saveqmm said...

hari guru setahun sekali..x le lepaskan peluang buat entri..hehe