23 May 2011

jom sebarkan rasuah!

saya Dengar-dengar dari Buletin Utama tadi KPDNHEP sudah bagi mandat untuk penghulu dan penggawa di beberapa negeri di semenanjung Malaysia bagi memantau harga barangan di setiap kawasan yang diwakili mereka seterusnya melaporkan jika ada tindakan memanipulasi harga barangan di pasaran
..kenapa tidak dijalankan diseluruh Malaysia supaya semua penghulu~penghulu ni sibuk menjelajah kedai-kedai untuk bertugas..hehehe..

berfikir sejenak..relevan kah mandat yang diberikan kepada mereka ini..berapa sangatlah elaun yang diberikan kepada penghulu ni untuk diberi tugasan memantau harga barangan ini..adeyyy..

tapi sekarang saya nak cakap bukan pasal duit elaun atau yang berkaitan dengannya cuma impak mandat yang diberikan kepada penghulu ini..

adakah KETELUSAN,KEJUJURAN,KESETIAAN yang dipertaruhkan KPDNHEP kepada ketua~ketua kawasan ini..tidak takutkah rasuah bakal merebak lebih luas lagi dalam masyarakat dengan pelaksanaan mandat ini..

terus terang saya katakan,saya seorang anak jati kampung.lahir di kampung,membesar dalam persekitaran kampung dan sentiasa bergaul dengan masyarakat kampung..itu sebab la saya berani memperkatakan rasuah sangat mudah merebak dalam suasana perkampungan..apa lagi jika melibatkan penghulu..

tiada cara lain yang boleh diguna pakai?? dimana pegawai~pegawai KPDNHEP yang bertaraf atasan mahupun bawahan..terlalu sibuk di kantor pejabat sehingga tidak mampu turun padang?..jika tidak pun,wujudkan sahaja jawatan pemantau harga untuk tugas ini..

saya tahu,dalam pelbagai cara sekalipun rasuah tetap ada dalam linkungan kita..cuma apa yang perlu kita lakukan adalah berwaspada dalam setiap tindakan dan bukannya memberi peluang rasuah merebak..

whatever it is..ini hanya pandangan peribadi saya...bukan hasutan!! Remember that!!

 jadikan pengajaran!!!

No comments: