01 February 2013

Isu Rita Rudaini-Lisdawati Sanggup Berundur!




PERBUALAN yang mesra pada mulanya bertukar menjadi serius. Semuanya gara-gara nama Rita Rudaini disebut dalam pertanyaan seorang wartawan kepada Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, pada sesi fotografi baru-baru ini.
Ungkap Lisdawati, kalau boleh dia enggan lagi menjawab soalan yang berkaitan dengan Rita daripada pihak media mulai saat itu.
Keengganannya bukan disebabkan mereka bergaduh semula, tetapi luah pelakon berusia 35 tahun yang masih kekal cantik itu, ada kenyataannya dalam media mengenai Rita, baru-baru ini telah disalahertikan.
"Kalau boleh saya tidak mahu lagi sebut pasal dia (Rita). Bukan sebab apa, saya takut disalahertikan.
"Tutup cerita lama buka cerita baharu. Biarlah saya simpan isi hati ini sampai akhirat nanti," jelasnya penuh makna.
Lisdawati sebelum ini dituduh sebagai sengaja mencari publisiti untuk kembali popular dengan memberi pelbagai kenyataan, ekoran dia dan Rita dikatakan berdamai selepas bersengketa selama tujuh tahun.
Ujarnya, dia membuat kenyataan tentang Rita sebelum ini sebagai jawapan kepada banyak pertanyaan media yang diajukan kepadanya.
"Saya tidak perlukan publisiti atau kontroversi untuk popular. Sejak awal berlakon lagi, banyak kontroversi yang saya sendiri tidak cari, muncul melanda diri ini.
"Saya percaya rezeki merupakan kehendak Allah. Alhamdulillah, rezeki lakonan sentiasa ada. Penerbit masih ambil saya berlakon," ujarnya yang mengakui sentiasa bermuhasabah diri.
Menyambung bicara, luah Lisdawati, dia sedar nyawanya untuk hidup dalam alam fana ini cuma sekadar dipinjamkan Allah dan dia tidak perlu terlibat perkara yang menyesat dan menyeksakan hatinya lagi.

lagi cerita menarik Lisdawati VS Rita Rudaini KLIK SINI.

4 comments:

MalizaMah said...

macam2 isu ... isyh isyh..

aemynadira said...

sy lebih minat Lisda drp Rita..hehe

Anonymous said...

Hmm is anyone else having problems with the images on this blog loading?
I'm trying to determine if its a problem on my end or if it's the blog.
Any feedback would be greatly appreciated.

my blog ... buying a car with bad credit
Take a look at my blog ; buying a car with bad credit,buy a car with bad credit,how to buy a car with bad credit,buying a car,buy a car,how to buy a car

Anonymous said...

These are really great ideas in concerning blogging.
You have touched some good points here. Any way keep up wrinting.



Feel free to visit my page; buying a car