08 April 2013

Anorexia,Terlalu Kurus Tidak Bagus!


Wanita Terkurus di Dunia,Valeria Levitin


Anorexia adalah penyakit pemakanan dan juga penyakit psikologi. Mereka secara dengan sengaja akan membiarkan diri mereka kelaparan dan takut akan kenaikan berat badan biarpun badan mereka sudah mencapai tahap kurus yang tidak normal. Walaupun anda ingin kurus, tapi janganlah sampai ke tahap ini. Pastikan anda kurus dengan sihat! Mari lihat apa itu Anorexia.

Tanda penghidap Anorexia

• Sukar untuk fokus
• Menolak untuk makan
• Menafikan perasaan lapar 
• Kerap menimbang berat badan
• Tak mahu makan di kawasan orang ramai
• Sentiasa mencari alasan untuk tidak makan
• Potong makanan dalam saiz yang sangat kecil ataupun cuma mengunyah makanan tetapi membuangnya semula tanpa menelan

• Sentiasa merasakan dirinya 'overweight' sedangkan dirinya nyata kurang berat badan


Apa sebab Anorexia?

• Perasaan rendah diri yang berpunca dari pengalaman lampau seperti di ejek dan sebagainya
• Tahap Serotonin yang rendah, iaitu sejenis bahan kimia di dalam otak yang meransang kemurungan
• Bersifat kesempurnaan (perfectionism) yang apabila tumpuannya lebih kepada badan, saiz badannya akan sentiasa tidak merasa cukup kurus.


Kesan Anorexia

• Kematian 
• Kemandulan
• Serangan jantung
• Kegagalan otak untuk berfungsi
• Sistem utama badan gagal berfungsi

No comments: