Malam jumaat,bunyi lain macam jak kereta ni…tapi aku biarkan sahaja..ala biasala kan..kereta lama.mestila banyak ragamnya kan.Tidak tergerak juak hatiku mahu memeriksa bonet enjin untuk mengetahui rahsia bunyi misteri dsebalik enjin kereta lama ini..
Pagi jumaat,seperti biasa dikala waktu cuti sebegini,pasti tak lain tak bukan mukaku akan mencuci kereta di hadapan rumah Pakcik Anggur..Tidak terlintas juak hatiku untuk menghidupkan enjin seperti biasa.bertujuan memanaskan enjin..maklumla lepas cuci kereta,terusla aq berpeleseran pi bandar sri indah untuk berjumpa bermesra dengan larry,rakan semasalahku…
Bunyi pelik itu kedengaran lagi…tapi seperti biasa,dengan selamba nya aq mengenepikan perasaan pelik itu..Ku menjemput larry untuk makan bersama d pasar..(aq lagi yang belanja tuh,bertuah punya kawan) dan dengan tak sengaja
aq bertanya ‘’macam lain jak bunyi enjin keta ku ni larry,ko perasan tak??’’
Kata larry,’’macam bunyi longgar jak ni bek.mesti ada yang longgar dipasang ni’’
Aq menjawab,’’sembarangan jak ko..ko fikir keta ni cincai kha(dengan penuh keegoan x mahu menerima pandangan kawan)
Masuk kiri keluar kanan…begitula sikapku..sudah buduh,sombong lagi…wakaka…jikalau pasal keta ni,terus terang aq katakan,hanya 10% jak yang aq tahu..kalo soal enjin ni,bulat2x aq serahkan pada yang pakar..kalo semua pun mahir,linkupla toke toke cina yang mengusahakan bengkel di tawau ni..
Sekali lagi,dengan megendahkan bunyi asing itu,aq pergi menjemput kakak iparku pulang keja sekaligus bertandang ke supermarket untuk membeli pesanan mamaku,serbuk puding dengan minyak masak yang khabarnya kekurangan stok..(mana perginya minyak masak bersumberkan minyak kelapa sawit,sedangkan tawau dikelilingi tumbuhan emas ini).
Sedang dalam kereta,aq mengutarakan persoalan yang sama dengan kakak iparku,dan kata beliau,’’tidak tahula ‘’.Ringkas dan bergaya jawapannya.lebih baik jawab no komen jak..macam artis..lagi siokkk…haha..
Sampai sahaja di rumah,terus masuk bilik dan segera‘’landing”(tidur)..napala tidak ku check dahulu kondisi enjin keta kan..apala aq ni…tidak lama selepas itu,ada panggilan pulak daripada anak sedaraku,minta untuk mengambil kakak ku yang balik dari keja.kerana kebetulan abangku ada kerja lebih masa,menyelia kerja-kerja mencat bangunan bank islam..emm..jam menunjukkan pukul 4 petang..terfikir aq untuk singgah sekejap di mini perpustakaan bsi melayari intenet..dengan penuh semangat aq memecut laju tanpa memikirkan keadaan enjin…
Tatkala perasaanku ingin mengiringi rentak lagu yang berkumandang di radio,tersentak aq dengan bunyi ‘taakkkkkkkkk’ yang datangnya dari arah depan kereta..apala bendanya yang aq sudah langgar ni..aq melihat ke belakang menerusi cermin pandang belakang,terlihat aq semacm benda hitam di tengah jalan yang aq lalui tadi..heran juak dibuatnya aq..tiba diselekoh,stering tersangatlah susah dipusing..adeyy.apa kena ni kereta…
Ku berhentikan kereta dbahu jalan dan memeriksa kalau-kalau tayar pancit kha,ada yang tercabut kha..dan tenyata semuanya baik-baik aja..tapi kenapa pelik sangat stering tuh sampai keras mcm stering kapal angkasa jak(kapal angkasa ada stering kha??)..lalu aq memutuskan berpatah balik untuk melihat benda hitam yang ku lihat tadi..aq yakin itula puncanya stering macam keras macm batu ni..
‘’Ini macam tali jak ni…oh my gosh…tali sawat(BELTING)kereta tercabut la pulak..dah tuh tinggal setengah jak..mcm mana ni…dan dengan kadar segera,aq membuka bonet hadapan(nah,baru ko terhegeh-hegeh check enjinmu)..’’alamak,mataila payau…tali power stering terlepas ma tali kaberator tercabut..nasib baik tali enjin masih teguh berkhidmat..’’
Aq bertindak menelepon abgku,dalam hati<konpomla aq kena leter lagi ni>..
‘’kalo boleh bawa jak keta tuh sampai batu 10.jangan paksa.Sampai sana jak ko buka bonet biar sejuk enjin tuh..dalam perjalanan nanti tenguk2x juak heater enjin,kalo terlampau panas berhenti dahulu..ndak pasal2x meletup enjin tuh…’’
Aduh,gawat ni dong…haha…cemas tak terkira la jawabnya..panas-panas enjin keta nih,panas lagi aku rasa..haha..setelah beberapa puluh minit menunggu,singgah sebuah lori besar di belakang kereta..setahu aku,belum pernah lagi aku berkenalan dengan pemandu lori pengangkat pasir ni..rupanya abang sedara ku..katanya’’ala benda kecik bha ni..boleh pasang balik ni..’’..aq tersipu2x malu mendengarnya..’’tak pandai la bang..,tapi tak apa sudah aq call abg joe,bawa belting yang baru..’’
Rupanya bukan sekadar masalah belting,water pump turut bermasalah…bocor la pulak..adede…makin gawat ni..setelah dicheck lebih lanjut..air kosong..patutla enjin panas..wakaka..mataila..manala ku tahu kan air penyejuk kaberator kosong..sebab asalkan bangun tido jak,sudah ku lihat abangku buka bonet keta,check apa yang patut..maklumla keta lama..so aq ambik mudah jak la…
Setibanya abangku membawa seorang mekanik,berbangsa om..gelarannya PAMAN..diala yang selalunya dipertanggungjawabkan untuk menservis kereta proton saga berkapasiti 1.5Ls ini..baik hati orangnya..ternyata bha,om ni baik bangsanya..memberikan petua untuk mengatasi masalah kebocoran water pump ,iaitu menggunakan SERBUK KARI..terkejut sementara semua yang berada disitu..
‘’ko biar betul paman,orang guna kari buat masak,bukan letak kat kaberator tuh..wakaka..’’
Paman menjawab;’’tu lah ko ndak tahu,ndak tau apa yang ko tahu..’’
Abangku berkata;’’ndak guna ko paman,ko olok aq lagi ya’’..namun kebiasaanya paman tu tak akan ambil hati punya..biar la ko maki apapun sama dia aslakan tidak melibatkan keluarganya..
Buat punya buat,makin dibuat makin masalah…terpaksala kereta itu ditarik ke bengkel sebab xdapat diselenggara dengan sempurna..jika digunakan maka semakin terukla kondisi kereta itu..seraya abangku berkata;
‘’ni gara-gara saveq la ni,napa ndak beritahu kalo ada bising kereta..ada banyak masa free bawak la pi workshop bikin.<dengan loghat sedikit cina;almaklumla keja berpuluhan tahun dengan toke cina>,ni diam saja..tenguk sekarang apa jadi’’dan banyak lagi la bebelan yang pastinya panas telinga ku mendengar
Fantasinya.aq mahu juak melawan la sebab manala aq tahu kan belting masalah..lagipun bunyi tu pelik..bukan mcm biasa kalo enjin yang masalah..tup-tup tali terpelanting keluar..sapa la sangka kan…
Namun aq bukan seperti itu.aku dididik untuk tidak melawan orang yang lebih tua dari ku..apa lagi jika kesalahan itu datangnya dari diri sendiri..kan kan.kan..sepatutnya aq check la mana yang patut,bukan biarin~biarkan~ aja..pastu,dah kawan kata ada yang longgar,degil juak x mau dengar kata..nah kan,dah sah lagi salahku..
Tak kisah apapun,peristiwa ini membawa seribu makna dalam hidupku…belajar dari pengalaman..itula point utama dalam mengharungi hidup ini..pengalaman mendewasakan kita tentang cara hidup,fikiran seterusnya tindakan yang akan kita ambil untuk mengharungi sesuatu situasi...
1 comment:
matai la manuk.. haha..
pas ni rjin2 la cek.. =)
Post a Comment